Anna bangun dari tidur dalam keadaan berpeluh peluh. Patutlah dia tidur dalam keadaan bertudung. Dress malam tadi pun masih segak ditubuhnya.
Perlahan lahan Anna melangkah ke bilik tidur utamanya untuk mencari baju untuk diganti setelah mandi. Kejadian malam tadi masih segar dalam ingatannya jadi dia melangkah selambat mungkin agar tidak menghasilkan sebarang bunyi.
Pintu di kuak. Anna melihat Amar sedang diulit mimpi bersama kemeja dinner semalam. Kalau diikutkan, dia mahu terus membawa alatan mandi ke bilik air tetamu dan mandi di situ sahaja, tapi entah kenapa dia seperti mahu melihat Amar.
Perlahan lahan dia menapak ke katil utama dan berdiri di sebelah Amar yang sedang enak tidur. Anna melutut dan menilik muka Amar. Lama kelamaan air matanya tumpah. Kata kata Amar masih segar dalam fikirannya ' macam itu sekali awak sanggup cakap kat saya. Sebab saya pertahankan random guy je ? '
Automatik tangan Anna dibawa ke rambut Amar. Dibelai dengan perlahan, tanpa sebarang bunyi. Tapi semakin dia dekat, dia terbau sesuatu. Jap! Dia kenal bau Amar. But this...does not even smell like him at all. Bau ni.. familiar masa......masa Amar drunk haritu kat rumah.
Anna tergamam. Air matanya cuba ditahan. Aduh kenapa cengeng sangat ni Anna.
Amar yang dalam keadaan mamai, terkejut apabila dalam samar samarnya melihat Anna seperti hendak menangis. Melihat sahaja Amar seperti sudah bangun, Anna cepat cepat berdiri lantas ke bilik air untuk mandi. Tapi belum sempat dia melangkah, tangannya dipegang oleh Amar. Air mata Anna gugur. Entah kenapa dia rasa lemah sangat.
" what are you doing here " serak serak suara Amar berkata dengan perlahan.
Anna meneguk air liur. Dia menggeleng. Dia terpandang leher Amar. Ap-apa tu ?
Leher Amar yang terdedah kerana kemeja yang dipakai Amar tidak berbuntang jelas sekali kesan merah merah merata di dada dan lehernya. Only one word make sense, lovebites.
Air mata Anna gugur disitu juga. Dia tidak dapat menahan perasaan yang dia sendiri tidak mengerti. Cuma dia hanya menangis.
" dah kenapa pula kau ni "
Yup. Theres no you , sayang.
" le-leher awak..." tersedu sedu Anna menutur kata.
Amar memandang lehernya. Lovebites semalam. Bagaikan dalam keadaan flashaback, segala yang berlaku semalam bagaikan diulang tayang dalam fikirannya. Tangan Anna yang dia genggam, dilepaskan dengan kasar. Amarahnya tiba tiba menguasai dirinya.
" so? " mendatar suara Amar. Anna terpaku. Air matanya turun tanpa mengeluarkan sebarang bunyi atau menggerakkan otot mukanya.
Anna mengangguk. Dia melangkah ke bilik air untuk mengambil peralatan peribadinya. Amar terus menyambung tidurnya setelah menutur kata katanya. Malas mahu melihat air mata Anna. Kelak, dia juga akan beralah.
Selepas mengambil semua barang peribadinya, Anna menoleh ke katil. Melihat Amar yang tidur kembali seolah olah tiada apa yang perlu diemosikan. Bukan seperti dirinya. Dari tadi, air matanya seperti sungai. Laju sahaja turun.
" im sorry that i wasn't good enough for you " perlahan Anna menutur. Bagai tiada daya lagi. Suami sendiri tidur dengan perempuan lain, hati isteri mana yang tidak bengkak ? Walaupun perasaannya terhadap Amar bukan cinta, tapi dia rasa.. dia rasa terkilan sangat dengan tindakan Amar.
Dia terus keluar dari bilik itu. Makin lama dia berada dalam bilik itu, makin sendu dibuatnya.
***
" Rashid, Mikael jom pergi air terjun " kata Anna selepas dia mengambil breakfastnya. Dia mahu tenangkan fikiran, pergaduhan semalam dan apa yang dia lihat harini memang mengganggu fikirannya.
YOU ARE READING
Mr. Psycho Guy
RandomAnna Fasharina dan Amar Rykarl Anna Fasharina, Seorang gadis biasa yang baru sahaja tamat SPM . Hanya menolong ibunya menjual nasi lemak untuk meringankan beban ibunya Amar Rykarl , usianya yang sudah menginjak 26 tahun tidak menghalang untuk me...