44

1.9K 119 35
                                    

*Di rumah Rudy*

"Explain!!"marah Puan Julia yang masih tidak mahu menjelaskan mengapa dia berbuat begitu pada Ali.Rudy yang meras takut dengan Puan Julia yang terus-terusan memaksanya.Akhirnya Rudy menghembuskan nafas dan mula membuka mulutnya.

"Ru-Rudy sebenarnya tak nak Ali rasa Rudy ni jadi penghalang untuk dia mesra semula dengan Chris...Se-sebab,Ali pun masih sayangkan dia lagi sampai nangis masa tidur..."jelas Rudy dan menundukkan kepalanya.Air matanya ditahan.

"Logik apa kau pakai b*d*h?!!Kau dah tahu Ali dengan mamat Chris tu dah takda apa,tapi kenapa kau jadi terlalu b*d*h lepaskan Ali pada mamat tu?!Kau ni takda usaha langsung nak pertahankan hubungan korang!!"marah Puan Julia yang sudah hilang kesabaran.

"T-tapi Ali masih sayangkan dia..."ucap Rudy perlahan.

"Kau ada nampak macam dia terima balik ke mamat tu?!!"soal Puan Julia yang masih marah manakala Rudy hanya menggelengkan kepalanya cepat sambil air matanya jatuh ke lantai tetapi cuba ditutup menggunakan lengannya.

"Dah tu?!"soal Puan Julia lagi.

"Rudy-Rudy tak tahu apa yang Rudy fikir...Rudy tak tahu kenapa Rudy lepaskan dia...Rudy tak tahu kenapa Rudy sanggup buat dia sedih sampai macam tu sekali...Mama,Ru-Rudy minta maaf!!"ucap Rudy yang sudah tidak boleh menahan tangisannya.

Puan Julia mula merasa sedikit kesian pada Rudy dan mula berjalan menghampiri Rudy.Puan Julia memandang Rudy dan tersenyum kecil dan tangannya memegang kepala Rudy.

"Kenapa Rudy minta maaf pada mama?Kan Rudy buat salah pada Ali,bukannya pada mama"tanya Puan Julia lembut.Rudy hanya diam.Puan Julia sedikit mengeluh apabila soalannya tidak dijawab Rudy.Tiba-tiba Rudy bersuara.

"Ru-Rudy memang nak minta maaf pada Ali,t-tapi Rudy dah cakap yang Rudy dah...Tak...Sayang dia..."ucap Rudy dengan suara yang sangat perlahan tetapi masih dapat didengari dengan jelas oleh Puan Julia.

"Kenapa Rudy cakap macam tu?Kesian Ali,mesti dia rasa sedih sangat bila Rudy cakap macam tu..."tegur Puan Julia yang cuba sedaya upaya untuk bercakap dengan lembut.

"Rudy...Tak nak dia mengharap sangat pada Rudy sebab Rudy takut harapan tu akan hancurkan hati dia..."jelas Rudy jujur membuatkan Puan Julia menghembuskan nafas berat.

"Kenapalah bangang sangat kau ni aduii!!"monolog Puan Julia yang masih cuba bersabar.

"Rudy,sebenarnya Rudy sayang Ali lagi ke tak?"tanya Puan Julia lagi.

"Rudy sayang dia..."jawab Rudy jujur.

"Kalau Rudy sayang dia,Rudy kena fikir satu cara untuk pujuk Ali...Ajak dia balik sini..."saran Puan Julia membuatkan Rudy mengangkat kepalanya dan memandang Puan Julia dengan tatapan mengharap.

"Macam mana mama??"soal Rudy ingin tahu.

"First,cadangan mama ialah kau pergi masuk bilik kau lepas tu mandi.Bau dah macam belacan!Second,nanti dah siap semua kau call Dr.Ghazali.Tanya dia apa patut kau buat..."arah Puan Julia yang kembali tegas.Rudy hanya buat poker face dan terus naik ke biliknya.

SKIP

Selesai saja mandi,Rudy terus mencapai phonenya dan call Dr.Ghazali.

"Comform aku kena maki ni..."monolog Rjdy yang berasa sedikit takut tetapi terus memberanikan dirinya demi menyelesaikan masalah ini.

Beberapa saat kemudian,Dr.Ghazali menjawab panggilan dan terdengar keluhan kecil dari Dr.Ghazali.

"Uncle,saya-"

"Rudy,uncle malas nak marah-marah kamu Rudy,tapi...Uncle cuma nak ingatkan semula perjanjian kita dulu..."

Rudy yakin sangat sekejap lagi dia akan dimarahi.

"Uncle amanahkan kamu untuk jaga Ali,lindungi dia dari segala benda yang boleh merosakkan diri dia sebagai mana yang Chris buat dulu.Tapi uncle tak sangka,kamu rupanya yang dah merosakkan dia..."

"Uncle,saya minta maaf!!Saya-"

"Sejujurnya,uncle tak kisah kalau kamu nak bercinta dengan Ali tapi...Kalau dah sayang tu,jagalah elok-elok,pertahankanlah hubungan yang kamu dah bina...Jangan suka-suka bagi orang luar hancurkan hubungan kamu..."

"Baik uncle..."

"Sekarang ni macam mana?"

"Saya nak jumpa Ali!Saya nak minta maaf dan pujuk dia!!"

"Boleh,tapi kamu tahu ke kat mana lokasi dia?"

Seketika Rudy hanya krikk krikk mendengar soalan Dr.Ghazali kerana dia memang tak tahu kemana Ali pergi.

"Hehehe...Tak tahu"

"Ada juga yang kena tapak dengan kasut kejap lagi..."

"Maaf!!"

"Haihh...Uncle yakin sangat yang Ali ada kat rumah pakcik dia Bakar"

"Saya sanggup pergi ke sana!!"

"Bila kamu rasa boleh bertolak ke sana?"

"Esok"

"Kalau macam tu,sekejap lagi uncle bagi alamatnya"

Belum sempat Rudy menjawab apa-apa,panggilan telah diputuskan.Beberapa saat kemudian,Rudy mendapat mesej dari Dr.Ghazali dan segera membacanya.

"No XX,Jalan P1XXXXX,Presint XX
62XXX Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia"

Rudy hanya tersenyum melihat alamat rumah itu.

"Rudy janji akan bawa Ali balik..."

To Be Continued

Alamat tu aku tembak je😂🔫Kalau slh sila btulkn😂🔫

ʙᴇᴄᴀᴜsᴇ ʏᴏᴜ ᴀʀᴇ ᴍʏ ᴛᴏᴘ sᴛᴜᴅᴇɴᴛ (ʀᴜʟɪ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now