38

1.9K 119 43
                                    

"Baby?"

Ali menoleh ke kanan dan mendapati Rudy sedang melihatnya dengan muka seperti orang takda perasaan.Ali segera melepaskan diri dari Chris dengan panik.

"Sayang!Jangan salah faham!Dia-"

Belum sempat Ali menghabiskan kata-katanya,Chris telah menariknya semula dengan agak kasar dan memegang kedua-dua pipi Ali.

"Sayang?Apa awak merepek ni?Sayang awak ada di depan mata awak sekarang..."ucap Chris sengaja ingin membuatkan Rudy salah faham dan menoleh ke arah Rudy.

"Hei,kau tahu tak kau dah ganggu masa privasi kitorang?"soal Chris dengan menekankan perkataan 'privasi' sambil memandang Rudy dengan pandangan tak puas hati.

(SLAP!!)

Satu lagi tamparan yang cukup kuat dari Ali mengenai pipi Chris sehingga membuatkan Chris mengerang kesakitan(sikitlah).

"Kepala atok kau masa privasi!!Eh,kau jangan kacau hidup aku lagilah,aku dah tak nak dengan kau!!"maki(?) Ali dan terus pergi ke belakang Rudy dan memeluknya.

"Aku dah jumpa orang yang lebih baik..."ucap Ali manakala Rudy hanya memandang Chris dengan pandangan kosong kemudian menoleh ke arah Ali yang di belakangnya.

"Chris,kau boleh pergi jauh sikit tak?Beri kitorang ruang untuk berbincang"pinta Rudy dengan suara datar.

"Tch!"

"Jangan lama-lama"ucap Chris sambil menjeling Rudy dan pergi ke tempat yang jauh sedikit.

Apabila Chris sudah cukup jauh,Rudy memanggil Ali.

"Baby"panggjl Rudy lembut.

"Ya?"jawab Ali sambil melepaskan pelukannya dari Rudy.

"Erm...Macam mana nak cakap ye...Tapi Baby,Sayang rasa Baby patut...Ikut...Dia..."ucap Rudy dengan perlahan-lahan kerana takut dia melukakan perasaan Ali.

"A-apa?!"soal Ali terkejut bercampur sedih.

"Baby kena ikut dia..."ulang Rudy lagi dengan suara yang semakin perlahan.

"Ta-tapi,Baby tak nak ikut dia!!Baby nak dengan Sayang!!Sayang seorang!!Baby tak nak yang lain!!"bantah Ali sambil cuba sedaya upaya untuk menahan tangisannya.

"Tapi Sayang tak nak jadi macam perampas..."jelas Rudy.

"Kenapa Sayang fikir yang Sayang akan jadi perampas?!!Sayang,dia tinggalkan Baby 2 tahun lepas!!Maknanya Baby dah takda ikatan apa-apa lagi dengan dia!!Baby sorang-sorang,sampailah Baby jumpa Sayang!!Lagi pun,Sayangkan dah janji takkan tinggalkan Baby walau apapun yang terjadi!!"bantah Ali lagi dengan suara yang lebih tinggi membuatkan Rudy yang mendengarnya menjadi semakin sedih.

"Baby...Dalam minggu ni je,dah tiga kali Baby mimpi pasal dia...Maknanya,tak kiralah berapa lama sekalipun dia tinggalkan Baby,Baby tetap tak dapat lupakan dia...Baby mesti masih sayangkan dia lagi betul tak?"tanya Rudy membuatkan Ali terdiam.

"Memang betul Baby tak dapat lupakan dia...Tapi jujur Baby cakap,Baby dah takda apa-apa perasaan pada dia..."jawab Ali sambil menundukkan kepalanya.Rudy yang dah tak sanggup menahan kesedihannya terus memeluk Ali erat-erat.Ali membalas pelukan Rudy.

"Maafkan Sayang Baby...Tapi...Sayang terpaksa...Lepaskan Baby...Baby,Sayang...Nak break dengan Baby..."ucap Rudy perlahan sehingga membuatkan Ali terkejut dan melepaskan pelukannya dari Rudy.

Rudy melepaskan pelukannya dan memegang kedua-dua bahu Ali sambil tersenyum pahit.

"Tapi takpa,kita still boleh jadi kawan..."ucap Rudy sambil tersenyum.

"Baby,Sayang lupa...Ni air Baby"Rudy menghulurkan air yang dibelinya tadi kepada Ali tapi Ali langsung tak bergerak.Melihat keadaan Ali,Rudy jadi bertambah sedih tapi dipaksa dirinya untuk tetap tersenyum.Akhirnya Rudy meletakkan air itu ke dalam poket tepi yang ada di beg Ali.

"Baby,Sayang balik dulu ye?Baby nak tumpang?"tanya Rudy manakala Ali hanya menggelengkan kepalanya tanpa berkata apa-apa.

"Kalau macam tu...Bye"ucap Rudy dan meninggalkan Ali dengan berat hati.

"Batul ke...Apa yang aku buat ni??"soal Rudy pada dirinya sendiri.

Ali hanya menatap pemergian Rudy dengan tatapan sayu.

"Sayang tinggalkanlah Baby macam mana pun Baby tetap akan sayangkan Sayang seorang...Walaupun Sayang dah mungkir janji..."monolog Ali dan tangisnya mula pecah.

Setitis demi setitis air mata jatuh membasahi pipi Ali dan Ali sedikit tersesak-esak ketika menangis.

Chris yang memerhati dari jauh akhirnya berjalan mendekati Ali apabila melihat Rudy telah pergi.Dia yakin 100% yang Ali dan Rudy dah break.Apabila Chris sampai di tempat Ali,Chris terus menegur Ali.

"So...Awak,macam mana?"tanya Chris seolah-olah takda apa-apa yang baru berlaku.

Ali yang mendengar pertanyaan Chris sedikit terkejut dan segera mengelap air matanya menggunakan lengannya.Ali memandang Chris tanpa menoleh langsung ke arah Chris dan menolak Chris agar menjauhinya.

"Berambus..."ucap Ali sepatah dan berjalan meninggalkan Chris.

"Kena reject teruk aku hari ni"monolog Chris sambil smirk melihat Ali berlalu pergi.

To Be Continued

Eh jap²😂Nk cakap😂

HAVE A BREAK,HAVE A KIT KAT!!😂🔫

ʙᴇᴄᴀᴜsᴇ ʏᴏᴜ ᴀʀᴇ ᴍʏ ᴛᴏᴘ sᴛᴜᴅᴇɴᴛ (ʀᴜʟɪ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now