46

2.1K 131 11
                                    

*Di rumah Uncle Bakar*

Ali yang sudah siap berpakaian mengambil phonenya dan dimasukkan ke dalam poket seluarnya.Ali menuruni tangga dan dapat lihat Uncle Bakar sedang menonton televisyen.

"Uncle,Ali nak pergi taman sekejap boleh?"tanya Ali tiba-tiba membuatkan Uncle Bakar sedikit terkejut.

"Boleh je...Tapi,kau tak nak tunggu sekejap ke?Mana tahu kalau-kalau si erm Rudy yang kau cerita tu datang ke apa ke..."jawab Uncle Bakar membuatkan muka Ali sedikit bengang tetapi dicubanya untuk tersenyum.

"Tak mungkinlah uncle...Diakan dah tak sayang Ali..."ucap Ali perlahan.

"Tapi berdasarkan apa yang kau cerita pada uncle semalam,uncle rasa si Rudy tu macam sayang sangat dekat kau Ali..."ujar Uncle Bakar cuba memujuk Ali untuk tidak kemana-mana.Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia yakin sangat yang Rudy akan datang,duh.

"Itu dulu...Lagipun,kalau dia betul-betul sayang Ali,dia takkan ulang apa yang Chris buat pada Ali dulu..."balas Ali perlahan sambil menuju ke pintu hadapan rumah.

"Ali pergi dulu ye uncle..."ucap Ali.

"Ha suka hati kaulah.Tapi jaga diri tau"pesan Uncle Bakar yang tidak boleh melakukan apa-apa dengan Ali yang keras kepala itu.

"Okay"jawab Ali dan menutup pintu rumah.Uncle Bakar hanya menatap kosong pintu rumahnya.

"Haihh...Kesian aku tengok Ali tu...Bilalah dia nak bahagia?"monolog Uncle Bakar yang berasa simpati dengan apa yang dilalui oleh Ali dan menyambung aktiviti menonton televisyennya.

-1 jam kemudian-

Rudy telah sampai di hadapan sebuah rumah banglo berwarna biru muda yang berukuran agak besar dengan mata yang tidak berkelip dan memeriksa semula alamat untuk memastikan dia tidak salah rumah.

"Ini ke rumahnya?Besar gila!!Kalah rumah nenek aku!!"monolog Rudy yang terpegun dengan saiz rumah itu.

Tanpa membuang masa,Rudy parking Superbikenya di luar pagar rumah itu dan mematikan enjin.Rudy cepat-cepat menuju ke arah pintu hadapan rumah itu.

Rudy berasa sedikit nervous apabila ingin menekan loceng rumah itu tetapi dia tetap memberanikan dirinya.

(DING DONG!!)

Apabila mendengar loceng rumahnya ditekan,orang yang berada di dalam rumah itu pun segera bangun dari sofa yang didudukinya dan terus membuka pintu.Rudy yang melihat orang itu terus bertanya.

"Er...Ini...Rumah Uncle Bakarkan?Pakcik pada...Ali?"soal Rudy sedikit takit kerana bimbang salah orang.

Mendengar soalan yang ditanyakan kepadanya,orang itu pun langsung tersenyum.

"Betul,ni Bakar,pakcik Ali..."jawabnya.

"Saya ni datang n-"

"Kau ni mesti  Rudykan?"tanya orang itu 'Uncle Bakar' membuatkan Rudy sedikit terkejut kerana Uncle Bakar mengetahui namanya.

"Macam mana..."

"Kau mesti datang ni nak cari Alikan?"tanya Uncle Bakar lagi manakala Rudy hanya mengangguk.

"Dia ada kat taman berdekatan dengan kawasan ni...Kau pergi je sana,nanti kau mesti jumpa dia...Kau jalan kaki pun boleh sampai sana..."jelas Uncle Bakar sambil tersenyum manakala Rudy hanya mengucapkan terima kasih dan terus berlari ke arah taman yang dikatakan Uncle Bakar.

SKIP

*Di taman*

Rudy dapat melihat sesusuk tubuh budak lelaki yang amat dikenalinya sedang duduk berseorangan di atas sebuah bukit kecil sambil melihat matahari yang hampir terbenam.

Rudy berasa nervous untuk menegur menyapa Ali.Tetapi Rudy terpaksa memberanikan dirinya untuk meminta maaf pada Ali dan membawanya balik.Rudy berjalan menghampiri Ali dan menarik nafas dalam-dalam kemudian dihembuskan sebelum membuka mulutnya.

"A-Ali..."panggil Rudy membuatkan Ali berasa amat terkejut dan cepat-cepat menoleh ke belakang dan mendapati Rudy sedanf berdiri di belakangnya sambil memandang tepat ke arah mukanya.

"Rudy?!!A-apa Rudy buat kat sini?!!"soal Ali terkejut dan bangun dari tempat yang didudukinya.

"Ali...Rudy nak bawa Ali balik..."jawab Rudy yang masih tidak melepaskan pandangannya dari Ali manakala Ali hanya menjauhkan jaraknya dari Rudy.

"Kenapa tiba-tiba?Rudy nak apa sampai suruh Ali balik Cyberaya?Rudy nak sakitkan hati Ali lagi ke?"tanya Ali bertubi-tubi sambil memandang ke arah lain kerana tidak mahu melihat muka Rudy.

"B-bukan...Rudy cuma...Nak minta maaf..."jawab Rudy yang cuba memujuk Ali.

"Itu je ke?"

"Rudy minta maaf sebab...Break dengan Ali,sebab sakitkan hati Ali,sebab buat Ali sedih dan...Sebab kata yang Rudy dah tak sayang Ali..."mohon Rudy yang masih cuba sedaya upaya untuk memujuk Ali.

"Kenapa baru sekarang Rudy nak minta maaf?"tanya Ali sambil rersenyum pahit.

"Rudy tak tahu...Rudy rasa macam Rudy ni dah tipu diri sendiri..."jelas Rudy jujur.Ali hanya memandang Rudy dengan wajah seperti orang yang takda perasaan.

"Sudahlah tu Rudy...Ali dah tawar hati dengan Rudy...Ali rasa macam dah tak boleh terima semula orang yang dah buang Ali..."ucap Ali sehingga Rudy dapat rasakan hatinya hancur apabila mendengar kata-kata yang diucapkan Ali.

"Ali...Please..."mohon Rudy lagi dengan suara yang sedikit bergetar.

"Sorry.Lagipun,kan Rudy dah takda apa-apa perasaan pada Ali..."ujar Ali dengan suara yang datar.

"Ali,maafkan Rudy...Tolonglah!!Rudy rasa sunyi sangat bila Ali takda!!"balas Rudy yang matanya sudah mula berkaca-kaca.

"Kan dah tak sayang...Kenapa nak Ali balik?"soal Ali dan terus berjalan meninggalkan Rudy.Rudy yang melihat Ali meninggalkannya tidak dapat menahan air matanya.

Rudy menundukkan kepalanya dan mula menangis dengan penuh penyesalan.Dia menyesal atas semua yang telah dilakukannya terhadap Ali.Dia menyesal kerana melepaskan Ali dengan alasan yang tidak munasabah.

"Karma is real..."monolog Rudy yang masih menangis teresak-esak.

To Be Continued

Oii!Belum abis lgilaaa😂🔫Scroll lgi kbwah!!Cpt!!😂🔫

ʙᴇᴄᴀᴜsᴇ ʏᴏᴜ ᴀʀᴇ ᴍʏ ᴛᴏᴘ sᴛᴜᴅᴇɴᴛ (ʀᴜʟɪ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now