1

5.9K 225 174
                                    

Di sebuah rumah di Putrajaya.Ada seorang remaja berumur 16 tahun yang sedang berbaring di atas katilnya sambil fikirannya melayang entah ke mana.

Kerja rumah yang diberikan oleh gurunya langsung tak disentuh.

Dia terlalu asyik berfikir sehingga tak sedar yang Dr Ghazali a.k.a ayah Ali dah berdiri di pintu sejak tadi lagi.

"Ali..."panggil Dr Ghazali lembut.

Orang yang dipanggil terus duduk dari posisi baringnya dan memandang ayahnya hairan.

"Ye ayah?Kenapa?"tanya remaja 16 tahun tersebut 'Ali'.

"Kamu buat apa termenung sorang-sorang tu?"tanya Dr Ghazali.

"Tak...Takda apa...Saja berfikir..."jawab Ali perlahan sambil menundukkan kepalanya.

Dr Ghazali menghembuskan nafas berat dan memegang bahu Ali.

"Sudah-sudahlah kamu fikir pasal dia tu...Dah 2 tahun peristiwa tu berlaku.Kamu tak payahlah fikirkan sangat pasal tu...Lupakan je..."ujar Dr Ghazali dengan tujuan cuba untuk memujuk anaknya.

"T...Tapi...Hiks...Ali...Sayangkan dia ayah...Ali...Tak boleh lupakan dia..."balas Ali yang dah mula menangis.

"Dah-dah...Janganlah nangis Ali...Ayah ada...Ayah pasti satu hari nanti dia akan dapat balasan setimpal dengan apa yang dia dah buat pada Ali"pujuk Dr Ghazali lagi sambil memeluk Ali erat.

"Baiklah ayah.Ali akan cuba..."ujar Ali perlahan dan mengelap kesan-kesan air mata dipipinya.

"Haa...Macam nilah anak ayah!Dah,pergi buat homework Geo tu.Tak pasal-pasal kena marah dengan cikgu esok..."ujar Dr Ghazali yang cuba buat lawak,tapi tak jadi.

Ali tergelak apabila mendengar kata-kata ayahnya.

"Ayah ni buat lawak pula!Ali mana pernah kena marah dengan cikgu..."ujar Ali yang masih lagi nak tergelak.

"Yelah...Tahulahkan...Budak straight A..."perli Dr Ghazali sambil mengajuk-ajuk gaya cikgu Ali.

"Eh biasa...Tengoklah anak siapa ni..."ujar Ali dengan bangga.

"Anak siapa?"tanya Dr Ghazali buat-buat tak tahu.

"Anak ayahlah!"jawab Ali dan memeluk Dr Ghazali erat.

"Yelah,memanglah Ali ni anak ayah...Anak ayah yang paling cute ni..."perli Dr Ghazali.

"Ali handsomelah!"marah Ali sambil mengembungkan pipinya tanda tak puas hati.

"Cute!"

"Handsome!"

"Cute!"

"Handsome!"

"Cute dan handsome!Puas hati?"tanya Dr Ghazali yang akhirnya mengalah dengan Ali.

Ali hanya mengangguk dan tersenyum puas.

"Oklah,ayah pergi kerja dulu tau...Dah lambat ni..."ujar Dr Ghazali lantas menutup pintu bilik Ali.

Ali pun tanpa berlengah terus mencapai alat tulisnya dan terus menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh gurunya.

*Sementara itu di taman*

Terlihat seorang gadis berambut coklat sedang duduk berdua-duaan dengan seorang lelaki berambut perang sambil memeluk lengan kanannya.

"Chris sayang...Betul ke you dah lupakan dia tu?"soal gadis tersebut dengan suara manja yang dibuat-buat.

"Ye Sara...I dah lupakan dia..."jawab lelaki berambut perang tersebut 'Chris'.

"Betul ke?I macam tak percaya je..."soal gadis itu lagi 'Sara'.

"Betullah...Lagipun,dah 2 tahun peristiwa tu berlaku.Jadi buat apa fikir lagi?Lupakan jelah..."jawab Chris jujur.

"Hahaha...It's time for second round!"desis Sara sambil smirk dalam diam.

*Keesokan harinya*

Ali yang dah siap memakai uniform sekolahnya terus mencapai begnya dan turun ke dapur untuk sarapan bersama Dr Ghazali.

"Selamat pagi ay..."kata-kata Ali terpotong apabila melihat dapur kosong.Satu makhluk pun takda.Yang ada hanyalah sepinggan nasi goreng yang dimasak oleh Dr Ghazali.

Kemudian Ali baru teringat yang hari ni hari Isnin,jadi Dr Ghazali kena pergi kerja awal.

"Haihh...Nasib..."gumam Ali sambil menepuk dahinya dan terus menuju ke meja makan untuk menjamah nasi gorengnya.

SKIP

*Di sekolah*

Ali melangkahkan kakinya ke dalam kelas dan terus duduk di tempatnya yang terletak di barisan hadapan.Kemudian dia melihat jam yang berada di dinding bilik darjahnya.

"Ada lagi 40 minit sebelum kelas mula.Baik aku study balik apa yang cikgu ajar semalam..."gumam Ali dan mengeluarkan 5 buah buku yang tebalnya lebih kurang 5cm dari dalam begnya.

To Be Continued...

Ni dia!!Maaflh ye kalau tak best😖😖

ʙᴇᴄᴀᴜsᴇ ʏᴏᴜ ᴀʀᴇ ᴍʏ ᴛᴏᴘ sᴛᴜᴅᴇɴᴛ (ʀᴜʟɪ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now