(44) - Soulmate

7.6K 387 33
                                    

Affin mengusutkan rambutnya. Dia ingat senang sahaja untuk dia memujuk Anna balik. Yelah kena culik kot, siapa je nak lama lama dengan penculik ? Mengenangkan Anna yang sudah berkahwin membuat dirinya buntu. Anna kelihatan bahagia dengan perkahwinannya.

Telefon bimbitnya dicapai dan group familynya di buka

Zarith : zarith dah jumpa Anna

Ibu Fina :  alhamdulillah! Bawak balik Anna, rith

Ayah : haah zarith, bawak balik Anna sekali nanti. Ayah uruskan tiket for two nanti

Affin : how's she ? Penculik yang suami dia tu ada abuse dia ke

Mata Zarith membulat. So Affin tahu yang Anna sudah berkahwin ?

Zarith : so everyone tahu lah Anna dah kahwin ?

Zarith : kenapa tak bagitau Zarith ?

Affin : Aku ingat ayah dah bagitau kau bro

Zarith tolak tepi perasaan terpinggirnya dirinya didalam keluarga itu. Takpelah. Dia mengukir senyuman palsu

Ibu fina : kamu dah pujuk Anna balik ke belum ?

Zarith : apa kata kita video call je ? Panjang sangat cerita Zarith ni

Zarith terus menekan lambang video call untuk call keluarganya. Line mula disambungkan dan figura ketiga ketiga keluarganya mula kelihatan.

" macam mana Zarith ? Dah pujuk Anna ? " tanya Amir Abdullah.

Zarith terdiam. Nak taknak dia kena bagitau hal ini. Kalau dia sembunyikan, apa pun tidak jadi.

" Zarith jumpa dia dekat waterfall. Zarith cakap yang Zarith ni abang tiri dia tapi dia tak percaya langsung. Dia kata ayah dah lama tak pulang ke rumah so mustahil ayah hantar Zarith untuk bawa dia balik. Zarith pun yakinkan dia. Zarith cakap apa yang zarith tahu. Pastu Zarith cakap lah semua kat sini rindu dia. Zarith pujuk dia lagi dan lagi. Sampai satu tahap tu dia dah nak pergi. Zarith still tak putus asa. Zarith pujuk dia tapi....." kata kata Zarith tergantung. Part ni lah yang paling kelat dia mahu sampaikan.

" tapi apa bro ? " tanya Affin.

" dia toleh dia tunjuk cincin kahwin dia dan dia kata dia kahwin dengan penculik tu dan dia bahagia. Dia takkan ikut Zarith balik sebab Dia ingat Zarith ni psycho jugak. Dia still tak percaya Zarith. Dia kata dia bahagia dengan perkahwinan dia " sayu saja suara Zarith ketika berkata pada ayat hujung tu.

" bro, are you sure girl tu Anna ? Because Anna takkan cakap macam tu. Anna loves us " kata Affin di hujung talian.

Dalam keterpaksaan Zarith mengangguk.

Amir Abdullah menarik nafas.

" memang dia taknak balik ke ? " tanya Amir Abdullah, hampa.

Zarith mengangguk.

" kalau macamtu, ayah hantar orang orang ayah pergi bawak balik Anna dari si penculik. And i will make sure orang orang ayah tangkap penculik tu sekali " ikhtiar Amir Abdullah. Mana boleh jadi, Anak perempuannya telah jauh dari pandangan matanya dan ditangan orang lain. Ayah mana taknak cuba untuk selamatkan, kan ?

***

Tamat sahaja mesyuarat pertama pada hari itu, terus Amar pergi ke biliknya. Tienya dilonggarkan komputer dibuka dan terus disambungkan ke talian CCTV rumahnya di London. Dia mahu melihat Anna.

Dia lihat Anna sedang baring melunjurkan kaki menengok TV di bilik mereka sambil memakan Aiskrim. Terus segaris senyuman terpapar di bibir Amar. Cutie!

Mr. Psycho Guy Where stories live. Discover now