40

1.9K 123 26
                                    

*Keesokannya*

Rudy,Puan Julia dan Khira sibuk menikmati sarapan tanpa sebarang perbualan.Tetapi sepanjang mereka makan,Puan Julia ada perasan sesuatu yang tidak kena dan akhirnya membuat keputusan untuk bertanya kepada Rudy.

"Rudy,mana Ali?"tanya Puan Julia membuatkan Rudy menghentikan aktiviti saannya serta merta.

"Ha ahlah,daripada makan malam semalam aku tak nampak Ali...Mana dia?"sampuk Khira secara tiba-tiba.

"Erm...Ali kata dia nak duduk rumah dia dalam beberapa minggu ni...Se-sebab...Rumah dia dah lama takda orang..."bohong Rudy sambil cubw tersenyum.

"Oh..."jawab Puan Julia dan Khira serentak.

"Boleh pula kau biar dia duduk sorang-sorang ek?Biasanya,Ali jauh sikit je gelabahnya dah macam apa"ucap Khira dan menggelakkan Rudy.

"Diam pendek"jawab Rudy bengang dan bangun menuju ke singki untuk meletakkan pinggannya.Selepas itu,dia langsung menuju ke pintu hadapan rumahnya.

"Oi Rudy!Kau nak pergi mana??"soal Puan Julia yang semakin hairan dengan sikap Rudy.

"Taman"jawab Rudy sepatah.

"Buat apa?"soal Puan Julia lagi.

"Joging"jawab Rudy lagi dan terus keluar dari rumahnya.

*Di taman*

Baru saja Rudy memulakan aktiviti jogingnya,dia telah melihat sebuah figura yang amat dia kenali.Tak lain tak bukan ialah Ali.Rudy dapat lihat Ali duduk seorang diri sambil headphone diletakkan dikepalanya.

Rudy berlari anak ke arah tempat yang Ali duduki.Rudy ingin menyapa Ali dari belakang tetapi tiba-tiba saja niatnya terbatal.Dia memusingkan badannya ke belakang untuk pergi dari situ.

"Patut ke aku tegur dia?"soal Rudy pada dirinya sendiri dan memusingkan semula badannya.

Rudy berasa amat terlejut kerana Ali telah menoleh ke belakang dan manatapnya dengan wajah yang sedikit terkejut.Tetapi Ali memandang semula ke depan apabila Rudy memusingkan semula badannya.

"A-Ali..."panggil Rudy dengan suara perlahan tetapu langsung tidak mendapat respon dari Ali.

Akhirnya Rudy memutuskan untuk duduk di sebelah Ali.Ali hanya menoleh ke arah lain dan membiarkan Rudy duduk di sebelahnya tetapi dia sedikit menjauhkan jaraknya dari Rudy.

"Erm...Ali,pandanglah sini...Macam mana Rudy nak cakap dengan Ali kalau Ali pandang tempat lain?"tanya Rudy lembut sambil memegang bahu Ali.

"Rudy...Dah tak sayang Ali ke?"tanya Ali secara tiba-tiba sehingga membuatkan Rudy speechless.

"Rudy...Erm..."Rudy tidak tahu nak cakap apa.Dia berasa sedikit janggal untuk mengatakan yang dia masih sayangkan Ali tak tahu kenapa.

"Rudy tak tahu"jawab Rudy akhirnya membuatkan Ali tersenyum pahit dan bangun dari tempat duduknya.Dia ingin bergegas meninggalkan Rudy di ditu tetapi tiba-tiba saja tangannya ditarik Rudy.

Ali menarik tangannya sehingga terlepas dari pegangan Rudy.

"Ali nak ba-"belum sempat Ali menghabiskan ayatnya,dia sudah pun ditarik ke dalam pelukan Rudy.Ali terkaku dengan perbuatan Rudy.

"Maafkan Rudy...Rudy tak tahulah Rudy masih sayang Ali atau tak..."ucap Rudy dengan ayat yang semakin membuatkan hati Ali hancur.

Ali menolak Rudy sehingga pelukannya terlepas dan Ali berlari balik ke rumahnya.Rudy hanya melihat Ali pergi meninggalkannya.Timbul rasa sedikit bersalah dalam dirinya.

"Aku jahat..."monolog Rudy sambil menundukkan kepalanya.

SKIP

*Di rumah Ali*

Ali hanya duduk termenung di dalam biliknya tanpa melakukan apa-apa.Peristiwa yang berlaku di taman pagi tadi tidak dapat dilupakan.Kata-kata Rudy,wajah Rudy,semuanya asyik berputar-putar dalam ingatannya sehingga membuatkannya tertekan.

"Maafkan Rudy...Rudy tak tahulah Rudy masih sayang Ali atau tak..."

"Nampak sangat dia dah tak sayangkan aku..."gumam Ali dan tersenyum sedih.Air matanya yang ditahan sejak pagi tadi akhirnya jatuh membasahi pipinya.

"Rudy...Ali rindukan Rudy...Ali nak kita macam dulu...Ali nak Rudy sayang Ali macam dulu...Ali nak kita duduk sebelah-sebelah macam dulu...Ali nak,Rudy yang dulu..."gumam Ali sambil memangis.

"Kenapa...Kenapa Rudy mesti tinggalkan Ali?!!Kenapa Rudy mesti buat perkara yang sama macam dia buat kat Ali dulu?!!Rudy jahat!!!"marah Ali yang seperti sedang bercakap dengan dinding kerana tiada sesiapa yang berada di depannya.

"Ali nak Rudy..."ucap Ali dengan suara yang sangat perlahan dan terus menangis semahu-mahunya.

To Be Continued

Huish,lme betul tak update hek😂🔫Sorey untk chapter yg hmbar,otak tengah kering😂🔫

ʙᴇᴄᴀᴜsᴇ ʏᴏᴜ ᴀʀᴇ ᴍʏ ᴛᴏᴘ sᴛᴜᴅᴇɴᴛ (ʀᴜʟɪ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now