(45)- Hilang

7.1K 350 47
                                    

Anna merendam kaki ke dalam air sungai. Hatinya berbunga riang. Amar akan pulang hari ini. Isteri mana tak suka kan laki dia pulang awal ?

Dia melilau melihat hutan yang dulu dia anggap seram tetapi kini, inilah tempat yang baginya heaven on earth. Dulu dia pernah merancang untuk menaiki sampan dan mengikut arus sungai ini untuk larikan diri dari Amar tapi sekarang ? Nak keluar rumah tak bagitau Amar pun dia sudah rasa bersalah.

Anna tersengih seorang diri. Amar pun dah kasi Anna pergi ke waterfall sendirian tanpa bodyguard. Maksudnya Amar memang sudah 100% percayakan Anna.

Tiba tiba mulutnya di tekup. Terasa ada benda basah yang diletakkan di kain itu. Anna meronta seketika tetapi apabila dia bernafas , menghidu cecair yang berada di sapu tangan itu,  badannya mulai longlai. Rontaannya kian longgar. Matanya kuyu. Akhirnya dia pengsan.

Perlahan lahan jasad Anna ditarik oleh individu yang memakai serba hitam memasuki hutan dan akhirnya hilang dari mata kasar.

Anna di Culik. Again.

****

Amar berhenti di kedai coklat yang terletak di lapangan terbang di London. Sekotak besar coklat cadburry dan sekotak besar aiskrim dibawa ke kaunter dan di bayar. Dalam fikirannya hanya lah Anna! Anna! Anna! Tidak sabar rasanya untuk memberi kejutan kepada Anna. Iyalah seminggu tanpa Anna bagaikan dia hilang separuh nyawanya. Ceh.

Tambahan, sejak kebelakangan ini Anna mula berperangai pelik lagilah buat dia rasa tercabar. Bukan tercabar sebab apa, tercabar sebab tak dapat buat Anna gembira hari hari.

" Mike, call Lisa tell her i want to speak with Anna " tegas Amar memberikan arahan sementara juruwang sedang memberi wang bakinya. Mike mengangguk pantas lalu terus dia mendail nombor Lisa dan bercakap sebentar.

Panggilan dimatikan.

"Sir, Mrs Anna is not at home. She's going to waterfall for awhile " kata Mike.

Amar mengangguk sambil tersenyum. Dalam fikirannya bermacam macam jenis suprise dia fikirkan. Tak sabarnya!

Dia terus memasuki keretanya dan hanya merenung gelagat manusia yang ada di lapangan terbang ini. Dia melihat seorang suami isteri yang sudah berumur menjemput anak lelakinya yang mungkin baru habis belajar dari luar negara. 

Amar sedikit terusik dengan keakraban mereka. Dia tersenyum nipis. Sepanjang 28 tahun dia hidup mungkin hanya 4 tahun sahaja dia dapat merasai kasih sayang yang ikhlas dari kedua orang tuanya.

Dia mengakui dia mempunyai segalanya. Rupa, harta, pangkat, rumah, kereta, bodyguard, syarikat dan lain lain. Amat sempurna kehidupannya di mata orang ramai. Semua itu cukup untuk melindungi kekosongan dan keperitan yang dia hadapi sejak dia dibuang.

Amar menekup mukanya. Dia lekas memandang tempat lain. Dia tidak mahu mengingati sejarah dia yang terlalu banyak liku likunya. Mungkin kalau orang membaca sejarahnya, orang akan mulai bosan kerana banyak sangat masalah.

Dia tidak pernah menceritakan kisah pahit yang terselit dalam kejayaannya kecuali Khai, teman baiknya. Dia tidak mahu menjadi seseorang yang tersekat pada masa lampau. Dia Amar. Dia ada visi hidup. Dia hanya perlu fokus pada masa depannya dan for surely, Anna.

Anna adalah antara salah satu sebab dia percaya bahwa kegembiraan untuk dirinya masih lagi ditulis dalam suratan takdirnya. Dia mulai yakin bahawa masih ada ruang buat dirinya merasai kebahagiaan dan kegembiraan. Sampai bila ? Dia tidak mahu fikirkan. Dalam fikirannya hanya Anna. Hanya Anna!

***

Anna cuba membuka matanya tapi terasa amat berat sekali. Badannya terasa sengal sengal. Dia melilau sekeliling persekitarannya. Lain tapi otaknya sukar sekali untuk mentafsir keadaan dirinya sekarang. Dia tidak bermaya untuk bangun dan meminta pertolongan, cecair yang dihidunya amat kuat. Di luar balkoni dia lihat seorang lelaki berjaket kulit sedang duduk di luar.

Mr. Psycho Guy Where stories live. Discover now