(30) - Jiwang

7.6K 334 7
                                    

Anna memeluk kakinya dan membenamkan mukanya dia antara lutut kanan dan lutut kirinya. Esakan mula kedengaran tapi perlahan. Sakitnya terlalu kuat untuk menghasilkan esakan. Tak sangka begini nasibnya. Terlalu sukar untuk dia menjinjing ujian ini walaupun tuhan takkan membebankan hambanya jika seseorang itu tidak mampu.

All i need is a hug, bisik hati Anna. Dia perlukan kasih sayang. Dia perlukan rakan rakam dan keluarganya disampingnya dan membisikkan segalanya telah berakhir. Penderitaannya di bumi London akan tamat. Dia akan balik ke Malaysia dan teruskan hidup seperti remaja normal yang lain.

Tapi apakah peluang yang dia ada ? Dia anggap Zarith adalah penyelamatnya. Tapi dia silap! Zarith is piece of shit. Amar is a piece of shit. Everyone is a piece of shit.

Di manakah keluarganya ? Tidak menjumpai dirinya kah ? Sudah 5 bulan dia diculik, kenapa masih tiada ura ura yang mereka hampir menemukan dirinya ? Adakah mereka tidak kesah ?

Anna mula menggeleng perlahan. Dia tidak mahu mendengar segala hasutan halus untuk dirinya membenci takdir sendiri. Dia memandang kamera di dalam biliknya.

Agak agak Amar memandang dirinya ke ?

Dia terfikir, Amar sayangkan dia tetapi memukul dirinya. Apakah sayang sedemikian rupa ?

Satu jelingan diberi pada CCTV tersebut.

Dia keliru sejenak. Apakah betul bahwa nalurinya sering berkata yang hanya Amar yang terbaik dan mampu menjaga dirinya. Tapi dia pun sering menderita kerana Amar.

Sejujurnya dia tidak terlalu marahkan Amar, dia seperti sudah biasa dengan angin Amar. Bukanke dia tau kalau taknak bagi Amar marah, just ikut kata dia ? Easy peasy. Tapi dia marahkan Zarith.

Betullah kata Amar, jangan mudah percayakan orang. Sedangkan manusia sendiri boleh mencipta topeng menggunakan bahan apatahlagi membuat topeng menggunakan mulut yang manis berbicara.

"Aku nak kita kahwin next week" kata kata Amar terngiang di fikirannya. Ah! Bala! Elok dari 3 bulan, menjadi sebulan and then next week ?

Anna mengambil bantal dan menekup mulutnya dan menjerit sepuas hatinya. And last... airmatanya tumpah. Perempuan, orang sakitkan hatinya dia menangis, dia sakitkan hati orang lain pun dia yang menangis. Begitulah betapa lembutnya hati perempuan. Tapi mempunyai banyak perisai yang bernama ketabahan.

Meskipun telah 3 hari peristiwa itu berlaku, dia dengan Amar pun semakin baik walaupun Amar masih beku, tapi perkara itu seolah olah tidak mahu beredar dari fikirannya.

Dia memandang koridor biliknya yang terbuka luas. Dia tenang melihat kegelapan malam yang di penuhi bintang bintang di langit. Sedar tak sedar, dia akan menjadi isteri Amar lusa. Nak taknak dia kena ikut perintah Amar. Dia tidak mahu bersedih kerana di pukul.

Knock knock

Pintunya diketuk. Diseka air matanya. Kedudukan selendangnya di betulkan agar tidak nampak aurat perempuannya.

" masuk " serak suaranya bila berkata. Air matanya terus bergenang walaupun senyuman dipamerkan.

Anna menghadap tempat lain untuk menyeka air matanya agar tidak kelihatan terlalu lemah. Dia seperti merasakan ada orang duduk disebelahnya. Dia hairan, jarang kalau Maids nya masuk dan duduk dikatilnya.

Anna mengerling kepada gerangan disebelahnya. Amar,

" ap-apa yang awak buat kat sini? " tergagap gagap Anna bertanya. Amar memang jarang datang ke biliknya. Tapi bila tiba tiba datang ni, dia rasa gementar pula.

Amar memandang Anna dengan dalam " I saw you crying. I wont let you sleep with the tears "

Anna terkedu. Hati perempuannya terusik dengan kata kata Amar. Dia segera menidakkan rasa yang bertandang dalam hatinya.

Mr. Psycho Guy Where stories live. Discover now