6

3.2K 175 29
                                    

Rudy berjalan balik ke rumahnya dalam keadaan lesu kerana seharian menjalankan tugas sebagai seorang pengawas.Sedang dia berjalan menuju ke rumahnya,dia terdengar bunyi tapak kaki dari belakangnya.

Apabila dia menoleh,dia nampak Ali sedang berjalan di belakangnya dengan muka yang tiada perasaan.

"Apasal kau ikut aku??"soal Rudy sambil jari telunjuknya di tunjuk pada Ali.

Ali hanya buat poker face.

"Takda maknanya aku nak ikut kau.Aku nak balik rumahlah..."jawab Ali menyampah dan terus berjalan masuk ke dalam kawasan rumahnya yang membuatkan Rudy terkejut separuh mati,

"Sejak bila rumah kau kat situ?!!"soal Rudy yang terkejut separuh mati.

"Sejak semalam,aku baru pindah kot!Apasal?Ada apa-apa masalah ke kalau rumah aku kat sini?"soal Ali pula sambil mengangkat sebelah keningnya.

Rudy hanya mengendahkan Ali dan terus menuju ke arah rumah yang terletak di sebelah kiri rumah Ali.

"Apa kau buat tu??"soal Ali hairan.

"Ni rumah akukan,suka hati akulah..."jawab Rudy selamba sambil melipat kedua-dua tangan di dada.

"Rumah kau?Maksudnya...Aku kena berjiran dengan landak?!!"jerit Ali sambil memegang kepalanya.

"Oh!Aku pun tak sangka aku kena berjiran dengan sarang burung!!"balas Rudy dengan suara yang lebih kuat berbanding Ali.

"Ish!Aku sumpah kau tak dapat masuk rumah!"Ali menyumpah Rudy dan menjelirkan lidahnya ke arah Rudy.

"Oh ye?!Aku sumpah kau yang Khai tak datang rumah kau petang ni!Jangan ingat aku tak tahu yang Khai nak datang rumah kau petang ni!"sumpah Rudy sambil membuat gaya mengejek dan ketawa terbahak-bahak.

Ali yang sudah naik angin hanya mengalah dan masuk ke dalam rumahnya kerana tidak mahu pertengkaran mereka menjadi lebih teruk.

(BANG!!)

Ali menghempas pintu rumah sekuat-kuatnya menandakan yang dia tak puas hati manakala Rudy hanya tersenyum kemenangan apabila melihat reaksi Ali.

Rudy pun memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya untuk mencari kunci rumah tapi kunci rumahnya tiada di dalam poketnya.

"Aik?Mana?Seingat aku ada dalam ni..."gumam Rudy hairan dan terus menyelongkar begnya dengan mengeluarkan kesemua barang-barangnya.

"Apahal takda??Takkanlah dah...HILANG?!!"soal Rudy pada dirinya sendiri dan terus mencapai phonenya untuk menghubungi Puan Julia a.k.a mama Rudy.

"Helo?"terdengar suara seorang wanita dari seberang sana menjawab panggilan Rudy.

"Helo mama,ni Rudy..."jawab Rudy singkat.

"Oh...Rudy rupanya...Ada apa tiba-tiba kau call mama ni?"tanya Puan Julia pada Rudy.

"Oh,pasal tu...Rudy rasa Rudy dah...Hilangkan...Kunci...Rumah..."jawab Rudy dengan ayat yang terputus-putus.

"APA?!!KUNCI HILANG?!!"soal Puan Julia dengan suaranya yang kuat mengalahkan bunyi petir sehingga Rudy terpaksa menjauhkan sedikit phone yang dipegangnya agar telinganya tak pekak.

"Ah...Ye..."jawab Rudy dengan suara perlahan.

"Haish...Tulah,lain kali jangan cuai...Kita bincang pasal ni nanti.Sekarang ni kau kena stay dulu kat rumah kawan kau si Ali tu dulu..."jelas Puan Julia yang membuatkan Rudy rasa nak pengsan.

"Apa?!Kenapa mesti dia?!!"soal Rudy membantah arahan Puan Julia.

"First,sebab dia jiran kita dan anak kepada kawan pejabat mama Dr Ghazali.Second,sebab dia tu kawan kau..."jawab Puan Julia selamba.

"Sejak bila si sarang burung tu jadi kawan Rudy?!!"soal Rudy yang masih tak puas hati dengan keputusan Puan Julia.

"Dah sekelas tu kira kawanlah..."balas Puan Julia yang masih tenang.Rudy sudah terlopong.

"Tak boleh ke mama balik hantarkan kunci?"tanya Rudy bengang.

"AKU BUSYLAH HARI NI!!"marah Puan Julia yang sudah hilang kesabaran dan terus memutuskan panggilan.

Rudy hanya dapat menghembuskan nafas berat dan pasrah dengan keputusan Puan Julia.

"Nasib aku dapat mak macam ni"gumam Rudy sambil memicit-micit hidungnya.

*Di rumah Ali*

Ali yang baru selasai mandi terus memakai pakaiannya yang telah disediakan di atas katil.Selepas memakai pakaian,Ali mengeluarkan kesemua kerja rumah yang perlu diselesaikan.

"Sementara nak tunggu Khai,aku boleh buat kerja rumah..."desis Ali dan mengambil sebatang pen dari dalam bekas pensilnya.

(DING DONG!!)

Belum sempat Ali membuka buku latihannya,loceng rumahnya tiba-tiba berbunyi.Ali meletakkan pensilnya di atas buku latihan dan bangun untuk melihat siapa yang datang.

Ali menuruni tangga dan menuju ke arah pintu rumahnya.

"Aku harap Khai yang datang"gumam Ali berharap.

Selepas membuka pintu,harapan Ali hilang begitu saja apabila melihat orang yang berdiri di depan pintu rumahnya ialah tak lain tak bukan si Rudy.

"Kau?!"

To Be Continue

Kekeringan idea uii
😂😂😂😂
Plus,dah ngantuk
😂😂😂

ʙᴇᴄᴀᴜsᴇ ʏᴏᴜ ᴀʀᴇ ᴍʏ ᴛᴏᴘ sᴛᴜᴅᴇɴᴛ (ʀᴜʟɪ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now