BAB 20

2.9K 88 7
                                    

"NAK tanya apa?" Soal Arissa lagi sekali .

"Kau rasa tarikh apa yang sesuai untuk wedding kat kl nanti" terkejut Arissa . Dia pikir buat kat kampung dia je . Tak sangka pulak merebak ke kl .

"Perlu ke?"

"Arissa , mama call tanya nak tarikh bila , dia dah sedia semua dah.... tinggal kad jemputan jer , baju kahwin tu pun saya tak tahu colour apa" balas Aimien sabar .

'hmmm' . Lama-lama macam ni boleh kena sawan attack. Kata Arissa dalam hati.

"Cakap tak payah laa" balas Arissa

"Mama dah siapkan semua  , takkan la kita nak malu kan mama pulak kot?" Balas Aimien. Haa ni  yang lemah ni. ayoo.

"Erm ikut la"

"Arissa esok balik kl nak?"  Tanya Aimien tapi lebih kepada bagitau sebenarnya. Arissa terkejut . Haih la rajin terkejut sungguh harini. Erm pisah lagi dengan ibu .

"Saya ikut jer" balas Arissa . Aimien tau Arissa mesti sedih. Dia boleh rasa. Sebab tu diaaaa .... Tarik Arissa mandi bendang ayaq lumpoq ni . Haa Arissa apa lagi keluaq habeh laa silat taekwondo dia . Habeh Aimien kena belasah dengan Arissa . Lawak . Mana taknya ayaq bendang kot... Kalau  ayaq sungai takpa lagi ... ni dengan lumpoq perghh. Siap laa Aimien.

"ARISSA , jaga makan pakai suami kamu tu elok-elok. Nanti ibu dengan adik-adik pi jangan qisau. Jaga diri" Arissa muncung lalu salam dan peluk Puan Zawiyah . Arissa turun salam adik-adiknya pulak .

"Haa Aimien , bawak keta elok-elok , kirim salam dekat orang sana" Aimien mengangguk lalu menyalami tangan  mak mentuanya. Semasa salam dia ada hulu wang untuk keluarga Arissa . Tapi ditolak lembut oleh Puan Zawiyah . Cukup laa selama ni Aimien yang banyak mengeluarkan wang untuk keluarganya.

"Arissa sebelum gerak ada nak singgah mana tak?" Soal Aimien sambil menyelesakan dirinya . Gagah la try  nak bawak kereta duduk dalam keadaan tak sedia ....satg habeh bonet kereta orang pi cium.

"Taknak lah , awak nak berhenti ke?" Soal Arissa pula . Sejak-sejak baik dengan Aimien ni ...  ada satu penyakit pelik yang Arissa kena .... Suka tanya orang balik.

"Saya nak isi minyak jer" Arissa mengangguk . Niat dihati nak tidur . Hue hue hue.

SEPANJANG perjalanan... Keja  Arissa lena jaa . Yang Aimien pun satu diam jaa bukan nak kejut kaa apa . Bila dah sampai Kl.. Aimien  terus singgah office untuk semak satu fail. Harith cakap benda tu penting . Harith tak boleh nak handle fail  yang tu.

"Arissa ... Arissa" kejut Aimien lembut ... ni bukan nak bangun makin nak lena adaa la. Arissa mengeliat Ya Allah , nasib dalam kereta kalau dak mau malu 7 keturunan.

"Aku kena masuk office ambil fail..  kau nak ikut ke nak tunggu sini?" Arissa hanya menggeleng. Aimien tersenyum lalu keluar dari kereta. Arissa dah bangun takkan nak sambung balikkan?

Sambil menikmati keindahan dan kemewahan  bangunan yang  tinggi-tinggi disitu....  tiba-tiba dia terpandang susuk tubuh  yang amat dikenali disebarang jalan sana.

Haniey !

Yes Haniey . Ermm rindunya kat dia. Chat pun jarang dah nak reply maklum laa butik dia sekarang nie  bergabung sekali dengan butik mak Harith. Tu sebab yang  busy tu... kalah datin. 

"Hmm ... pergi ke tak eh? " ujar Arissa .Nak pergi kat Haniey tapi dia macam kejar masa ja . Tak pa la esok lusa ajak la dia keluar. Setelah otak mentafsir  impuls dan neuron motor membawa impuls ke efektor menyebabkan Arissa mengambil keputusan untuk menghiraukan Haniey.

Setelah penat berdiri macam tiang bendera ,Arissa mengambil keputusan untuk masuk ke dalam kereta . Dan menyandarkan tubuh nya untuk merehatkan badan.

Friendly-Dingin Itu Suamiku ✔️Où les histoires vivent. Découvrez maintenant