2

4.1K 205 71
                                    

(KRIING!!)

Bunyi loceng menandakan waktu rehat.Semua murid bergegas menuju ke kantin untuk membeli makanan.Hanya Ali seorang saja yang tinggal dalam kelas.

Dia memang sengaja tak pergi ke kantin sebab lepas kejadian 2 tahun lepas,Ali menjadi lebih pendiam dan antisosial di sekolah.Dia hanya buka mulutnya bila ditanya atau disuruh menjawab soalan saja.Selain itu,memang mulutnya akan sentiasa tertutup Ali juga lebih suka menghabiskan waktu rehatnya di dalam kelas atau di perpustakaan.

"Huihh...Boringnya!!"keluh Ali smbil menutup buku teksnya dan terus disimpan dalam begnya.Kemudian dia mengambil buku teks subjek Fizik pula.

"Hmm...Buku ni dah 5 kali aku habis baca...Sampai semua formula aku dah hafal..."ujar Ali pada dirinya sendiri dan menyimpan semula bukunya.

Akibat bosan,Ali mengambil keputusan untuk berjalan-jalan sekitar sekolah untuk menghabiskan waktu rehatnya.

Sedang Ali berjalan-jalan,tiba-tiba telinganya menangkap suatu bunyi aneh dari sudut terpencil kaki lima.Akibat sifat ingin tahu yang tinggi,Ali pun pergi ke arah sudut terpencil tersebut.

Mata Ali membulat tak percaya apabila melihat seseorang yang amat dikenalinya sedang mencium seorang gadis berambut coklat.

"Chris!"bisik Ali pada dirinya sendiri.

Ali berpaling dari melihat mereka,memori dua tahun lepas serta merta berputar kembali di dalam kepalanya yang menyebabkan kepalanya berasa pening.Tanpa berlengah,Ali pun terus mengangkat kaki dan beresar dari situ.

"Walaupun aku dah tahu kau bukan milik aku,tapi hati aku masih sakit bila tengok kau bersama dia..."desis Ali sambil berlari menuju ke arah kelasnya.

SKIP

Sesi persekolahan telah pun tamat,Ali mengemaskan barang-barangnya dan terus menuju ke rumahnya.

Ali berjalan sambil menunduk ke bawah.Hilang terus moodnya nak belajar pada hari itu selepas menyaksikan adegan waktu rehat tadi.

"Tak guna kau Chris!"desis Ali menahan geram sambil menggenggam tali begnya dan terus berlari ke rumahnya.

*Di rumah*

"Ayah!Ali dah-"Ali terpaksa menghentikan kata-katanya akibat terkejut dengan keadaan rumahnya yang tunggang langgang bagai baru saja disapu ribut taufan.

"Apasal rumah bersepah ni?Ayah ke yang sepahkan?Dasar budak-budak...Suka sangat buat sepah..."serkap Ali sambil mengata Dr Ghazali di hujung ayat.

Tanpa berlengah,Ali pun masuk ke dalam rumahnya dan menuju ke bilik Dr Ghazali.

"Ayah!"panggil Ali dengan suaranya yang lantang bagaikan kilat menyambar sehingga menyebabkan kotak yang dipegang Dr Ghazali jatuh tepat mengenai kakinya.Dr Ghazali mengerang kasakitan dalam diam.

"Ye Ali?Kenapa ni?"tanya Dr Ghazali tanpa mengalihkan kotak tadi dari kakinya dan tersenyum paksa pada Ali agar Ali tidak berasa risau.

"Kenapa rumah kita ni bersepah sangat ayah?"tanya Ali kembali.

"Oh,ayah lupa nk cakap dengan kamu Ali..."Dr Ghazali menepuk dahinya kerana sifat pelupanya.

"Cakap apa?"tanya Ali yang makin tak faham.

"Ayah dapat tawaran kerja kat Cyberaya.Memandangkan Cyberaya jauh dari sini,jadi kita terpaksa berpindah..."jelas Dr Ghazali yang membuatkan Ali terlopong.

"P...Pindah?!"soal Ali terkejut separuh mati.

"Yelah,kenapa?"tanya Dr Ghazali hairan.

"Takdalah,saya cuma terkejut je sebab ayah tiba-tiba cakap kita kena pindah..."jawab Ali akhirnya.

"Oh macam tu...Oklah Ali,ayah rasa kamu kena kemas barang-barang kamu dulu,esok pagi kita bertolak..."arah Dr Ghazali sambil tangannya membuat isyarat agar Ali beredar.

"Ok"jawab Ali sepatah dan terus keluar dari bilik Dr Ghazali.

Dr Ghazali menghembuskan nafas lega kerana Ali telah keluar dari biliknya.Setelah memastikan Ali betul-betul pergi,Dr Ghazali pun...

"ADOOOI!!Sakit siak kaki aku!!"jerit Dr Ghazali dan terus terbaring di atas lantai sambil memegang kakinya yang sakit akibat dihempap kotak tadi.

Tiba-tiba pintu bilik terbuka dan terlihatlah Ali yang memaparkan riak wajah risau melihat ayahnya terbaring di atas lantai.

"Kenapa ni ayah?!"soal Ali risau.

"Ohh...Takdalah...Saja baring sekejap,penat mengemas..."bohong Dr Ghazali sambil membuat gaya mengipas-ngipas menggunakan tangannya.

"Oh,ok..."balas Ali dan terus meninggalkan bilik Dr Ghazali dan menuju ke biliknya yang terletak di tingkat atas.

"Nasib baik dia tak tahu"gumam Dr Ghazali sambil menghembuskan nafas lega.

To Be Continued...

Author kembali!Sorrylah ye kalau bosan,author pun dan lama tak menaip ff
😂😂😂

ʙᴇᴄᴀᴜsᴇ ʏᴏᴜ ᴀʀᴇ ᴍʏ ᴛᴏᴘ sᴛᴜᴅᴇɴᴛ (ʀᴜʟɪ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now