(49) - Rest

6.5K 395 62
                                    

Anna termenung melihat permandangan dari dalam biliknya. Hari ini adalah hari pembicaraan kes dia dengan Amar. Tapi entah kenapa, keluarganya menentang keras untuk membawa Anna sekali ke Mahkamah. Dia agak terkilan kerana keluarganya seperti mahu menjauhkan dirinya dengan Amar. Dia mendengus perlahan.

Dia terdengar bunyi gril dan pintu rumahnya dibuka. Maksudnya mereka sudah balik! Cepat cepat Anna turun ke bawah untuk mengetahui hasil pembicaraan tersebut.

Keluar sahaja dari bilik dia hairan. Ibu dan ayahnya terus menguncikan diri di dalam bilik tanpa sepatah kata keluar dari mulut mereka. Apa sudah jadi ?

Dia terus turun ke bawah untuk berjumpa dengan Zarith since zarith sahaja yang mengikuti ibu dan ayahnya ke Mahkamah. Dia lihat Zarith hanya duduk dihadapan TV sambil menikmati jus orennya. Lagi lah menimbulkan kehairanan dalam dirinya.

" weh " tegur Anna dan terus mengambil tempat di hadapan Zarith.

" hm " Zarith membalas

" kenapa ibu dengan ayah tu? Apa keputusan Mahkamah "

Zarith memandang Anna lalu memandang siaran yang ditayang di TV. Dia sudah agak ini sebab Anna berjumpa dengannya sebab apa lagi kan ?

" Dia lepas that's why ibu dengan ayah tak puas hati "

" dia ? Maksud kau Amar lepas ? " Anna terlampau excited sampaikan dia terjerit.

" yes. Dia lepas. Kenapa ? " celah Amir Abdullah entah dari mana muncul

Anna terkejut cepat cepat menggeleng. Takut dia melihat muka masam ayahnya.

" takde apa, yah. Orang tanya je " kata Anna.

" Anna, dengar sini. Walaupun dia lepas dengan ikat jamin, Anna jangan sesekali jumpa dia. Ini arahan ayah " tegas Amir Abdullah berkata.

Anna tergamam.

" ke-kenapa yah ? " tergagap gagap Anna membalas

Amir Abdullah memandang Anna tajam.

" Ayah tak mahu kalian ada apa apa hubungan lagi "

" but we're married yah. You can't do anything " Anna menjawab berani. Air matanya akan turun bila bila masa sahaja tapi di tahan. Dia memang amat lemah tentang perkara perkara yang melibatkan dia dan Amar. Tambahan, kehamilan dia juga memberi impak kepada kelemahan mentalnya.

" ayah akan pastikan dia akan ceraikan Anna "

Kata kata Ayahnya membuatkan segala sendi otot Anna menjadi lemah. Air mata Anna gugur disitu juga. Cerai ? Ayahnya sanggup melihat dia bercerai ? Puan Shafina yang berada di sebelah ayahnya juga hanya mampu mendiamkan diri. Dia juga tersepit antara anaknya dan suaminya. Baginya dua dua itu adalah berharga.

" ayah...ap-apa yang ayah cakap ni ? " Anna masih cuba mengawal suaranya walaupun fizikalnya dia sudah menangis.

" ib-ibu ? Ibu taknak Anna dicerai kan ibu kan ? " Anna merayu pada ibunya. Malangnya Puan Shafina hanya mendiamkan diri.

" that is the best desicions " Puan Shafina bersuara.

" best decisions ? Itu ibu ayah cakap ? Ibu ayah sanggup lihat Anak sendiri dicerai ? Dan lagi teruk sebab penceraian Anna berpunca dari mak bapak Anna sendiri! " Anna meninggikan suara. Dia tidak sangka sumber kekuatannya sanggup membuat keputusan sedemikian rupa tanpa memikirkan perasaanya. Hati dia sudah rapuh.

" Yes! Lelaki tu tak boleh jamin kebahagiaan Anna! Ayah takkan biarkan Anna dengan dia bersama! " ego Amir Abdullah juga tercabar apabila Anna meninggikan suara.

Mr. Psycho Guy Where stories live. Discover now