23

2.3K 149 17
                                    

"Erm...Rudy...Kasut siapa tu?"tanya Ali dengan muka yang tiada perasaan.Rudy melihat ke bawah dan melihat kasut perempuan yang dikatakan Ali.Rudy smirk dalam diam.

"Ni?"soal Rudy manakala Ali hanya menganggukkan kepalanya perlahan tanpa menoleh ke arah Rudy.

"Ni kasut girlfriend aku"jawab Rudy selamba dengan hidungnya yang sudah kembang sepinggan.

Ali dapat rasakan hatinya hancur apabila mendengar jawapan Rudy.

"A-aku dah agak aku tak boleh berharap tinggi-tinggi sangat dengan Rudy..."monolog Ali dan menundukkan kepalanya kerana tidak mahu melihat muka Rudy dengan matanya yang sudah mula berkaca-kaca.

"O-oh...Yeke??L-longlast!!"ucap Ali sambil tersenyum pahit dengan suara yang agak bergetar.

Rudy sangat terkejut apabila melihat perubahan sikap Ali yang mendadak itu.Rudy memegang kepala Ali dan menyusap rambut Ali dengan lembut.

"Rilekslah Ali...Aku gurau je...Tu kasut adik aku Khira..."ucap Rudy perlahan dengan rasa bersalah.Ali hanya diam.

Rudy memegang kedua-dua belah pipi Ali dan mengangkat sedikit muka Ali agar dapat melihat mukanya.Rudy terkejut apabila melihat mata Ali basah dengan mempunyai bekas-bekas air mata seperti baru lepas menangis.

"A-Ali!K-kau nangis ke??Sorry sorry!!Aku tak berniat nak buat kau sedih!!"ucap Rudy dengan penuh rasa bersalah apabila melihat Ali dalam keadaan begitu.

Ali terkejut dengan kata-kata Rudy dan terus memusingkan badannya kerana malu.

"M-mana ada!!A-ada habuk masuk dalam mata akulah!!"bohong Ali sambil mengelap sisa-sisa air matanya menggunakan tangan.Rudy hanya memandang Ali dengan muka risau.

"Ali~"panggil Rudy dengan nada menggoda dan memeluk Ali dari belakang.

"Kau jealous bila aku kata aku ada girlfriendkan?"soal Rudy sehingga membuatkan Ali blush.

"T-t-takdalah!!"bohong Ali sambil cuba melepaskan pelukan Rudy.

"Jangan nak-"

"WHAT THE HECK JUST HAPPEN HERE?!!!!!"soal satu suara sehingga membuatkan Rudy melepaskan pelukannya dari Ali.Rudy dan Ali menoleh ke arah pemilik suara itu.

"K-Khira!!Apasal tak tidur lagi ni?!!Kan dah lewat nii!!"marah Rudy sambil menggenggam penumbuk.

"Rilekslah...Aku lapar so aku turunlah nak cari makanan,tapi belum sempat lagi aku turun aku nampak adegan 14+ yang dilakukan oleh abang aku sendiri!!"ucap Khira dengan sekali lafaz dengan suara lantangnya.

"Ha!Dah tu pergilah makan sana!!"balas Rudy dengan suara yang lebih kuat.

"R-Rudy...Dahlah tu"ujar Ali perlahan sambil cuba menenangkan Rudy.

"Tak payah!!Aku dah takda selera makan dah lepas nampak kunyit depan mata!!"ucap Khira dan terus menuju ke arah biliknya.Tapi belum sempat dia membuka pintu biliknya,Ali telah pun menegurnya.

"Nanti!!"panggil Ali.Khira memusingkan badanya.

"Mungkin abang boleh masakkan sesuatu untuk adik..."ujar Ali sambil tersenyum manis ke arah Khira.Khira berlari turun dari tangga dan terus menuju ke arah Ali.

"Betul ke?!"soal Khira tak percaya dengan kata-kata Ali.

"Iya...Betul.Adik nak apa?Abang boleh tolong masakkan"jawab Ali lemah lembut sehingga membuatkan Rudy berapi di dalam hatinya.

"Pergh!Sakit hati siott!!"monolog Rudy bengang tapi di luarnya masih lagi tersenyum.

"Yeay!Terima kasih abang!Abang ni baik sangat!Tak macam ada orang tu.Sikit-sikit nak marah"ucap Khira sambil menyindir Rudy.Rudy hanya menyilangkan kedua-dua belah tangannya dan menoleh ke arah lain.

Ali hanya tersenyum kekok.Khira cepat-cepat menarik Ali menuju ke arah dapur meninggalkan Rudy yang sedang merajuk di ruang tamu seorang diri.

*Di dapur*

"Khira nak Spageti Aglio E Olio!!"ucap Khira dengan penuh semangat.

"Okay!"jawab Ali dan terus mengambil barang-barang untuk memasak pesanan Khira.

(Author pun tak tahu apa kejadah tu😂Author search je kt google😂)

"Amboi!Sedapnya kau order!Kau fikir ni restoran ke apa??"soal Rudy secara tiba-tiba.

"Eleh,jealous tu cakaplah...LANDAK!!"balas Khira selamba sambil menjeling Rudy dengan jelingan tajam.

"Ish!Budak ni!!Sekali aku tibai,masuk dalam tanah terus kau!!"ugut Rudy sambil tangannya sudah bersedia nak menumbuk Khira tapi sempat dihentikan oleh Ali.

"Dah!Jangalah gaduh-gaduh!Aku masakkan untuk kau sekalilah,jangan macam tu dengan adik kau,tak baik!"marah Ali sambil mencubit lengan kanan Rudy.

"Hurm...Yelah"jawab Rudy pasrah dengan Ali dan terus duduk berhadapan dengan Khira.Khira pula hanya mentertawakan Rudy dalam diam.

"Jagalah kau budak kecil!!!"monolog Rudy sambil memberikan pandangan tajam ke arah Khira.

"Rudy!!Dah-dahlah tu!!"marah Ali secara tiba-tiba.

To Be Continued

ʙᴇᴄᴀᴜsᴇ ʏᴏᴜ ᴀʀᴇ ᴍʏ ᴛᴏᴘ sᴛᴜᴅᴇɴᴛ (ʀᴜʟɪ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Kde žijí příběhy. Začni objevovat