FDIS RAYA - 7

1.2K 49 12
                                    

"HANIEY, kan aku cakap. Kau kena rest" keluar je dari rumah terus pandu kereta datang butik Haniey. Degil jugak minah ni.

"Aku oklah. Haritu aku stress sekarang dah ok. Ala kau ni bila tangguh makin stress la aku. Dah la raya nak dekat" jawab Haniey.

Aimien buat-buat tak dengar. Sofa dituju.

"Buat kerja, aku tunggu" dengan selamba dia baring di sofa empuk milik butik Haniey.

Haniey ternganga. Dia tak kerja ke? Apa heran diakan boss. Sukati dia lah. Haa gittew.

Dia cepat-cepat menutup mulutnya.

"Lantak kau lah" dia terus ke bilik kerjanya.

Staff Haniey semua dah 'cair' dengan gaya Aimien tidur. Perghhh handsome nau. Rajin lalu kat depan tempat Aimien tidur. Anak raja masuk butik Haniey cek oii.

Lama juga Aimien tidur.

Teringat sesuatu Haniey terus keluar dari bilik kerjanya.

"Aimien!" Semua staff pandang Haniey. Tapi dia buat tak tahu, boss kan?. Tapi tula malu namatey dahla bukan husband siapa jer tak rasa malu. Tapi tebalkan muka demi Alisa.

"Kau nak apa? Jangan kau aku tidurlah!" Balas Aimien. Bantal kecik ditarik dan menutup mukanya.

"Weyh, Alisa mana?" Soal Haniey. Ye tahu ada Mak ja kat rumah. Tapi dia tengok Alisa setiap masa ke?  Haih Aimien ni.

"Dengan Sara. Dah jangan kacau aku!"

Haniey terdiam. Sara?

"MAMA!" Jerit Alisa.

Sara menepuk dahi.

"Bukan mamalah. Kak Sara!" Dah berpuluh-puluh kali dia bagitau Alisa. Tapi tula tak nak dengar.

"Kak Sara, Icha nak selfie. Jom selfie?" Ajak Alisa.

"Tengahari ni? Letihlah Icha. Kak Sara puasa" Sara cuba mengelak dari ajakkan pelik pelik budak ni. Tadi ajak lumba renang, lawan mandi. Pelik-pelik la.

"Alaa. Icha nak selfie dengan Kak Sara"

"Kak Sara ambilkan ok? Nanti raya kita selfie banyak-banyak. Kak Sara malas la " balas Sara.

"Ermmmmm. Icha pun taknak selfie jugak. Icha nak tanya ni" Sara mengangkat mata sebelah tanda silakan.

"Kak Sara kerja macam mummy ke?" Tergelak Sara dengar soalan Alisa.

"Mummy Icha kerja apa?" Soalan Alisa dibalas dengan soalan.

"Fahion designer. Cantik baju pengatin papa sebab mummy yang buat" balas Alisa. Sara tak mengerti. Apa maksud Alisa ni?

"Mummy buat?"

"Kak Sara kerja apa?" Alisa cuba mengalih topik. Aimien pesan jangan bagitau orang pasai perkahwinannya. Dan sampai sekarang Alisa beranggapan bahawa Haniey itu ibunya.

"Kak Sara tak kerja lagi. Lepas raya baru Kak Sara masuk kerja"

"Ye. Kerja apa? Haih Kak Sara ni" Sara tergelak kecil. Kenapa kamu sangat comel, Alisa.

"Doctor"

Terlopong mulut Alisa. Wauu.

"Hebatnya Kak Sara. Kalah mummy dengan papa" Sara hanya tersenyum .

"Dahla. Jom tolong Nek Ja masak untuk berbuka" Alisa mengangguk lalu turun dari katil untuk pergi ke dapur. Sepetang lepak dengan Sara. Fuhh.

"AIMIEN, esok kau bawaklah Icha beli baju raya. Raya dah nak dekat. Aku tak janji nak tolong buatkan" ujar Haniey sebaik selesai mengunci pintu butiknya. Alhamdulillah banyak kerjanya dah selesai.

Friendly-Dingin Itu Suamiku ✔️Where stories live. Discover now