8

3.1K 186 105
                                    

"Erm...Gambar tu aku jumpa kat dalam buku merah ni"jawab Rudy sambil menunjukkan buku merah yang dimaksudkan.

Ali merampas buku merah yang dipegang Rudy tanpa sebarang kata dan terus duduk di atas salah satu sofa.

"Dah...Study!Periksa dah nak dekat!"ujar Ali dengan nada dingin dan melemparkan sebuah buku pada Rudy.Rudy hanya terkaku melihat reaksi Ali apabila melihat gambar itu.

"Ada yang tak kena ke dengan gambar tu?"monolog Rudy sambil mencuri-curi pandang Ali yang sedang khusyuk membaca buku.

"Aku mesti kena tahu juga apa masalah dia!"tekad Rudy sambil menggenggam tangannya erat-erat.

Selepas beberapa minit,baru Rudy tersedar dengan perlakuannya.

"Apasal aku macam...Caring pasal dia?Aku bukannya suka dia pun!"gumam Rudy sehingga terjatuhkan buku yang dipegangnya.

"Apahal tu?"tanya Ali tiba-tiba sambil memandang Rudy dengan muka hairan.

"Takda apa,buku jatuh je..."jawab Rudy selamba.

"Ouh..."

-1 jam kemudian-

(HONK!HONK!)

Rudy menghentikan pembacaannya untuk melihat ke luar tingkap.Dia mendapati Puan Julia sedang menunggunya dari dalam kereta.

Rudy pun berjalan ke arah Ali untuk mengatakan yang dia akan pulang ke rumah.

"Weh Ali,mak aku dah sampai.Aku-"Rudy mengangkat buku yang menutupi muka Ali dan terpaksa menghentikan kata-katanya apabila melihat Ali sudah tertidur lena dengan beberapa helai rambut yang menutupi mukanya.

"Aduh...Tidur pula dia ni!"gumam Rudy sambil memicit-micit hidungnya.Kemudian,Rudy menoleh ke arah Ali untuk menyelak rambut yang menutupi muka Ali.

Apabila rambut Ali sudah diselak,Rudy dapat melihat muka polos Ali.Rudy semakin lama semakin mendekatkan mukanya dengan muka Ali.

Apabila jarak muka mereka hanya tinggal beberapa inci,Rudy merenung muka Ali dalam-dalam sehingga menyebabkan jantung Rudy berdegup kencang.

"Aku akan pastikan aku tahu masalah kau..."monolog Rudy sambil tersenyum kecil.

Tiba-tiba...

(GUBRAK!)

Pintu rumab Ali tiba-tiba saja terbuka dan terlihatlah Puan Julia di muka pintu.

"Hello!Rudy!Lama ke tunggu??"soal Puan Julia dengan suara lantang sehingga membuatkan Rudy terkejut.

Saking terkejutnya Rudy sehingga tersungkur ke arah Ali dan...

(CHUP!)

Tercium pipi kiri Ali sehingga membuatkan muka Rudy merah padam manakala Puan Julia pula sudah mengalami kesesakan nafas kerana anak sulungnya telah mencium pipi rakan sekelasnya.Yang paling membuatkan Puan Julia rasa nak pitam adalah kerana yang dicium tu adalah lelaki.

"L-Lembutnya pipi dia!Macam kuih pau!"monolog Rudy.

Tiba-tiba Rudy terasa ada pergerakan datang dari Ali.Rudy lihat Ali mula membuka matanya perlahan-lahan.

Apabila mata Ali terbuka sepenuhnya,Ali cuba memahami situasi dan...

(PAKK!!)

Satu tamparan hinggap di pipi kanan Rudy sehingga membuatkan Rudy terduduk di atas lantai.

"Kau gila ke hah?!"soal Ali sambil mencapai sebuah buku dan bersedia untuk membaling buku itu ke arah Rudy.

"A-Aku tak sengaja,tadi aku nak terjatuh dan-"kata-kata Rudy terpotong apabila buku yang dipegang Ali mendarat tepat di mukanya.

"Jangan kau cuba nak dekati aku lagi..."ujar Ali dengan nada dingin dan terus berlari masuk ke dalam biliknya.

Selepas Ali pergi,Rudy memusingkan kepalanya ke arah Puan Julia dan menunjukkan senyuman paksa manakala Puan Julia pula hanya menggelengkan kepalanya sambil bercekak pinggang.

"Kenapa?"tanya Rudy bingung.

Puan Julia hanya menghembuskan nafas berat.

"Kau tak patut buat macam tu Rudy..."ujar Puan Julia dan memusingkan badannya untuk berjalan keluar dari rumah Ali.

Rudy yang tak memahami apa yang dikatakan Puan Julia hanya mengikuti dari belakang.Rudy juga sempat menoleh ke tangga bilik Ali dan terus mengunci pintu rumah Ali dari dalam.

Rasa simpati terbit di dalam hati Rudy apabila melihat reaksi Ali tadi.

"Kesian dia...Apalah yang dah jadi kat dia agaknya ye?"soal Rudy pada dirinya sendiri.

Rudy berjalan ke arah kereta Puan Julia dan membuka pintu kereta.Tapi pintu tak terbuka.

Puan Julia yang perasan hal itu hanya menurunkan tingkap kereta dan tersenyum ke arah Rudy.

"Kau balik jalan kaki"ujar Puan Julia dan menghidupkan enjin kereta.

"Kenapa pula?!"soal Rudy separuh marah.

"Ala,rumah kita bukannya jauh pun.50 meter je dari sini..."jawab Puan Julia santai dan terus menekan pedal minyak.Kereta bergerak laju dan Rudy berlari mengejar kerana Puan Julia.

"Woi!Tunggu!!"jerit Rudy sambil mengejar kereta  Puan Julia.

*Sementara itu di bilik Ali*

Ali sedang duduk di penjuru biliknya yang paling gelap dan memandang dinding di hadapannya dengan pandangan kosong sambil memegang sebilah pisau lipat yang telah mempunyai kesan-kesan darah yang telah kering.

*Di bawah*

"Ali!Ayah balik!"laung Dr Ghazali yang baru pulang dari tempat kerja.

Ali seakan-akan tidak mendengar laungan Dr  Ghazali dan mengangkat tangan kirinya yang telah dibalut dengan kain pembalut minggu lepas.Ali menggenggam pisau lipat yang dipegangnya dengan erat dan...

(ZAPP!)

Membuat satu torehan yang cukup dalam pada lengan kirinya.

(TAP!TAP!TAP!)

Titik-titik darah jatuh membasahi lantai bilik Ali.

Ali mengangkat pisau lipat itu dan membuat lagi 4 torehan pada tangannya sehingga tangan kirinya berlumuran darah.

Setitis air mata jatuh membasahi pipi Ali dan dia terus menutup matanya agar dia dapat bertenang.

*Di ruang tamu*

Dr Ghazali berasa hairan kerana laungannya tidak disahut Ali.Akibat risaukan anaknya,Dr Ghazali pun bergegas menuju ke arah bilik Ali dan mengetuk pintu bilik itu.

"Ali!Kamu dah tidur ke?"tanya Dr Ghazali dari luar bilik.

Tiada sahutan...

Akibat rasa risau yang melampau,Dr Ghazali pun memulas tombol pintu bilik Ali dan pintu terbuka.

Dr Ghazali daat lihat yang bilik Ali sangat gelap dan suram.Dr Ghazali membuka suis lampu dan mendapati Ali sedang terduduk lemah di penjuru bilik sambil tangannya berlumuran darah.

Dr Ghazali berlari untuk mendapatkan Ali.

"Dah agak!Dia toreh tangan lagi!"monolog Dr Ghazali dan segera mendapatkan kotak pertolongan cemas untuk membalut luka Ali.

SKIP

Dr Ghazali membaringkan Ali di atas katil dan mematikan suis lampu.

Dr Ghazali memandang ke arah Ali dengan rasa simpati.

"Ali,tolonglah lupakan dia...Ayah tak nak tengok kamu menderita macam ni lagi...Ayah yakin akan ada orang yang lebih baik dapat gantikan dia..."gumam Dr Ghazali dan menutup pintu bilik Ali perlahan.

To Be Continue

Sorry sebab dah lama tak update😅Author busy sesangt sekarang ni😅

ʙᴇᴄᴀᴜsᴇ ʏᴏᴜ ᴀʀᴇ ᴍʏ ᴛᴏᴘ sᴛᴜᴅᴇɴᴛ (ʀᴜʟɪ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now