34

2.2K 115 43
                                    

*Malam itu*

Chris sedang makan malam dengan papanya iaitu Encik Leon.Sepanjang waktu makan malam,Chris dan Encik Leon hanya diam dan tidak mengatakan apa-apa,tetapi sesekali Chris memandang ke arah Encik Leon dengan pandangan tak puas hati.

Akhirnya Chris memutuskan untuk memulakan perbualan dengan Encik Leon.

"Papa,Chris nak cakap sikit ni...Boleh?"tanya Chris memulakan perbualan.

"Ha,cakaplah..."jawab Encik Leon tenang.

Chris secara tiba-tiba berdiri dan menepuk meja makan dengan kuat mengebabkan Encik Leon terkejut dan terus memandang Chris dengan raut wajah yang ingin mengatakan "Kau dah kenapa??".

"Sampai hati papa buat Chris macam ni!"marah Chris secara tiba-tiba.

"Buat apa??"soal Encik Leon buat-buat tak tahu.

"Papa jangan ingat Chris tak tahu!!Papa yang hantar Sara untuk musnahkan hubungan Chris dengan Alikan?!!"soal Chris dengan soalannya yang sedikit terpusing membuatkan Encik Leon tergelak.

"Apa yang lawak siaa..."monolog Chris bengang.

"Sejak bila pulalah papa hantar Sara tu untuk musnahkan hubungan kau dengan Ali??Papa hantar dia untuk uji kesetiaan kau pada Ali,tu je.Tapi tak sangka boleh jadi lain"jawab Encik Leon sambil menahan gelaknya daripada meletus.

"T-tapi,tergamak papa buat macam tu!Papa tahu tak Chris sayang Sara sangat-sangat?!!"soal Chris dengan suara yang masih tinggi.

"Habis tu,Ali kau tak sayang?"soal Encik Leon semula sehingga membuatkan Chris terdiam seribu bahasa.

"Eh,kenapa tiba-tiba diam?"sindir Encik Leon sambil mengangkat sebelah keningnya.

Silent~

"Ni papa nak bagitahu kau.Kalau Sara tak minta break dengan kau hari ni pun lambat laun kau terpaksa break dengan Sara juga..."ujar Encik Leon membuatkan Chris tertanya-tanya.

"Dah kenapa pula??"soal Chris hairan.

"Sebabnya...Papa dan Puan Geetha iaitu mama kepada Sara dah bertunang.So,tak lama lagi kitorang akan berkahwin dan Sara tu akan jadi adik tiri kau memandangkan kau tua beberapa bulan daripada dia urm..."jelas Encik Leon sehingga membuatkan Chris ternganga.

"S-sejak bila siaa!!Gatal betul orang tua nilah!!"monolog Chris sambil mengeluh dalam diam.Kemudian,dja teringat sesuatu.

"Eh,tapi...Bukan kalau adik beradik tiri lain mak lain ayah still boleh kahwin ke??"soal Chris apabila teringat apa yang cikgu sekolah agamanya ajar dulu.

"Erm...Boleh tu memang boleh...Tapi,tak ke kau rasa pelik nak kahwin dengan orang yang dah duduk sebumbung dengan kau?"tanya Encik Leon lagi.

Chris hanya mengeluh apabila mendengar soalan Encik Leon dan akhirnya mengalah.

"Haa...Yelah-yelah...Aduhh...Susah betul kalau berbual dengan papa ni..."ujar Chris mengalah pada akhirnya.

"Tapi Chris still tak puas hati pasal papa hantar Sara urh..."ucap Chris yang masih bengang.

"Erm...Dalam kes ni kaulah yang salah,siapa suruh kau curang?Ambil kau,karma,padan muka"ejek Encik Leon sambil menjeling Chris.

Chris hanya menghembuskan nafas berat apabila Encik Leon kerap mengulangj tentang kesilapannya.

"Kena move onlah nampaknya"

*Keesokannya di sekolah*

Chris masuk me dalam kelasnya dan duduk di tempatnya.Tak sampai beberapa minit,Chris telah disapa oleh seorang rakan sekelasnya yang berbangsa Cina.

"Eh,Chris,awalnya kau datang hari ni"sapa Cina tersebut manakala Chrjs hanya menjawab dengan 'hmm' saja.

"Chris,kau kenapa?Muka kau macam baru lepas break dengan girlfriend"ucap Cina itu sehingga membuatkan Chris sedikit bengang.

"Weh Viktor,aku tak tahulah kau ni pakai ilmu apa,semua fikiran orang kau boleh baca...Seram aku dibuatnya"ucap Chris bengang dengan kebolehan Viktor membaca fikiran orang(Dia bukannya baca,dia teka je😂).

"Ohh...Jadi betullah kau baru break dengan girlfriend kau?"tanya Viktor lagi.

"Erm"

"Kenapa kau break?"tanya Viktor tanpa henti membuatkan Chris rasa nak tampar muka mamat seekor ni.

"Adalah masalah kitorang...Mana boleh cerita dengan orang..."jawab Chris yang menahan geram tetapi cuba untuk tersenyum walaupun senyuman tu tak ikhlas.

"Ohh..."

Tiba-tiba Chris teringat sesuatu yang ingin ditanyakan pada Viktor.

"Weh Viktor,kenapa sejak kebelakangan ni aku tak nampak Ali ekk?"tanya Chris secara tiba-tiba.

"Entah.Tapi aku ada dengar dari budak-budak kelas dia yang Ali dah pindah antara 2 atau 3 bulan lepas"jawab Viktor membuatkan Chris terkejut.

"Pindah?"monolog Chris yang tahu nak cakap apa.

"Dia pindah mana?"tanya Chris lagi.

"Tak silap aku dia pindah dekat SMT Cyberaya"jawab Viktor jujur gila.

"Ohh..."

"Kenapa kau tanya?"tanya Viktor hairan dengan semua soalan yang dilemparkan Chris ke arahnya.

"Saja"bohong Chris.

"Oh oklah,aku pergi duduk tempat aku dulu"

"Hm"jawab Chris.

"Cyberaya huh..."monolog Chris sambil smirk dalam diam.

"Awak tunggu ye Ali...Nanti saya datang"

*Balik sekolah di rumah Chris*

"Papa!!"

Chris membuka pintu bilik Encik Leon sehingga membuatkan air kopi yang sedang diminum Encik Leon tertumpah ke lantai.

"Woi!Masuk tu tak reti nak bagi salam eh?!!"soal Encik Leon bengang dengan sikap biadab Chris.

"Haa...Rilexlah papa..."ucap Chris selamba manakala Encik Leon hanya mendengus geram.

"Papa"panggil Chris.

"Apa?"

"Chris nak pindah Cyberaya!"ucap Chris dengan suara yang lantang.

"H-huh?!!"

To Be Continued

Siap pun hahaha😂🔫Chapter yg agak merepek😂🔫

ʙᴇᴄᴀᴜsᴇ ʏᴏᴜ ᴀʀᴇ ᴍʏ ᴛᴏᴘ sᴛᴜᴅᴇɴᴛ (ʀᴜʟɪ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now