BAB 21

2.6K 71 4
                                    

AIMIEN melihat orang sekeliling seperti sedang memerhatinya. Mana taknya  dia tengah pilih pad. Yang Arissa pon satu cakap la pakai jenama apa ... dahla saiz pun banyak yang  ada , ' ahhh bantai jela bukan aku yang nak pakai '

"Abang datang bulan ehh?" Berasap terus  telinga Aimien bila budak-budak bawah umur gelakkan dia .  Sabar  Tengku  Aimien sabar .

Malu siot nasib cashier ni perempuan.  Kalau tak lagi malu la aku .Tu pun dia asyik  duk senyum-senyum ja bila Aimien kena bahan  dengan budak budak bawah umur tadi . Apa ingat aku sajat? Apa ingat  orang lelaki tak boleh beli pad  ? Gentlemen okey ....bila  orang lelaki nie dia  beli pad . Nampak sweet ja. Sebab bukan mudah orang lelaki nak rendahkan ego untuk benda sekecil macam tu .

'Baik aku bayar cepat and then blah ... Sebelom ramai lagi yang pakat bahan aku' ujar Aimien dalam hati. Dia Pon segera bayar dan  berlalu pergi ke keretanya setelah cashier tersebut memasukkan pad tersebut ke dalam plastik hitam.

Dalam kereta Aimien menyumpah seranah budak-budak tu . Nasib budak-budak , kalau tak dah lama ajak tomoi dalam bendang. Enjin kereta dihidupkan lalu Aimien memulakan perjalanan untuk pulang ke rumah.

Kesian Arissa. Dok tunggu lama .

"ASSALAMUALAIKUM" Aimien melangkah masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam , ha ni pegi mana?" Soal Tengku Asyiqin .

Setengah jam yang lalu dia cari Aimien sebab  nak bincangkan pasal tarikh  majlis perkahwinan yang dirancangnya  . Tup tup hilang.  Arissa pulak cakap tak sihat.

"Angah pegi kedai la , angah naik dulu"

Setelah pintu bilik diketuk Aimien segara masuk kedalam bilik. Dia  terpandang Arissa yang tengah termenung dekat balkoni.

Aimien mendekati Arissa , Aimien menghulur plastik hitam ke arah Arissa. Arissa menoleh lalu tersenyum. Pelik laa perempuan punya  mood. Memang  rajin tukar-tukar  mood macam angin lalu je ehhh.  Haih laa pening.

"Arissa jom , mama panggil" ujar Aimien  sebaik sahaja Arissa keluar dari bilik air.

"Buat apa ?" Aimien buat dunno lalu menarik tangan Arissa turun ke bawah.

"Kak Arissa!" Jerit Ecah . Baru nak nampak batang hidung , sibuk dating dengan abang dia.

"Hai Ecah"  Arissa  menyapa kembali .Ecah terus salam kakak ipar dan abangnya.

"Haa baru nampak batang hidung , rajin  korang dua date sekarang nih" perli Aimien. Adam yang melangkah masuk sambil buat muka tak bersalah Ecah pula mengejek percakapan Aimien , hantu punya adik.

"Eleh, date dengan kak Arissa laa jangan ganggu kitaorang kan along kan" sabar ja Aimien kalau abang dia jawab memang perang kusyen sofa laa.

"Haihh dah-dah , meh duduk" kata Tengku Asyiqin. Mereka semua melangkah ke ruang tamu dan melabuhkan duduk di atas sofa.

"Haa Adreana dah pilih tarikh?" Arissa blur . Tarikh apa ? Aimien dipandang memintak jawapan.

"Kitaorang ikut mama laa , sayang kan?" Arissa hanya mengangguk setuju.

"Sayang ? Werkss geli laa" Adam membuat seperti hendak muntah. Ecah pon sama naik. Satu kepala. Aimien apa lagi terus  baling laa kusyen kusyen kecil yang kesayangan mamanya.

"Mama, ibu kirim salam" ujar Arissa . Mood dia sekarang ni hanyalah  mood nak diam. So dia   hanya diam sahaja tengok suami dengan adiknya Ecah  serta abangnya Adam berperang kusyen sofa di ruang tamu .

"Waalaikumussalam" balas Tengku Asyiqin sebagai tanda dia membalas ucapan  salam yang diberi besannya. Tersenyum Tengku Asyiqin. Terasa rindu pulak dengan besannya itu.

Friendly-Dingin Itu Suamiku ✔️Where stories live. Discover now