Extra 1 (RuLi's Wedding P1)

2.5K 129 45
                                    

-5 tahun kemudian-

"Ali,jumpa Rudy kat taman biasa sekarang.Rudy...Ada benda nak cakap dengan Ali..."ucap Rudy dari seberang sana membuatkan Ali sesikit hairan.

"O-okay..."jawab Ali dan memutuskan panggilan.

Ali mula menukar pakaian dan membawa phonenya lalu turun ke bawah.

"Ayah!Ali nak jumpa Rudy kat taman sekejap tau..."ucap Ali pada Dr.Ghazali yang sedang menonton televisyen.Dr.Ghazali menoleh ke arah Ali sambil tersenyum.

"Ha pergilah,tapi tolong pesan kat Rudy jangan buat apa-apa yang pelik dulu tau"pesan Dr.Ghazali dengan mempunyai maksud tersirat.

"Hah??"soal Ali yang tidak faham dengan maksud ayat Dr.Ghazali.

"Jangan banyak tanyalah...Cakap je dengan Rudy..."jawab Dr.Ghazali manakala Ali hanya krikk krikk.

"O-okay...Nanti Ali pesan dengan dia..."balas Ali akhirnya.Walaupun sebenarnya dia tidak faham pun.

"Apa maksud ayah 'jangan buat apa-apa yang pelik dulu'??"soal Ali pada dirinya sendiri.

Ali berjalan keluar dari rumahnya dan terus menuju ke arah taman yang biasa dijadikan tempat 'dating' mereka.Apabila Ali sampai di sana,Ali langsung tidak melihat Rudy di mana-mana.

Ali mencari Rudy di sekeliling taman tetapi hasilnya tetap sama,iaitu Ali tidak menjumpai Rudy.Akhirnya Ali mengambil keputusan untuk duduk di bangku berdekatan dan mengeluarkan phonenya untuk chat Rudy.

"Mana Rudy ni...Kata suruh jumpa kat taman,tapi sekarang dia yang takda..."monolog Ali bengang tetapi mempunyai rasa sedikit risau tentang keberadaan Rudy.

Tanpa Ali sedari,seorang lelaki yang memakai jubah hitam dan menutup kepalanya memerhatikannya dari jauh.Apabila dia lihat Ali terleka,lelaki itu mula menghampiri Ali secara senyap.

Apabila dia sampai di belakang Ali,dia lihat Ali sedang cuba untuk call seseorang.Tanpa buang masa,lelaki itu cepat-cepat mengeluarkan sehelai sapu tangan dan menekup mulut Ali menggunakan sapu tangan itu.

Ali berasa amat terkejut apabila mulutnya tiba-tiba ditekup.Ali berniat ingin menoleh ke belakang dan melihat siapa itu tetapi belum sempat dia menoleh,kesedarannya mula memudar.Akhirnya semua yang Ali lihat menjadi gelap dan Ali hilang kesedarannya.

Lelaki itu tersenyum puas apabila melihat Ali yang sudah pengsan di bangku itu dan mengangkat Ali lalu dibawa masuk ke dalam sebuah kereta.

--

*Di suatu tempat*

Ali membuka matanya perlahan-lahan dan merasakan yang pandangannya kabur.Setelah beberapa minit,barulah pandangan Ali kembali seperti sedia kala dan berasa amat terkejut bercampur dengan takut apabila mendapati yang dia berada di atas katil di suatu tempat yang tidak diketahuinya.

Ali melihat kedua-dua belah tangannya telah digari dengan gari yang bersambung(?) dengan katil tempat dia berada.

"K-kat mana ni?!!"soal Ali yang sudah ketakutan pada dirinya sendiri.Ali cuba untuk merentap gari itu dan berharap gari itu akan terbuka tetapi usahanya hanya sia-sia membuatkan Ali semakin takut.

Tiba-tiba Ali mendengar bunyi tapak kaki datang menghampirinya.Ali menoleh ke arah bunyi itu dan dapat melihat seorang lelaki berjubah hitam dan menutup mukanya datang menghampirinya.

Ali cuba memberanikan dirinya dan membuka mulut.

"S-siapa kau ni hah?!Kenapa kau tangkap aku?!"soal Ali dengan suara yang lantang untuk menutup rasa takutnya.Lekaki itu hanya diam dan semakin menghampiri Ali.

Lelaki itu mula memegang dagu dan bibir Ali.Kemudian,menurunkan tangannya ke leher Ali.

"Ali~"panggilnya dengan suara yang dingin.

"Le-lepaskan aku-Tolong..Jangan apa-apakan aku..."mohon Ali yang sudah terlalu takut sehingga beberapa titis air mata jatuh membasahi pipinya.

Tetapi lelaki itu tidak menghiraukan tangisan Ali dan mengambil sehelai kain lalu mengikatnya di bahagian kepala Ali agar Ali tidak dapat melihat apa-apa.

Lelaki itu mula mengeluarkan sebuah kotak kecil dari dalam poketnya dan membuka penutup mukanya.Dia menarik nafas dan menghembuskannya sebelum membuka mulutnya.

"Ali...Sebenarnya aku dah lama nak cakap ni kat kau..."ujar lelaki itu memulakan perbualan.Ali sedikit terkejut apabila mendengar suara lelaki itu.

"Kenapa suara dia macam aku kenal?!"soal Ali pada dirinya sendiri.

"A-Ali...Will you...Marry me??"

To Be Continued

Huehuehue part 1😂🔫Nanti sambung lagi😂🔨

ʙᴇᴄᴀᴜsᴇ ʏᴏᴜ ᴀʀᴇ ᴍʏ ᴛᴏᴘ sᴛᴜᴅᴇɴᴛ (ʀᴜʟɪ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now