(43) - Percaya

7.4K 362 25
                                    

Anna termenung melihat air yang sederhana deras mengalir. Bosannya! Tak cukup dengan New York, kini Amar perlu ke Australia atas urusan kerja selama tiga hari. Mahu sahaja dia ikut tapi Amar sekeras kerasnya tidak membenarkan. Katanya dia tidak suka Anna bercampur dengan kerjanya.

Dia memandang keadaan waterfall itu. Sudah lama rasanya dia tidak ke sini semenjak peristiwa dia dicium oleh Zarith. Fobia jugalah. Dia memerhatikan bodyguardsnya yang sedang elok menunggu di Jeep mereka.

Tiba tiba ada satu figura duduk disebelahnya dan turut mencelupkan kaki. Anna memandang gerangan kaki itu. Terkejut dia dibuatnya apabila Zarith dengan selambanya duduk di sebelahnya. Dengan pantas dia menjauhkan diri dari Zarith. Takut dirinya di ambil kesempatan lagi.

" Anna...."

Anna diam. Dia cuba berkelakuan biasa tapi entahlah dia berasa tidak selamat. Hampir dicium oleh lelaki ini memang satu mimpi ngeri.

" saya nak mintak maaf hal haritu "

Ohh reti pun minta maaf! Bisik hati Anna.

" look. Saya memang tak sangka it will be like that. Saya memang menyesal " ujar Zarith. Memang itu pun sebab dia bersungguh-sungguh mencari Anna. Melihat Anna tidak memberi respon apa apa buat dirinya gelisah.

" then apa yang awak sangka " kata Anna, sinis.

Zarith terdiam. Dia tahu dia memang salah dalam hal ini. Cuba cium Anna dara orang, adik tiri sendiri pulak tu!

" Im sorry " kata Zarith lagi. Dia memandang Anna dengan penuh harapan agar Anna memaafkan dirinya.

" you messed up with wrong person " kata Anna dan berura ura untuk bangun.

Zarith pantas menahan gerakan Anna. Bukan senang dia mahu jumpa Anna ni, lepasni dia perlu siasat tempat tinggal Anna pulak.

" awak duduk mana ? "

" none of your bussiness! " kata Anna. Badannya sudah tegak dan secepatnya mahu beredar dari Zarith, lelaki gatal baginya.

" no actually it is my business. You, you are Anna Fasharina Binti Amir Abdullah " kata kata Zarith berjaya memberhentikan gerakan Anna. Anna meneguk air liur. Takkan mamat ni pun psiko pulak sampai tahu dirinya ?

Dia terus berlalu pergi tanpa mengendahkan kata kata Zarith.

" abang awak Affin Anaqi! Ibu awak Siti Shafina! " laung Zarith lagi.

Kalini jalan Anna terbantut. Dengar sahaja 2 insan yang dia sayangi dia menoleh ke arah Affin. Dia berpatah balik ke Affin.

" how did you know ? Awak psiko ke ? " tanya Anna. Seramlah! Asal banyak sangat psiko kat dunia ni ?

" nope. Saya, Zarith Hanafi bin Amir Abdullah. Your stepbrother "

Kata kata Zarith buat Anna terpaku. Lama kelamaan dia tergelak.

" awak buat lawak apa ni Zarith ? Saya takde stepbrother lah! Bapak saya kahwin mak saya seorang je! Kalau ada pun takkanlah awak lagi tua dari saya " kata Anna dalam sisa sisa ketawanya.

" nope, your mom is second wife of Amir Abdullah. Our father. Saya anak daripada isteri pertama ayah kita. Now ibu saya dah meninggal, i live with your family right now. Including Affin Anaqi and Puan Shafina " terang Zarith.

Anna terpaku. Dia keras ditempatnya. Kata kata Zarith di cernakan satu persatu.

" awak buat lawak apa ni Zarith ? Bapak saya dah lama menghilang. Ibu saya tiada madu. Tah tah awak tahu nama abang saya dengan mak saya pun sebab awak selidik tentang saya. Awak tu psiko! " kata Anna dan berlalu pergi.

Mr. Psycho Guy Where stories live. Discover now