FDIS RAYA - 2

1.7K 63 26
                                    

PUAN Zawiyah mengejut anak-anak untuk bangun bersahur. Yang paling liat nak bangun semestinya Afif dengan Aisha. Aisha tu tak tahu pukul berapa dia tidur. Keja layan drama Korea ja 24jam. Mentang-mentang dah habis diploma.

"Ibuuuuuu, Aisha kenyang lagi laa. Aisha nak tidoq boleh?" Ujar Aisha dengan separuh mata terbuka. Tangan duk mengosok mata tanda mengantuk.

"Tak boleh. Mai makan. Aisha tu selalu sakit perut kalau bulan posa. Sebab apa? Sebab tak sahur. Jom" Kak Nini menarik tangan Aisha. 3 tahun lepas Afiq mendirikan rumah tangga dengan seorang perempuan Kedah. Fartini namanya.

"Ala Kak Nini, Aisha dah besaq" Aisha masih berkeras dihadapan muka pintu bilik.

Laju saja Aisha bergerak turun dapur bila Afiq keluar dari bilik. Tergeleng Nini tengok. Sejak Arissa meninggal Afiq lahh yang jaga diorang semua. Selama 3 tahun tu jugak dia duduk dengan Puan Zawiyah. Dari senyap terus bertukar singa. Bukan apa nak adik-adik dia menjadi orang yang baik. Sopan. Haa gitew.

"Takut betul depa dengan abang" ujar Nini. Afiq tersenyum lalu mengajak Nini turun untuk bersahur.

"Haa Chah, senang bangun" perli Ayra.

"Mau tak turun makan ada singa mengamuk nanti" balas Aisha sambil menjeling abangnya.

"Dah-dah makan satgi takdan" Puan Zawiyah bersuara.

"ICHA masuk tidur la. Tak payah teman papa" Aimien bersuara bila Alisa tiba-tiba saja turun untuk bersahur bersama papanya.

"Alisa nak puasa jugak" ujar Alisa. Muka putih bersih yang baru bangun tidur itu ditatap. Rambut panjang paras pinggang. Haniey tak bagi potong. Dia cakap Alisa macam Arissa kalau rambut panjang. Nasib rambut jenis lembut dan senang nak jaga.

"Nanti Alisa makan jugak" balas Aimien. Dia menyedok nasi yang disediakan oleh Nek Ja.

"Biarlah Mien, dia bukan tahu apa" sokong Nek Ja. Dia jugak dah 3 tahun bekerja dengan Aimien. Nek Ja dengan suaminya. Suaminya kerja sebagai tukang kebun. Aimien paksa Nek Ja dan Pakcik Man untuk tinggal disini. Supaya senang nanti memandangkan anak tunggal mereka masih belajar di luar negara.

"Mak dah makan?" Soal Aimien. Dia mengambil Alisa untuk duduk di ribanya. Nek Ja yang suruh Aimien memanggilnya mak. Aimien tak tahu kenapa tapi dia ikutkan saja. Mungkin dia rindukan anaknya.

"Dah, makan dengan ayah. Dia masuk tidur balik sakit kepala katanya" balas Nek Ja.

"Ayah dah makan ubat ke? Nak pegi klinik tak?" Risau Aimien. Walaupun dua orang tua itu hanyalah sekadar orang gaji tapi dia tidak pernah menganggap mereka seperti orang gaji. Aimien juga menyayang mereka seperti keluarga sendiri.

"Atok tak cihat ke?" Soal Alisa. Penuh mulutnya makan nasi goreng yang disediakan oleh Nek Ja.

"Atok sihat. Alisa puasa tak harini?" Sampuk Pakcik Man dari pintu dapur.

"Icha nak puasa. Taknak kacau mummy dengan Nak Ja" balas Alisa. Sebiji kurma dicapai dan masukkan ke dalam mulutnya.

"Puasa sampai maghrib tau. Jangan sampai pukul 12" seloroh Pakcik Man. Aimien dengan Nek Ja tergeleng bila Alisa mengerutkan wajah polosnya.

"Tapi tengahari Icha kena makan. Kalau tak perut Icha masuk angin. Kan papa?" Balasnya dengan wajah tak bersalah.

"Banyaklah alasan dia tu. Dah papa nak makan. Icha masuk tidur" Alisa menganggik dan turun dari riba Aimien.

"MUMMY!" Jerit Alisa dari pintu.

"Apa jerit-jerit ni? Puasa tak?" Haniey mengambil beg Alisa dan tolong pakaikan Alisa kasut.

"Icha puasalah. Sampai maghrib" balas Alisa dengan menayangkan wajah bangga. Haniey tersenyum.

"Papa dah masuk kerja ke?" Alisa mengangguk.

"Ok. Jom" Haniey memimpin tangan Alisa. Setiap hari dia akan datang untuk mengambil Alisa ke butiknya. Dia tahu Aimien mesti tak menang tangan nak jaga Alisa kat ofis sebab itu dia yang jaga. Lagipun ramai staff Haniey suka Alisa.

"Mummy, kenapa mummy Ain selalu ada dengan dia? Kenapa mummy selalu balik rumah mummy?" Soalan Alisa buat Haniey terkedu. Apa nak jawab ni. Haniey cuba menayangkan wajah ceria.

"Mummy kawan Icha tu tak kerja. Mummy kena kerja. Barang-barang kerja mummy semua ada dekat rumah mummy sebab tulah mummy tak boleh duduk dengan Icha" Haniey menarik nafas dalam dan lepas. Harap alasan tak masuk akal ni diterima oleh Alisa.

"Kalau macam tu mummy bawaklah semua kerja mummy buat kat umah Icha. Macam papa setiap malam dia buat kerja" Haniey menggaru kepala yang tidak gatal. Rambut diselitkan dibelakang telinga. Haih budak ni cerdik rupanya.

"Alah mummy menganggu pula. Tak apalah. Nanti mummy tidur dengan Alisa ok?" Ujar Haniey.

Alisa hanya diam dan muncungkan mulut. Tanda merajuk.

"Alisa. Janganlah merajuk" pujuk Haniey. Pipi tembam itu dipicit perlahan.

"Alisaaaaa!" Alisa masih dengan merajuknya. Haniey dah buntu dia dahlah tengah memandu.

"Mummy tidur dengan Icha malam ni!" Alisa bersuara selepas 10 minit Haniey diamkan diri.

Haniey menepuk dahi. Bala apa pula ni!.

"Errr..."

"Kalau mummy tak nak tidur dengan Icha mummy jangan ambil Icha lagi dah. Icha nak duduk Nek Ja. Tak nak duduk dengan mummy!" Haniey gelabah.

Arissa anak kau perlu kasih sayang ibu. Jerit Haniey dalam hati.

"Okok. Jangan merajuk malam ni mummy tidur dengan Icha ok?" Balas Haniey. Alisa memandang dan tersenyum.

"Icha sayang mummy" Haniey hanya tersenyum kelat.

NUMBER Aimien dicari.

"Aimien!"

"Haa apa? Terkejut aku"

"Kau tengah buat apa?"

"Buat kerjalah. Kenapa?"

"Alisa..."

"Kenapa dengan dia"

"Dia dah mula soal aku benda bukan-bukan"

"Maksud kau?"

"Dia tanya aku kenapa mak kawan dia tu selalu ada dengan dia i mean tidur dengan dia, teman main haa kira real mom lah. Pastu dia tanya kenapa aku tak tinggal kat rumah kau"

"So, kau jawab apa?"

"Aku cakap aku buat kerjalah. Dia suruh aku tidur sana malam. Macam mana ni? Aku.. Aku tak selesa tidur rumah kau"

"Dia ugut kau tak?"

"Ugut. Dia taknak dekat aku kalau aku tak tidur sana."

"Kalau dia ugut tu selalu dia buat. Aku tak kisah. Keputusan kat tangan kau. Aku ada kerja ni. Aku letak dulu. Bye"

Haniey memandang skrin telefonnya yang gelap.

"Perangai macam beruk!" Kutuk Haniey

Dia mundar-mandir depan pintu butiknya.

"Kak Haniey, ok ke tak?" Soal salah sorang staff Haniey.

"Okok, tolong tengok Alisa kat dalam saya nak carikan dia makanan" ujar Haniey.

"Baik kakak" Haniey terus mencapai kunci kereta dan segera ke keretanya.

"Alisa" laung staff Haniey.

"Ye Kakak Sha?" Balas Alisa dan meneruskan menonton kartun.

"Alisa duk diam-diam tahu. Mummy keluar kejap Kak Sha kena buat kerja"

"Ok Kak Sha" Alisa baring di sofa yang disediakan diruang depan dan ditemani Sha.

Sha mengerling dia tersenyum bila Alisa sudah masuk ke alam mimpi.

"Comel Alisa"

***


Gais. Nak Haniey jadi mak Alisa tak? Ke nak heroin baru. Heks

Friendly-Dingin Itu Suamiku ✔️Where stories live. Discover now