3

3.7K 187 130
                                    

*Malam itu*

Ali dan Dr Ghazali masing-masing sibuk mengemaskan barang-barang peribadi sehingga lewat malam.

"Huihhh...Penatnya..."keluh Ali apabila sudah merebahkan badannya di atas katil dan melihat ke muka jam digital yang memaparkan...

01:40 a.m.

"Ceh!Patutlah..."gumam Ali lantas bangun dari katilnya dan menuju ke dapur untuk memasak makan malam(?)kerana Ali tahu dia dan Dr Ghazali masing-masing belum makan apa-apa sejak petang tadi.

*Di dapur*

Ali dengan tangkasnya mencapai segala keperluan untuk memasak dan terus mulakan tugasnya.

Dr Ghazali yang masih sibuk mengemas barang-barangnya terbau sesuatu yang dia yakini datang dari dapur.

"Bau macam ayam masak kicap..."gumam Dr Ghazali.

Tanpa membuang masa,Dr Ghazali terus keluar dari biliknya dan menuju ke dapur untuk melihat apa yang berlaku.

Sesampainya di dapur,Dr Ghazali berasa sangat terkejut apabila pelbagai jenis makanan termasuk ayam masak kicap telah siap dihidang di atas meja.

Tak lama kemudian,Dr Ghazali ternampak Ali yang sedang mengangkat pinggan.

"Ali buat apa tu?"tanya Dr Ghazali hairan.

Ali yang baru perasan kehadiran Dr Ghazali cepat-cepat menoleh dan tersenyum kecil apabila melihat Dr Ghazali menghampiri meja makan yang penuh dengan makanan.

"Oh ayah,Ali cuma masak makan malam je...Yelah,kitakan belum makan apa-apa lagi sejak petang tadi..."jawab Ali sambil menarik tangan Dr Ghazali agar duduk di kerusi meja makan.

"Laa...Kamu ni,tak payahlah nak susah-susahkan diri masak malam-malam buta ni..."ujar Dr Ghazali dan memandang Ali yang mukanya sudah bertukar menjadi masam.

"Hmm...Takpalah,kalau ayah tak nak makan,Ali boleh je simpan makanan ni dalam peti sejuk...Yelah,Ali tahulah yang masakan Ali ni tak sedapkan..."balas Ali dengan nada suara yang sedih dan kepalanya ditundukkan ke meja.

Dr Ghazali yang melihat Ali berasa serba salah kerana cakap begitu pada Ali yang sudah bersusah payah memasak makan malam untuknya.

"Bukan maksud ayah masakan kamu tak sedap...Tapi ayah nak cakap yang kamu tak payahlah masak untuk ayah malam-malam buta macam ni..."ujar Dr Ghazali yang masih berasa serba salah.

"Tak ke sama je ayatnya tu"protes Ali dan memgembungkan pipinya sambil menyilangkan tangan di dadanya.

"Err...Dah dah,jom makan,nanti dah sejuk tak sedap pula..."kata Dr Ghazali yang cuba menukar topik perbualan.

Ali still merajuk.

"Dahlah...Tak payah nak kembung-kembungkan pipi,macam ikan buntal dah ayah tengok kamu ni"pujuk Dr Ghazali yang cuba membuat lawak untuk memujuk Ali.

"Yelah..."jawab Ali acuh tak acuh dan terus mencedok sedikit lauk ke dalam pinggannya.

"Aliyah,abang peliklah,Aliyah sebenarnya bagi abang anak lelaki atau perempuan?"gumam Dr Ghazali sambil mencuri-curi pandang Ali yang sedang makan.

*Keesokan hari*

"Ali!Dah siap ke belum?!Nanti kita lambat!"laung Dr Ghazali dari tingkat bawah pada Ali yang masih sibuk memakai pakaiannya.

"Sikit lagi ayah!2 minit lagi!"balas Ali dari tingkat atas.

Tak lama kemudian,Ali pun keluar dari biliknya dan menuruni tangga sambil membawa dua bagasi dan dan memakai baju kemeja berwarna biru.

"Ayah!Ali dah siap!"ujar Ali semangat sambil menuruni tangga.

"Ha,siap pun...Dah cepat"gesa Dr Ghazali sambil membuka pintu rumah dan menunggu Ali untuk keluar dahulu dan Dr Ghazali terus mengunci pintu.

Dr Ghazali menghidupkan enjin keretanya dan terus memecut di jalan raya.

Sepanjang perjalanan,Ali dan Dr Ghazali masing-masing hanya diam melayan fikiran sendiri sehingga Ali memecah kesunyian dengan bertanya soalan pada Dr Ghazali.

"Ayah,nanti kat sana Ali kena sekolah kat mana?"tanya Ali memecah kesunyian.

"Nanti Ali akan sekolah kat Sekolah Menengah Teknologi(SMT)..."jawab Dr Ghazali yang masih menumpukan perhatian pada jalan raya.

"Kenapa mesti sekolah tu?"tanya Ali yang hairan kerana Dr Ghazali mendaftarkan dia di sekolah itu.

"Sebab Alikan antara pelajar-pelajar terpilih yang patut sekolah kat situ..."jawab Dr Ghazali sambil tersenyum.

"Oh...Ok"balas Ali ringkas sambil membuka beberapa aplikasi pada phonenya.

"Kat sana nanti Ali kena cari kawan,jangan jadi antisosial sangat"pesan Dr Ghazali.

"Ok"

"Kat sana nanti Ali kena belajar pandai-pandai,jangan main-main"pesan Dr Ghazali lagi.

"Ok"

"Ali juga kena cari kekasih baru yang baik kat sana tau"

"Ok...Eh apa?!!Kekasih?!!"soal Ali yang dah tercampakkan phonenya.

"Hehe...Ayah gurau jelah..."jelas Dr Ghazali sambil ketawa melihat reaksi Ali apabila disuruh mencari kekasih lain.

"Ish ayah ni!"marah Ali.

To Be Continued

ʙᴇᴄᴀᴜsᴇ ʏᴏᴜ ᴀʀᴇ ᴍʏ ᴛᴏᴘ sᴛᴜᴅᴇɴᴛ (ʀᴜʟɪ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now