" yah..Zarith nak cakap sikit boleh " kata Zarith memecah kesunyian sarapan mereka.
Amir Abdullah mengangkat kening lalu mengangguk.
" boleh tak Zarith pergi London, tinggal kat Villa kita tu dalam sebulan ? Manatau boleh jumpa Anna lagi ke ? " pinta Zarith. Dia boleh sahaja terbang ke London sendiri tapi dia tidak mahulah pergi tanpa izin ayahnya. Setelah pemergian ibunya, ayah dia sahaja permata yang paling bernilai yang dia ada. Jadi dia perlu restu ayahnya dalam semua benda.
Amir Abdullah diam seketika memikirkan permintaan anaknya itu.
" boleh je. Takde masalah tapi minggu ni ada penyewa tinggal kat situ. Seminggu dia sewa "
" kalau macamtu Zarith pergi minggu depan punya minggu depan lah. Lepas penyewa itu dah keluar " kata Zarith.
Amir Abdullah mengangguk. Dia hairan, kenapa anak jantannya seorang ini bersungguh sungguh mahu mencari Anna ? Padahal bukan darah dagingnya dia pun.
" kenapa kamu bersungguh sungguh sangat nak cari Anna ? Tak pernah pernah kamu begini "
Soalan dari ayahnya membuat suapan Nasi Lemak Zarith terbantut. Gila nak bagitau ayahnya yang dia mahu meminta maaf dengan Anna pasal hal dia memeluk Anna ? Mahu kena lempang ?
" takdelah. Dia kan perempuan, dah nak setahun hilang tanpa khabar berita. Bahayalah. Lagipun adik tiri Zarith jugak " cepat sahaja Zarith mencipta alasan.
Amir Abdullah sangsi. Apa apa jelah. Diiyakan sahaja.
***
Anna mencuri tengok Amar yang sedang membuat kerjanya. Di hadapannya ini memang bukan Amar yang dia kenal. Amar yang ini penuh dengan karisma dan toleransi! No wonder why dia berjaya sampai bagi speech kat Uni kat New York ni. Dia melihat Amar tekun meneliti text untuk speechnya esok. Bila Amar bergerak, Anna pura pura tidur. Malulah kalau kantoi.
Kadang kadang dia terdetik, siapakah keluarga Amar ? Mana adik beradik dia ?
Amar sentiasa ada dengannya 24 jam! Takkan lah tiada masa untuk keluarga ? Anna pun tak pernah rasa yang Amar mahu mengenalkan dirinya kepada keluarga dia. Apakah Amar hanya jadikan dia sebagai perempuan simpanan.
Astaghfirullahalazim. Anna menukar posisi baring mengiringnya agar membelakangi Amar yang berada di meja kerja. Mata dia terbuka.
Kalau mahu diikutkan logik, kalau lelaki sayangkan perempuan, pastilah dia akan bawak jumpa keluarga dia tapi Anna ? Sudah hendak masuk 3 bulan pernikahan mereka, tapi walau adik beradik Amar pun dia tidak ketahui.
Apakah Amar memang tidak mahu keluarganya yang dia sudah mempunyai isteri secomel Anna ? Aik.
Tah tah memang pun dia jadikan aku perempuan simpanan je. Kahwin pun kahwin lari, keluarga tak pernah jumpa, even bagitau dan tunjuk gambar pun tak pernah? Nampak sangat dia taknak sesiapa yang dekat dengan dia tahu yang kau kahwin dengan dia.
Bisik suara jahat.
Anna meraup muka. Astaghfirullah. Apa fikir macam ni, ni ?
Gerakkan tangan Anna mencuri tumpuan Amar. Segera dia berhenti membaca dan melihat isterinya yang membelakangi dirinya.
" sayang ? You tak tidur lagi ke ? " tanya Amar.
Anna terkejut. Terus dia pura pura tidur. Badannya di keraskan. Wow such a good actress!
Amar memandang Anna yang tidak membalas pertanyaannya. Tapi dibiarkan sahaja, mungkin Anna sedang bermimpi.
***
YOU ARE READING
Mr. Psycho Guy
RandomAnna Fasharina dan Amar Rykarl Anna Fasharina, Seorang gadis biasa yang baru sahaja tamat SPM . Hanya menolong ibunya menjual nasi lemak untuk meringankan beban ibunya Amar Rykarl , usianya yang sudah menginjak 26 tahun tidak menghalang untuk me...