(40) - Innocent

8.1K 331 13
                                    

Affin bermain telefon sementara menunggu Haikal. Sudah lama dia dengan Haikal sudah tidak bertegur sapa. Haikal sudahpun mula dengan pekerjaannya dan Affin pula sibuk menjejaki Anna. Dengan nak cari kerja lagi.

" yo " sapa Haikal sambil salam Affin. Terus dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan Affin.

" lama sia tak jumpa kau. Apa cerita baru ? " tanya Affin sambil tersenyum.

" takde cerita lah. Aku dah start kerja ni penat sikitlah. Stress manjang " kata Haikal sambil menghirup air yang dipesannya tadi.

Affin tergelak.

" kau pulak apa cerita. Ni kalau aku tak ajak lepak ni, sampai ke tua la kita tak jumpa kan "

" takdelah. Aku macam biasalah baru je habis belajar. Nak cari kerja, nak cari Ann...." kata kata Affin terhenti. Dia tahu dia sudah terlanjur cakap. Dia sekaligus telah membuat Haikal teringat pasal kisah dia dengan Anna.

Kadang kadang terbit rasa bersalah dalam dirinya. Haikal masih berharap Anna untuk kembali dan teruskan hubungan mereka. Padahal sudah 6 bulan berlalu. Anna pun dikhabarkan sudah berkahwin. Affin tiada kekuatan mahu memberitahu Haikal perkara sebenar. Risau kawan baiknya akan sedih.

" Anna. Yes Anna " kata Haikal, kelat. Dia segera meminum minumannya untuk meredakan kegusaran hati.

" sorry weh..aku tak bermaksud nak cakap tu "

" nah its okay lah. Memang betul pun, kau kena fokus cari Anna. Dah setahun dia hilang, mestilah kau kena cari jugak dia " kata Haikal sambil tersenyum. Palsu.

" are you really okay with that ? Stop pretending you fine but you not really fine boleh tak ? "

" ada benda yang aku nak cakap ni " kata Haikal. Dia mengambil nafas sedalam mungkin dan hembus. Sesak nafas jugaklah mahu mengutarakan ayat dia ni.

Kening Affin terjongket.

" memang Anna langsung takde jejak sangat ke ? Couldnt find her anywhere ?   "

" ayah cuba mintak tolong kat kawan kawan dia. Tapi taktahulah, so far takde pape pun " kata Affin, hampa.

Air muka Haikal berubah. Perlahan lahan dia mengangguk.

" kenapa ? " soal Affin. Air muka kawannya itu amatlah sukar untuk ditafsir. Seolah ada sesuatu yang mahu di perkatakan tapi tidak terluah.

" mak aku.... dia nak jodohkan aku dengan anak kawan dia sebab aku ni tak habis habis tunggu si Anna. Mak aku fade up. Dia tekad. Dia taknak dengar any rejection. Nak taknak aku kena ikut " kata Haikal. Hanya tuhan saja tahu perasaan bila dia tidak berhak hidup bersama gadis idamannya.

Affin terdiam sebentar. Lama lama bibirnya menguntum senyuman.

" go with your mom desicions, kal. Aku pun taknak dah kau letak harapan menggunung terhadap Anna. Kau cukup segalanya. Jangan bazirkan sebab kau tunggu Anna. Cari Anna lama, kal. Dalam tempoh tu, kau dah boleh cari teman hidup kau " kata Affin.

" tapi Fin, aku...still sayang Anna lah " jujur Haikal.

" kalau kau boleh suruh Anna cuba cinta kat kau masa first first hubungan korang, kenapa pula kau tak boleh buat macam tu dekat kau punya bakal isteri ? Kal, look foward. Lagipun Anna still young. Dia baru masuk 20 tahun, tahun ni. Tak rasa macam awal sangat ke for her ? "

" aku... aku tak tahulah "

" kal, kau still tak boleh move on dari Anna kan ? Kalau tak kau takkan cakap kau tak tahu. Lagipun im sure pilihan mak kau tu bagus. And maybe better than Anna. You just had to follow the flow. Maybe this is what Allah wrote for you " kata Affin.

Lama Haikal terdiam.

" baiklah Affin. Aku cuba. " kata Haikal sambil tersenyum.

****

" sayang, can we stay here a little longer ? " tanya Amar. Tangannya pantas melilit di pinggang Anna yang sedang membetulkan tudung di cermin.

" manaboleh, awak kan nak kerja "

" I bos la sukati lah nak cuti bila bila " kata Amar lagi. Setelah diberitahu ada orang mulai syak dengan dirinya, Amar takut mahu melepaskan Anna seorang. Dia khuatir, Anna akan hilang sekaligus membuat dia hilang orang yang dia sayang lagi.

Anna berpaling ke arah Amar. Kalau boleh, dia pun tak mahu balik dan menjadi banduan tidak bertauliah yang kebosanan. Tapi dia tidak mahu Amar mengabaikan kerjanya kerana Anna.

" sayang, awak dah majukan syarikat tu bertahun tahun dah tau. Sayang la kalau awak asyik cuti je. Baik awak kembangkan lagi " kata Anna sambil mengusap pipi Amar.

" oh didn't i told you yang kita tak akan balik London ? "  kata Amar sambil membetulkan rambutnya.

" nope dan kenapa pulak kita tak balik London ? " tanya Anna.

" kita pergi New York. For like 2 weeks. Sebab i ada kena bagi speech infront of bussiness student yang belajar kat universiti sana la. To courage them to be a succesful entrepreneur "

" waaa im so proud of you " kata Anna sambil memeluk Amar. Jejaka yang merangkap suaminya ini amatlah membanggakan. Bagi speech depan student uni kat New York ? Chances dia memang tipis tapi suami aku dapat weiii!

Amar tersengih. Bangganya dia dapat pujian dari cinta hati sendiri. Sebenarnya ini hanyalah untuk selindung dari Anna mengesyaki yang dia cuba bawak Anna jauh dari rumah di London. Perancangan speech itu sampai apabila Mike menelefon dirinya bahwa pihak university di New York suruh dia memberi speech. Elok sangatlah dengan perancangannya. Walaupun dia tidak berapa minat untuk memberi speech, demi menjaga Anna dia anggukkan sahaja. Speech itu selama seminggu je lagi seminggu lagi saja nak bawak Anna jalan jalan.

" proud je ? " kata Amar sambil menjongket jongketkan kening kirinya.

Anna meleraikan pelukan dan memandang sepasang mata hazelnut milik Amar. Dia memandang Amar yang sedang menunjuk pipi kanannya.

" mengada " kata Anna sambil terus mengemas barang barangnya yang lain

" dengan you je "

" yelah jangan mengada dengan orang lain pulak " bebel Anna perlahan tapi masih jelas kedengaran.

Ketawa Amar pecah. " nak dapat you pun susah. Dah dapat ni takkan nak cari orang lain pulak ? "

Anna tersenyum. " dah dah jom pack kejap lagi lambat "

****

Zarith mundar mandir di kamarnya.

Amar Amar Amar Amar

Nama tu kerapa dititip di bibirnya semenjak dia tahu lelaki itu mempunyai perasaan terhadap Anna. Di manakah lelaki itu sekarang ? Betulke dia tidak menculik Anna ?

Zarith ingat kembali owner owner rumah di situ. Tiada nama Amar didalam list.

Dia baring dan meletakkan lengannya di dahi. Matanya cuba dilelap. Tapi setiap kali dia menutup mata, wajah Anna dengan dirinya di air terjun seakan diulang tayang.

" Zarith, Zarith kenapa hari terakhir jumpa dia jugak kau peluk dia ? And now kau menyesal tak sudah "

Wajah Anna yang memerah akibat marah terhadap dirinya juga diulang tayang oleh memorinya.

Zarith meraup muka. Bodoh bodoh bodoh. Kalau lah dia tahu keadaan Anna ketika itu diculik, pasti dia takkan buat begitu. Anna mesti hidup dalam ketakutan.

" Anna is such a cute innocent girl. Aku kena cari dia dan selamatkan dia "

***

Vote & comment 👇

Mr. Psycho Guy Where stories live. Discover now