BAB 2

4.2K 143 2
                                    

"ARISSA lepas lunch kau jaga kedai ehh. Aku kena pergi meeting pasal kain yang import dari Korea,Turkey dengan Jepun untung-untung laa butik kita terpilih takpayah terbang sini sana. Ke kau nak ikut" ujar Haniey dan segera menghabiskan makanan miliknya. Sesekali terlihat dia selalu tengok jam tangannya. Takut dia terlewat kut.

"Ehh takpala lagipun takkan nak biar butik tutup pulak kan" balas Arissa. Arissa tersenyum. Nasiblah ada Haniey yang mahu bantu dia. I love you Honey. Hahaha

"kalau macam tu lepas ni aku hantar kau balik butik" Kata Haniey. Dia bangun dari tempat duduk untuk pergi membuat pembayaran.

"Okk boss" ujar Arissa sambil membuat tanda 'ok'

"Haa lagi satu jap gi Tengku Asyiqin  datang amek baju dia, aku dah sedia kat rak baju tu, kau layan dia elok-elok pelanggan setia semati aku tu. Oklahh jom" Haniey terus membuat bayaran manakala Arissa ke kereta milik Haniey.

"BOSANNYA . kenapa laa kau tak amek pekerja lain takde laa aku bosan sangat" rungut Arissa. Baju yang digantung diambil satu persatu untuk melihat kualiti kain.

Dia terdengar orang senang ketuk mejanya segera dia bangun

"ye boleh saya bantu?" Terus berdiri Arissa setelah terkejut dengan ketukkan itu .

"Comel awak bila tidur" puji wanita yang mungkin sama umur dengan ibu.

"Hahaha saya terlelap tdi. Maafkan saya" Balas Arissa smbil tersenyum cover malu katakan. Bosan sangat dia tidur la.

"Saya Asyiqin nak amek baju"

"jap! Tengku Asyiqinkan? Sekejap saya ambilkan baju" Arissa terus ke rak untuk mengambil baju Tengku Asyiqin.

"Nah Tengku" sopan Aissa menghulurkan beg kertas yang berisi baju

"Duit haritu saya dah bagi dekat Haniey" ujar Tengku Asyiqin. Mata tak lekang memandang Arissa. Membuatkan Arissa tidak selesa. Sampai terfikir Tengku Asyiqin ni lesbian. Astaga.

"ohh terima kasih Tengku. Nanti datang lagi" senyuman manis diukir dibibir.

"Ermm. Awak pekerja baru ke?" Soal Tengku Asyiqin

"yer pekerja yang lama tu dia berhenti sebab suami dia tak izinkan dia bekerja. Pastu Haniey mintak saya kerja dengan dia memandang saya duduk rumah goyang kaki" lembut Arissa menjawabnya . Sesungguhnya Arissa diajar sopan bila bercakap dengan orang tua

"awak nama apa" soal Tengku Asyiqin seperti menarik dengan cara perempuan di hadapannya.

"Nama saya Adreana Arissa Tengku panggil Arissa jer" balas Arissa .

"Cantik nama macam tuan dia" Tengku Asyiqin memuji Arissa dia hnya menunduk kepalanya.

"Hah Arissa dulu ting....' Belum sempat Tengku Asyiqin seorang lelaki  datang merepuh pintu butik kawannya 'rosak pintu Haniey woi'

"Ma! Cakap kejap jer nie dah berpeluh along tunggu kat luar ni. Along ada janji dengan Is sekarang" Adam Eiriel sudah bercekak pinggang dihadapan Tengku Asyiqin.

"Sorry sayang. Meh mama kenalkan ni Adreana Arissa pekerja baru Haniey. Cantik jer dia tu yang mama lambat tu sebab borak dengan dia" Kata Tengku Asyiqin sambil menarik anaknya duduk. Adam mengeluh  bukan tak tahu kalau Tengku Asyiqin berbicara sampai ke esok tak sudah.

"Arissa ni anak saya Adam anak sulung saya" kata Tengku Asyiqin

"ohh haii" agak janggal dia dengan lelaki di hadapannya ini 'hensemnya.. Lahaii kaya pulak tu' sempat lagi Arissa puji dalam hati la Hahaha.

"Hai Arissa. Ermm ma jom balik?" Adam mengajak mamanya pulang kerana dia perlu berjumpa dengan kawannya.

"Hmm yela. Auntie balik dlu yer"

"baik Tengku. Hati-hati" balas Arissa lalu salam Tengku Asyiqin.

BUTIK sudah lama tutup Arissa menunggu Haniey datang menjemputnya "heish mna laa haniey ni nasib dia bagitau kata dia lmbt klau tak aku sekeh kepala dia" bebel Arissa . Arissa terus mengambil telefonnya setelah ada satu massage dri whatsapp dan membukanya.

HANIEY

Sorry Rissa aku kena ambil adik
aku kat airport. Umi aku takde kat rumah. Sorry💔😭

-Ehh. Sokay la aku boleh naik bas

Esok aku belanja kau dinner eh
aku janji 😊

-Haa yelaa

"Haa sudah"Arissa menepuk dahinya

Dia berjalan ke perhentian untuk dapatkan bas. Sementara dia menunggu bas ada seorang lelaki gaya macam baru sudah mabuk datang duduk sebelah Arissa. Arissa perasan dia terus berdiri untuk menjarakkan antara dia dengan lelaki mabuk itu tapi malang lelaki itu memegang kemas tangan Arissa 'dia ni mabuk pon kuat lagi. Sakit laa gila'jerit Arissa dalam hati. Arissa menarik tangannya tapi semakin erat lelaki mabuk tu memegang tangannya. Arissa sudah menangis. Lelaki mabuk tu ingin menciumnya pantas Arissa menarik mukanya semakin ganas lelaki itu terhadap Arissa

"Awak jangan laa jual mahal sangat" kata lelaki itu smbil mencium tangan Arissa.

Teresak esak Arissa menangis meminta tolong tapi sayang satu kereta tidak lalu pada waktu tu ada pon tidak berhenti menolong Arissa . Lelaki itu ingin memeluknya Arissa memejam rapat matanya. Dia merasakan dirinya bebas dari pelukkan lelaki mabuk . Arissa melihat lelaki mabuk berlari meninggalkan dia. Arissa memandang seseorang yang menyelamatkan dia.

Arissa menghampiri lelaki itu.

"Maafkan saya sebab menyusahkan awak" ujar Arissa lalu menunduk kepalanya.

"Sokay. Kau ok?" Wajah lelaki itu kelihatan agak tenang selepas manusia yang mabuk itu berlalu pergi.

"Ok"

"Jom aku hantar kau. Waktu macam ni susah nak dapat teksi atau bas" Arissa hnya mengangguk setuju.

"Kau kenapa maghrib baru balik. Bahaya kat sini klau sorang-sorang" kata lelaki itu lalu menandu untuk menghantar Arissa pulang. Arissa hanya diam dan melempar pandangan diluar tingkap.

SAMPAI saja di rumah lelaki itu terus keluar dan membuka pintu untuk Arissa

"thanks encik" ucap Arissa lalu ingin berlalu tapi dihalang 

"wait! Kau tinggal dengan sapa?" Arissa kehairanan

"kawan. Kenapa?" Balas Arissa dia cukup letih harini.

"Ouh ok. Btw saya Tengku Aimien. Kau?" Kata Tengku Aimien

"saya Adre...." Belum sempat Arissa memberitahu namanya telefon Tengku Aimien berbunyi.

"Maaf. Aku balik dlu" ujar Tengku Aimien lalu memecut keretanya.

"Thanks Tengku selamatkan saya" kata Arissa walaupun Tengku Aimien tidak dapat mendengarnya.

***


- mr mualaf youre mine - kissloverlylover
- Dahlia Melissa - ainaatwinkle
- Husband Sebelah Rumah - ainaatwinkle

Friendly-Dingin Itu Suamiku ✔️حيث تعيش القصص. اكتشف الآن