BAB 26

2.3K 62 0
                                    

SETELAH berjam-jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kedah, akhirnya sampai juga di Jeti Kuala Kedah. Ecah orang yang teruja lebih sebab dapat naik feri. Bukan main seronok lagi dia bila tengok laut. Rasanya telefon tu melekat sepanjang masa di tangan, tak letak langsung walaupun sekejap. Ada saja pemandangan ataupun benda yang cantik dimatanya pasti akan di tangkap gambar benda tersebut.

"Eleh , tadi merengek cakap panas laa apa laa sekarang dia pulak yang lebih" ujar Adam . Ecah hanya menayang muka takdak perasaan . Sebelum nak bertolak puas juga merayu dekat Tengku Ahmad Shah sebab taknak naik kereta , nak naik flight . Tapi , bila mama tiger membebel terus dibatalkan niatnya nak naik kenderaan udara tu. Well , lahir-lahir dah kaya macam ni lah.

"Best tak?" soal Aimien dia memandang Arissa yang masih mengantuk disebelahnya.

"Best" sepatah Arissa menjawab. Moodnya hilang gara-gara Ecah sibuk ajak dia pergi sana-sini masa dekat R&R . Kalau singgah sekali takpa juga ni banyak kali!.

"Why? Macam takde mood jer? Tak seronok ke?"

"Mana ada saya mengantuk laa" balas Arissa , dia melentokkan kepalanya di bahu Aimien.

Sebaik saja feri bergerak dari jeti Kuala Kedah menuju ke Pulau Langkawi,  Arissa terus saja terlelap . Aimien  turut sama menyandarkan kepalanya pada bahagian penyandar di tempat duduknya . Yang lain  turut melelapkan mata . Mungkin disebabkan bertolak awal ,sebab tu masing-masing mengantuk.

Arissa tiba-tiba terjaga , dia melihat Aimien dan keluarganya yang sedap dibuai mimpi. Feri berada ditengah lautan mungkin dalam 30-40 minit lagi  baru sampai di jeti Pulau Langkawi. Tapi dia rasa tak sedap perut . Rasa  macam nak muntahkan isi perut . Tapi ditahan kerana tidak mahu mengganggu  tidur suaminya.

Tak cukup dengan rasa nak muntah, rasa pening kepala pula menerjah. Ni yang paling lemah . Arissa memang akan lemah kalau pening atau sakit kepala buat serangan mengejut macam ni.

Nak kata mabuk laut , tidak. Nak cakap tak pernah naik feri pun tidak. Aku cuba untuk menutup matanya yang samar-samar pandang orang. Dia tak pernah rasa sebegini teruknya rasa nak muntah dan pening. Aku mengeluarkan minyak angin fresh care yang berbau citrus dari beg tanganku, dihidu minyak angin tersebut  sepanjang berada di dalam peri sehinggalah sampai ke jeti. Memang tidak lepas langsung dari hidungnya .

"Kenapa Arissa? muka Arissa pucat je nie?" Tegur Mama , dia perasan yang Arissa tidak lepas menghidu minyak angin . Aimien yang disebelah terus memusingkan badan Arissa.

"Arissa kenapa? Tak sihat ke?" Aku hanya mengangguk lemah. Terasa tekak ingin mengeluarkan sesuatu dannn

Werkkk

Nasib tak muntah dekat Aimien.

"Ecah , ambik air mineral dalam kereta" arah Adam. Laju saja Ecah masuk kedalam kereta dan keluar bersama sebotol  air mineral dan sekotak tisu.

Aimien membantu Arissa untuk membasuh muka. Arissa lain sangat lemah dia. Mungkin mabuk laut kut. Yang lain memandang Arissa dengan penuh risau. Teruk sangat ni.

"Arissa , teruk sangat ni . Pergi hospital jela" ujar papa risau. Arissa hanya menggelengkan kepalanya. Dia tersandar lemah di dada suaminya.

"Kalau macam tu , rehat dekat bilik la" Aimien hanya mengangguk dengan arahan mamanya . Dipimpin Arissa masuk ke dalam chalet yang disewa oleh mereka berdua.

"Serius ni kau ok?" Aimien masih lagi risau.

"Ye , ok. Saya nak tidur sekejap" Arissa terus membaringkan dirinya diatas katil. Masuk je terus katil yang dicari. Bukan macam orang lain bukak jer pintu kamera pun berjalan. Tak lain tak bukan record masuk dalam story instagram.

Friendly-Dingin Itu Suamiku ✔️Where stories live. Discover now