31 | ♡

8.6K 407 10
                                    

P/s ; play media

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

P/s ; play media


" Bro, this is the right time " Elham memandang kosong ke arah Gabriel. Easy talk betul, dia ingat senang ke?

" Look aku bukan memandai nak cakap ikut sedap mulut je eh, kau kena fikir pasal Eishal juga, she need support from your family Ham, by hook or by crook kau kena buat juga. You've got no choice bro " Terang Gabriel. Dia tahu semuanya tentang Elham , dia juga tahu betapa seksanya hidup Elham dulu.

" Aku tak ready lah Gab...  Macam mana kalau diorang.... " Elham meraup kasar wajahnya.

" Dude, nak tunggu kau ready sampai kiamat dunia pun belum tentu " Dan Gabriel tersangatlah tak membantu. Orang tengah serabut boleh pula dia mention pasal kiamat.

Terdengar Gabriel mengeluh.

" Nampak sangat kau tak pernah berniat pun nak cari keluarga kau kan? You don't even know what happened to them sepanjang kau tak ada. Apa yang jadi pada Eishal kau tak pernah tahu kan? " Gabriel memandang ke arah Elham sambil berpeluk tubuh.

" Maksud kau? "

Gabriel berdecit.

" Raja Mohd Hilman yang sekarang, tak sama macam Raja Mohd Hilman yang dulu Elham, they have waited you for so long.. " Elham terkedu.

" Kenapa kau tak bagitahu aku? " marah Elham. Setengah mati dia meanggung rasa rindu terhadap kedua orang tuanya itu.

" Kau lupa ke apa yang terjadi, dalam hal tu... Kau yang sepatutnya balik pada diorang dan minta maaf, bukannya mak dengan ayah kau datang melutut dekat kau Elham " Elham terus mati kata apabila ayat Gabriel itu menusuk tepat kedalam hatinya.

" Tapi aku tak tahu nak cari diorang dekat mana... " Gabriel menggelengkan kepalanya.

" Leave it to me "

" Thanks dude, kau dah banyak tolong aku dari dulu lagi " Elham mengesat air matanya. Hilang macho la lelaki menangis.

x-X-x

Pintu ward yang menepatkan Eishal terbuka luas. Terus mereka berlari mendapatkan gadis itu.

" Ya Allah anak ibu... Eishal pergi mana sayang, Eishal tahu tak ibu risaukan Eishal? Jangan tinggalkan ibu lagi ya sayang? " Puan Suhana memeluk tubuh anak gadisnya itu erat.

Eishal membatu .

" Akak tak gembira ke jumpa kitaorang? Tak rindu ke? " Eiman mencelah .

Eishal masih lagi membatu. Mata gadis itu mula berkaca kaca. Tak lama kemudian mutiara jernih mengalir di pipinya.

" Hey kenapa ni sayang? " Soal puan Suhana cemas, apabila Eishal tiba tiba saja menangis. Mata gadis itu sudah bengkak .

Kreeeeeek..

Seseorang masuk ke dalam ward tersebut.

" Eishal lumpuh " katanya. Serentak itu tangisan Eishal terus terhambur. Masing masing berdiri kaku. benarkah apa yang mereka dengar sebentar tadi?

Puan Suhana memeluk kejap tubuh Eishal, belakang gadis itu digosok gosok. Encik Hilman meraup perlahan mukanya.

" Abang... Am? " tiba tiba Eimar bersuara. Tubuh Encik Hilman dan Puan Suhana mengeras. Kedua dua mereka menoleh perlahan ke arah Elham.

" Elham? " seru Encik Hilman mendatar.

" Ini betul betul Elham? " Elham Menggangguk mengiakan.

Terus tubuhnya ditarik kedalam dakapan hangat Encik Hilman. Lelaki itu mengucapkan kata syukur yang tak terhingga kerana Allah telah memakbulkan doanya.

" Maafkan Ayah Am, maafkan ayah " Elham yang tadinya kaku perlahan lahan membalas pelukan Encik Hilman. Sudah lama dia tidak merasai pelukan seorang ayah.

" Ayah tak salah, tak ada sesiapa pun yang salah, Elham tahu ayah buat macam tu untuk kebaikan Am " Tangan kekar milik Encik Hilman disalam dan dicium.

Beralih pula pada Puan Suhana . Terus tubuh wanita tua itu dipeluk kemas oleh Elham ,dia sangat merindui ibunya.

" Keluar " sepatah sahaja perkataan yang keluar dari bibir Eishal yang membuatkan semua menoleh ke arahnya.

" Tolong... Keluar " Tangis Eishal.

" Sayang kenapa ni, " pipi Eishal dikucup sayang oleh puan Suhana.

" Aku dah cacat! Buta ke! Aku dah tak boleh berjalan! Macam mana aku nak cari Rayden! Aku dah cacat! " Rontaan gadis itu membuatkan semua yang berada disitu terkedu.

" Eishal tak perlu cari dia sayang, ibu, ayah dengan yang lain ada... Kami boleh jaga Eishal " pujuk puan Suhana.

" Rayden... Tak akan nak dekat perempuan cacat macam aku! Kenapa? Kenapa tuhan tak tarik je nyawa aku!  Kenapa dia kena seksa aku macam ni! "

PANG.

Buat kali yang pertamanya Tangan kekar Encik Hilman singgah dipipi anak gadis kesayangannya itu.

" Ayah tak pernah ajar Eishal jadi macam ni? Mana pergi anak manja ayah yang kuat? Tabah? Allah tu uji kamu sebab dia nak tengok sejauh mana kamu beriman kepada dia walaupun fizikal kamu dah tak sempurna " Marah Encik Hilman. Suasana mula bertukar tegang.

" Eishal penat ayah, Eishal tak kuat, hati Eishal sakit sangat sangat. Kenapa dia tak ada dekat sini? waktu Eishal perlukan dia? " rintih gadis itu sayu.

" Setiap yang berlaku ada hikmahnya, percaya dengan takdir Allah "







To Be Continued,

3.0 | Gadis Kiriman Tuhan ✔Where stories live. Discover now