2 bulan kemudian...
Anna mengusap perutnya yang sudah mulai membesar. Kemungkinan sesiapa yang memandang juga dapat mengagak yang Anna sedang mengandung. Dia mula pusing bagaimana mahu menyorokkan kehamilannya dari keluarganya. Usia kandungannya yang sudah mencecah 3 bulan itu tak henti henti menendang perut Anna. Anna tersenyum. Tak pernah dia rasa sebahagia ini selepas pulang dari London. Dia bagaikan punyai teman untuk mengisi suka dan duka dirinya.
" baby, baby nak makan apa harini ? " ujar Anna sendirian.
"hm Mama rasa nak makan Capati lah kat kedai mamak. Ok jom " ujar Anna sambil terus bersiap siap untuk keluar. Baju besar yang dipakainya cukup untuk menutup perutnya. Lagipun badan Anna yang cikeding itu membantu sangat untuk menyorok perutnya yang membesar.
Tok...tok..tok..
" masuk " laung Anna dari dalam bilik. Pintu bilik Anna dikuak. Puan Shafina masuk dengan keadaan pelik
" Anna cakap dengan siapa tadi ? Ber-baby baby bagai ? " tanya Puan Shafina
Anna telan air liur. " cakap dengan um dengan ha! Dengan Johanna tadi alah biasalah perempuan dengan kawan baik ber-baby baby pun tak nampak pelik pun kan " Anna selitkan ketawa palsunya bagi menutup kebenaran.
" oh, ni nak pergi mana ni ? Nak makan capati ? " duga Puan Shafina lagi.
" ha! Haah! Nak pegi dengan Johanna " Anna membalas
" naik apa "
" grab "
Puan Shafina mengangguk. Dia berpatah balik untuk keluar dari bilik Anna. Lalu doa berpusing kembali.
" Anna ada sorok kan apa apa ke ?
" uh um takde apa, ibu. Kenapa ? "
" awat baju besar semacam ni ? " pertanyaan Anna dibalas oleh pertanyaan.
Anna mula gelabah. " ibu ni dah kenapa ? Saja Anna pakai baju besar, salah ke ? "
Puan Shafina nampak kegelabahan Anna. Dia mula mengesyaki sesuatu. Ada yang tidak kena.
" okay lah. Be safe " kata Puan Shafina dan terus keluar. Anna menghela nafas lega. Nasib baik ibu tak tanya yang lebih lebih!
***
Anna memasukkan duit baki capatinya ke dalam dompetnya. Dia terus melangkah kaki keluar dari restoran mamak dan bergerak ke kedai Farmasi untuk membeli vitamin.
" umm miss " tegur seseorang dari belakang.
Anna menoleh.
" your money..." kata si empunya suara sambil mengambil duit Anna yang tercicir.
Berdiri sahaja si empunya suara, Anna terkedu. Begitu juga dia.
macam mana boleh jumpa dia lagi pulak ni, kata Anna dalam hati. Dia seolah olah kaku dengan gerangan yang berada di hadapannya ketika ini. Sudah bertahun tahun tidak bersemuka dan here it is. Dia depan mata. Tak lain tidak bukan, Haikal.
Haikal terkaku. Melihat wajah Anna yang mulai nampak kematangan membuatkan hatinya terusik. Makin cantik, makin comel, makin cute, makin lawa aaa semualah! Jerit hati Haikal.
" err thankyou " kata Anna dan mengambil duit di tangan Haikal. Janggal sungguh situasi ketika ini. Nak buat buat tak kenal ke tak eh
Haikal cepat cepat sedarkan diri dari kaku. Bibirnya terus mengukir senyuman. " Anna.." sapa Haikal, lembut.
Jantung Anna berdegup. Dia mengenangkan hubungan mereka berdua yang sebenarnya tergantung. Bagaimana jikalau Haikal masih tuntut hubungan mereka ? Aduh..
YOU ARE READING
Mr. Psycho Guy
RandomAnna Fasharina dan Amar Rykarl Anna Fasharina, Seorang gadis biasa yang baru sahaja tamat SPM . Hanya menolong ibunya menjual nasi lemak untuk meringankan beban ibunya Amar Rykarl , usianya yang sudah menginjak 26 tahun tidak menghalang untuk me...