45

1.9K 116 36
                                    

*Malam itu*

Puan Julia hanya duduk di dalam biliknya selepas makan malam.Semua tugas-tugas membersihkan ruang dapur diserahkan pada Khira.

Sedang Puan Julia leka dengan Facebooknya,tiba-tiba pintu biliknya diketuk dan terdengar suara Rudy dari luar biliknya.

"Mama!Boleh Rudy masuk?"tanya Rudy dari luar bilik Puan Julia.

"Masuklah..."jawab Puan Julia sepatah.

Rudy yang berada di luar masuk ke dalam bilik Puan Julia dan menutup pintu.Puan Julia meletakkan phonenya di atas katil dan menoleh ke arah Rudy.

"Mama,Rudy dah-"belum sempat Rudy menghabiskan kata-katanya,Puan Julia tiba-tiba menyampuk.

"So,kau dah ada rancangan nak pujuk Ali?"tanya Puan Julia yang memotong kata-kata Rudy.

"A-ada...Rudy nak pergi Putrajaya,Rudy nak bawa Ali balik..."jawab Rudy membuatkan Puan Julia tersenyum.

"Ha baguslah...Bila kau nak pergi?"tanya Puan Julia lagi.

"Rudy pergi esok dalam waktu tengah hari gitu..."jawab Rudy singkat manakala Puan Julia hanya mengangguk perlahan.

"Eh jap,kau pergi sana nak naik apa?"tanya Puan Julia tiba-tiba membuatkan Rudy diam.

"Erm...Uber atau Grab maybe?Ke mama nak hantar?"tanya Rudy balik dengan harapan Puan Julia akan menghantarnya.

"Nenek kamuuu!!Kalau aku hantar kau esok kerja aku yang berlambak kat office macam Gunung Kinabalu tu siapa yang nak buat???"jawab Puan Julia membuatkan Rudy speechless.

"Habis tu?"tanya Rudy tiba-tiba.

"Kau naiklah Superbike kau tu.Beli Superbike tak pakai buat apa?"jawab Puan Julia membuatkan Rudy terkejut sehingga merasakan yang rohnya akan melayang tidak lama lagi.

"Mama ni biar serius?!!Jauh kot Cyberaya dengan Putrajaya!Rudy dahlah takda lesen.Kang nanti ada roadblock Rudy kena tahan Rudy nak jawab apa???"soal Rudy yang sudah panik membuatkan Puan Julia mengeluh.

"Haish...Kalau kau kena tahan,kau call aku,nanti aku cakap dengan polis tu "Kalau kau tahan dia,aku tibai kau!!"...Kan senang"jawab Puan Julia selamba.

"Biar serius...."ucap Rudy tidak percaya.

"Betullah!Dah-dah!Pergi sana,kemas apa yang kau nak bawa esok!"arah Puan Julia sambil menolak Rudy keluar dari biliknya.Belum sempat Rudy melangkah,tiba-tiba Puan Julia memanggilnya.

"Rudy!"

Rudy hanya menoleh.

"Bawa firstlove kau dan bakal menantu aku balik..."pesan Puan Julia manakala Rudy hanya mengangguk dan pergi ke biliknya.

"Aku dengan Ali belum tunang pun,kenapa dah nak jadi bakal menantu mama??"soal Rudy pada dirinya sendiri.

*Keesokannya*

Rudy keluar dari rumah dan mengeluarkan Superbikenya dari dalam garaj dan mula start enjin.Khira yang baru lepas mandi terdengar bunyi enjin Superbike Rudy di start terus berlari ke pintu hadapan rumah dengan hanya memakai tuala.

"Woi Rudy!!Kau nak pergi mana doh??"soal Khira dengan suara yang kuat.

"Aku nak pergi jemput bakal abang ipar kau!!"jawab Rudy sambil memakai helmetnya dan terus menekan(?) minyak lalu meninggalkan kawasan rumahnya dengan Khira yang masih blur di muka pintu.

"Sejak bila aku ada bakal abang ipar siaa..."monolog Khira yang tidak dapat memahami situasi.

SKIP

*Di tempat Rudy*

Rudy baru melepasi tol pertama dan masuk ke kawasan highway.(Motor takyah bayar tol an?😂🔫)

"Jadikan ni port rempit bagus ni..."monolog Rudy sambil tersenyum sorang-sorang.

Sedang Rudy sibuk berangan merepit di highway,tiba-tiba Rudy melihat sesuatu yang amat menakutkan dihadapannya.

"Aku dah agak benda ni akan jadi huhuhu..."gumam Rudy apabila melihat roadblock di depannya.

Rudy menghampiri roadblock itu.Rudy dapat lihat roadblock itu dijaga oleh polis perempuan.Polis perempuan itu mula memeriksa apa benda tah pada Rudy.

"Buka helmet kau sekejap"arah polis perempuan itu dengan tegas.Rudy tanpa banyak cakap terus membuka helmetnya.Polis perempuan itu mula melihat Rudy dari kepala sehingga ke kaki termasuk Superbikenya.

"Minah ni scan aku ke apa??"soal Rudy yang dah mula menyampah dengan perbuatan polis perempuan itu.

"Berapa umur kau?"soal polis itu.

"23"bohong Rudy selamba.

"Asal muka macam budak 16 tahun?"soalnya lagi.

"Kalau macam 16 tahun pun kenapa?Tak salahkan?"soal Rudy balik.

"Taklah,muka kau macam handsome sikit..."ucap polis perempuan itu tanpa rasa malu.Rudy sedikit meremang apabila mendengar ayat polis itu tetapi hanya memandang polis itu dengan muka selamba.

"GATAL..."balas Rudy dan terus menekan minyak meninggalkan polis perempuan itu.

Rudy melihat Wazenya dan sedikit tersenyum kerana jaraknya dengan Putrajaya semakin dekat.

"Finally..."monolog Rudy sedikit gembira.

To Be Continued

Merapu meraban je hahahahahahaha😂🔫
Scroll lgi ke bwah...😂🔫

ʙᴇᴄᴀᴜsᴇ ʏᴏᴜ ᴀʀᴇ ᴍʏ ᴛᴏᴘ sᴛᴜᴅᴇɴᴛ (ʀᴜʟɪ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Onde histórias criam vida. Descubra agora