BAB 1

10.8K 200 6
                                    

"Ibu?" Panggil Arissa
"Ya . Ibu kat luaq ni tengah sapu daun kering ni " balas ibunya .

Arissa keluar lalu mendapatkan ibunya.

"Ibu, Rissa ada benda nak cakap" ujar Adreana Arissa. Muka dicomelkan. Bwerk

"Apa dia Arissa?" balas puan Zawiyah. Dia memandang Arissa dan meneruskan kerjanya menyapu halaman rumah.

"Kawan Arissa cakap dia ada keja kosong dekat kl. Dia tanya Rissa nak dak . Arissa rasa Arissa nak laa. Boleh tolong ibu ngan adik-adik sama. Boleh dak bu?" Ujar Adreana Arissa smbil bermain dengan hujung rambutnya , teringat kawan baiknya telefon memberitahu tentang butik mamanya perlukan pekerja. Teringin jugak. Boleh bantu keluarga yang serba kekurangan.

"Ibu bukannya tak bagi. Tapi kl tu jauh sangat. Jadi apa-apa kat Arissa susah ibu nak pi. Kedah ngn kl tu bukannya dekat macam Pulau Pinang." Jelas puan Zawiyah risau untuk melepaskan anak daranya pergi .

Arissa mengeluh dia tahu bahawa ibunya takkan benarkan dia pergi tapi dia niat nak tolong ibunya dia tak sanggup tengok ibunya bangun awal untuk buat nasi lemak , lepas hantar nasi lemak , dia mengambil upah mencuci baju, membersih rumah orang kampungnya sampai tengahari , bila petang ibunya kena bekerja sebagai tukang masak di warung kawannya , balik pon dekat maghrib kadang-kadang lepas maghrib. Bila nak cari kerja ibunya tak bagi nak tolong ibunya buat kerja tu semua pon ibunya tak izinkan dia hanya mampu tolong jaga adik-adiknya dan kemas rumah.

"Adreana Arissa Binti Muhammad dengaq dak ibu cakap ni" puan Zawiyah terjerit sedikit kerana anaknya mengelamun. Ariss cepat-cepat memandang ibunya.

"Haa apa dia bu?" Soal Arissa kembali. Tu laa duk mengelamun lagi.

"kalau Arissa nak pi ikut laa ibu izinkan. Jaga diri Arissa yang penting jaga maruah Arissa ngan keluarga kita. Kita orang susah. Kena pandai-pandai bawak diri" ujar ibunya sambil mengusap kepala anak sulungnya. Berat hati nak lepaskan tapi dia juga sedar yang anaknya sudah besar. Dah boleh mulakan hidup tanpa bimbingannya.

"ehh takpa kalau ibu tak bagi Arissa pi Arissa tak pi bu" jujur Arissa. Berat hati pula nak pergi ni.

"tak paa. ibu bagi Arissa pi.  Arissa dah besar dah boleh berdikari lani bukannya masa nak kongkong Arissa , umoq Arissa pon dah 20 tahun dah boleh buat keputusan tanpa ibu. Ibu izinkan" kata puan Zawiyah . Arissa hanya mengangguk lalu peluk ibunya. Terharu! Disangka ibunya takkan izinkan dia pergi.

"KAK Arissa jaga diqi tau. Dengaq apa ibu pesan. Afiq takleh lama ni ada moto yang nak kena repair petang ni tuan dia nak" kata Afiq. Afiq merupakan anak kedua Puan Zawiyah yang berumur 18 tahun dan bekerja di bengkel ayah kawan baiknya.

"Afiq jaga ibu,Aisya ngn Ayra tau. Tolong balik kirim salam kat depa. Kak Arissa tak sempat nak jmpa depa Okla pi lekas satg tak dan nk repair. Kalau ada apa-apa call kak .Maaf kak susah Fiq pagi-pagi ni"

"Tak susah aihh kak demi kak Fiq sanggup" kata Afiq Ashraf teruja.

"Ingat pesan Kak" pesan Arissa lalu mereka bersalam. Berat terasa nak berjauhan dengan keluarganya.

SETELAH berjam-jam dalam bas akhirnya sampai jugak di bumi Kuala Lumpur .

"Heish mana laa Haniey ni. Cakap dah sampai. Keling pon pandai tepati janji" Arissa duduk ditempat disediakan di stesen bas. Dah laa sorang diri kat tempat orang ni. Dahla tak biasa. Haih seram.

"Adreana Arissa!" Jerit Haniey kawannya . Arissa menoleh ke arah suara itu dan terus memulakan langkahnya dab akhirnya mereka berpelukkan.

"wehh lama tak jumpa kau. Makin segak ye kau" puji Haniey sebaik leraikan pelukan

Friendly-Dingin Itu Suamiku ✔️Where stories live. Discover now