4

3.6K 188 93
                                    

*Di Sekolah Menengah Teknologi*

Sekumpulan pelajar sedang sibuk membawang tentang isu semasa di kantin sekolah.Sedang mereka sibuk membawang,tiba-tiba seorang pelajar lelaki yang memakai cermin mata 'Khai' berlari menghampiri kumpulan itu.

"Weh weh!Aku ada berita!"ucap remaja lelaki itu sambil tercungap-cungap mengambil nafas akibat berlari tadi.

"Apahal kau ni Khai?!Kacau linelah!"marah seorang gadis berpony tail yang berada di sebelah Khai 'Moon'.

"Rileks Moon...Aku nak bagitahu satu berita ni!"balas Khai teruja.

"Ha,apa dia beritanya?"tanya seorang gadis berbangsa cina yang duduk di depan Moon 'Alicia'.

"Macam ni,kalau korang semua nak tahu,akan ada pelajar baru yang akan masuk kat sekolah kita!"jawab Khai yang masih teruja dengan beritanya.

"Laa...Budak baru je...Itu pun nak kecoh ke?"soal seorang remaja yang duduk di sebelah Alicia 'Jet' dengan perasaan menyampah.

"Ish kau ni Jet!Cubalah jangan rosakkan suasana!"marah seorang gadis yang berpakaian ala-ala tomboi 'Mika' sambil meluku kepala Jet.

"Urm...Pelajar baru tu dia sekolah kat mana sebelum ni?"tanya seorang gadis bertudung yang duduk di sebelah Moon 'Iman' dengan perasaan teruja.

"Tak silap aku,sebelum ni dia sekolah kat Sekolah Menengah Putrajaya je..."jawab Khai cepat.

"Oh...Jadi dia ni budak Putrajayalah kiranya..."ujar seorang lelaki yang duduk di sebelah Jet 'Zass' sambil memegang dagunya.

"Ha ah!Dan kalau tak silap akulah,budak baru tu nanti masuk kelas korang..."jelas Khai dan memandang Alicia,Roza,Moon,Iman dan Jet sehingga membuatkan orang yang dipandang tersedak.

"WHAT?!"soal mereka serentak manakala Khai hanya menganggukkan kepalanya.

"Eh kejap-kejap,aku nak tanya ni.Mana kau tahu semua benda ni ha?"tanya Roza secara tiba-tiba.

"Heh,aku pergi stalk laptop pengetualah,apa lagi..."jawab Khai bangga dengan pencapaiannya (-_-") yang membuatkan semua yang ada di situ terlopong.

"Woi!Kau ni takda kerja ke pergi stalk laptop pengetua?!Dan satu lagi,macam mana kau boleh senang-senang masuk dalam bilik pengetua?? "soal Jet dan berdiri sambil menepuk meja.

"Oi!Agak-agaklah kau,pengetua tukan pak cik dia...Jadi mestilah dia senang-senang je dapat masuk dalam tu..."jelas Alicia yang dah mula bosan dengan sikap kalut Jet.

(KRIING!!)

"Weh!Loceng dah bunyi!Cepat masuk kelas sebelum-"kata-kata Iman terpotong dengan sergahan seseorang.

"Woi!Loceng dah bunyikan?!Apa lagi yang korang semua buat kat sini?!Pergilah masuk kelas cepat!"arah seseorang yang muncul secara tiba-tiba di tempat kumpulan makcik dan pakcik bawang itu.

"Yelah Si Encik Ketua Pengawas...Kitorang nak masuklah ni..."balas Moon dengan nada jengkel apabila menerima arahan daripada ketua pengawas itu.

"Alah Moon,apa kau nak heran?Rudykan memang macam tu..."ucap Alicia dan terus menarik tangan Moon agar dapat beredar dari situ dengan segera.

"Ceh,harap je pengawas,tapi perangai macam budak-budak kelas belakang!"ejek ketua pengawas itu 'Rudy' manakala Alicia hanya membiarkan saja ejekan Rudy dan terus berjalan menuju ke kelas.

*Di dalam kereta Dr Ghazali*

"Ayah...Bila kita nak sampai ni??Ali dah bosan dah ni!"rengek Ali yang dah mula bosan dengan suasana di dalam kereta dan jalan raya yang membosankan.

"Sabarlah Ali...Lepas selekoh depan tu kita sampailah kat rumah baru kita..."jelas Dr Ghazali yang masih menyuruh Ali bersabar dengan perjalanan mereka yang jauh.

"Hmm...Ok..."balas Ali pasrah.

- 2 minit kemudian -

Ali dan Dr Ghazali telah tiba di depan rumah baru mereka.Setelah Dr Ghazali mematikan enjin kereta,Ali cepat-cepat keluar dari kereta dengan perasaan teruja.

Ali dapat lihat rumahnya yang sekarang lebih besar daripada rumah yang sebelum ini dan rumah ini juga mempunyai laman yang lebih besar berbanding rumah lamanya.

"Huh...Rumah baru,kehidupan baru..."gumam Ali sendiri sambil teringat semua peristiwa pahit yang menimpa dirinya.

"Ali!Marilah tolong ayah keluarkan barang-barang ni!"ajak Dr Ghazali tiba-tiba sehingga membuatkan Ali tersentak dari lamunannya.

"Ali datang ni!"balas Ali dan berlari anak menuju ke tempat Dr Ghazali.

SKIP

*Malam itu*

Ali dan Dr Ghazali terbaring di atas lantai akibat kepenatan mengemas barang-barang mereka dari pagi hingga ke malam tanpa henti.Ditambah lagi dengan Ali yang cerewet dalam susun atur perabot.

Semua perabot di dalam rumah itu telah diubah suai kedudukannya mengikut citarasa Ali sehingga pening kepala Dr Ghazali dibuatnya.

Setelah memastikan semuanya teratur,Ali dan Dr Ghazali mengambil keputusan untuk makan malam dahulu.

SKIP

*Keesokan harinya*

Pagi-pagi lagi Ali dan Dr Ghazali telah bertolak ke Sekolah Menengah Teknologi kerana ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan sebelum Ali boleh masuk ke kelasnya.

Ali pergi ke pejabat sekolah ditemani oleh Dr Ghazali untuk berjumpa dengan pengetua dan menyelesaikan beberapa urusan dengan pengetua sekolah itu.

Setelah semua urusan selesai,Dr Ghazali menghantar Ali ke bilik guru untuk berjumpa dengan guru kelas Ali.

Selepas berjumpa dengan guru kelas Ali,Dr Ghazali pun meminta diri untuk pulang.

*Di dalam Kelas 4 Avicenna*

Suasana di dalam kelas itu sangat sunyi kerana tiada sesiapa pun yang berani buka mulut disebabkan Rudy,si ketua pengawas tak henti-henti memerhatikan seorang demi seorang pelajar di dalam kelas tersebut agar tidak membuat sebarang bunyi.Walaupun bersin (-_-").

Tak lama kemudian,guru kelas 4 Avicenna iaitu Cikgu Lisa melangkah masuk ke dalam kelas dengan seseorang di belakangnya.

"Bangun!Selamat pagi cikgu!"laung ketua kelas 4 Avicenna diikuti oleh pelajar lain.

"Selamat pagi murid-murid,hari ni saya nak kamu semua berkenalan dengan kawan baru"jelas Cikgu Lisa dan memandang pelajar baru tersebut agar mengenalakan dirinya.

"H...Hai!Aku Ali Bin Ghazali,aku baru pindah dari Putrajaya ke sini...Aku harap korang sudi berkawan dengan aku!"ucap Ali dengan pipinya yang sedikit memerah akibat malu kerana semua orang memandangnya.

"Hai Ali!"ucap semua penghuni di dalam kelas itu.

"Ha...Ali,kamu boleh duduk kat meja kosong sebelah Iqmal...Yang...Pakai cermin mata tu..."arah Cikgu Lisa.

Ali terus berjalan menuju ke arah tempat duduknya.

"Baiklah,keluarkan buku teks Geografi kamu semua!"arah Cikgu Lisa pada semua murid-murid.

Ali menoleh ke kiri dan melihat seorang pelajar berambut tajam ala-ala landak dan segera menoleh ke depan semula.

"Style rambut zaman bilalah tu agaknya ye?"soal Ali pada dirinya sendiri.

To Be Continued

Panjang betul chapter ni
😂😂😂

ʙᴇᴄᴀᴜsᴇ ʏᴏᴜ ᴀʀᴇ ᴍʏ ᴛᴏᴘ sᴛᴜᴅᴇɴᴛ (ʀᴜʟɪ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now