BAB 15

2.9K 82 0
                                    

SUDAH seminggu berlalu . Berbaki lagi seminggu Arissa akan bertukar status bujangnya . Dia teringat dari mula di mana dia kenal Tengku Aimien semasa menyelamatkan dia di bus stop tempoh hari . Dan tak sangka takdir dia untuk hidup bersama lelaki yang tak penah dia kenal . Nasib baik sempat berkenalan sampai Arissa jatuh hati . Hanya Haniey ja tahu yang dia telah suka pada Tengku Aimien . Ehem ehem . Suka ja bukan sayang . Lebih kurang crush laa .

Dia sekarang berada di kampung untuk menolong apa yang patut. Baju nikah yang Haniey buatkan untuk dia semua dia bawak balik . Hari akad nikah baru keluarga Tengku Aimien datang dan menginap di rumah mak su supaya mudah untuk datang ke rumah . Hampir setiap malam jugak Tengku Aimien rajin call dia . Banyak perubahan dari Tengku Aimien . Dah guna saya-awak dengan Arissa . Dah pandai berlembut , ramai yang cakap Tengku Aimien dingin , selama dia kenal tidak sekali pon dia tunjuk sikap dinginnya terhadap Arissa . Mintak teruskan perangai Aimien yang sekarang ini . Amin . Dia pun rasa kekok sebab kahwin dengan manusia berketurunan Tengku .

Selama 30 minit termenung di tikar sejadah akhirnya laungan azan tanda masuknya waktu Isyak. Arissa cepat-cepat dirikan solat.

"Kak Rissa , nanti dah kahwin jangan lupa Ayra tau" sayu suara Ayra lalu duduk disebelah kakaknya .

"Ish ada pulak nak lupa Ayra. Ayra kan hasut Abang Aimien pasai SinB tu. Otak dia dah mereng dengan Sinb tu . Dan manaleh lupa adik-adik akak" balas Arissa sayu.

Dalam masa yang sama semua adik-adik serta ibunya masuk ke dalam bilik Arissa .

"Aimien sampai sini bila , Arissa?" Soal puan Zawiyah .

"Hari akad nikah nanti dia sampai" balas Arissa . Semua terdiam memandang lantai . Hanya Afif memandang Arissa .

"Kak Arissa , kalau dah kahwin tak leh duduk dengan ibu ke?" Soal Afif sayu membuatkan semua orang turut berasa sayu . Hantu punya Afif!

"Dia kena ikut suami dia . Nanti Afif kahwin nanti , isteri Afif kena ikut mana Afif p" Afiq bersuara

"Alahh" Afif seakan-akan mahu menangis bila abangnya kata macam tu.

"Afif , lek lek Afif . Uljima . Kak Rissa takkan lupa kita haih" kata Aisya sambil menepuk lembut bahu Afif . Afif hanya mengangguk .

"Arissa , ibu nak pesan . Jagala dia elok-elok macam mana Arissa jaga diqi Arissa . Jangan derhaka dengan dia . Tolong dia kalau dia susah . Apa dia suquh Arissa buat . Ingat syurga Arissa dekat dia bukan dekat ibu dah . Jadi isteri yang taat . Ingat tauu" pesan Puan Zawiyah yang menyebabkan Arissa menangis . Yang lain turut sama menahan Air mata. Pekahhhhh!?

"Terima kasih ibu" drama air mata : on

"Erm . Kak Rissa dah kahwin nanti bagi laa Afif anak menakan cepat sikit . Nak laki tamau perempuan" semua yang tengah menangis macam esok dah takde terus pandang Afif . Arissa memandang Afif dengan pandang 'kau-nak-kena-sepak-ke?'

"Awat salah ka?" Afif membuat muka tak bersalahnya . Yang lain mengekek dah.

"Halaa Kak Rissa . Bagi kembar laki ngn perempuan . dah Afif nak laki. Aisha ngan Ayra nak perempuan . Ibu tamau request kaa , abang Afiq?" usik Ayra . Puan Zawiyah hanya menggeleng kepala . Arissa dengan kuasa superwoman karat dia menghalau adik-adik keluar dari bilik .

"ALONG bila sampai , angah?" Soal Tengku Asyiqin

"Rabu ni kot" balas Tengku Aimien . Tengku Asyiqin mengangguk lalu mengambil tempat di sebelah suaminya .

"Ecah , abang nak kahwin dah tau . Jangan laa rapat dengan abang sangat. Dah macam laki bini mama tengok kamu ni ." Tengku Asyiqin menegur anak bongsunya. Bukan dia tak tahu anak perempuan dia rapat sangat dengan Aimien , sampai nak pergi Korea dulu puas Aimien pujuk , sebab tak leh nak renggang dengan Aimien . Dengan Adam laa biasa-biasa ja sebab dari Ecah kecik dia tengah nak spm pastu masuk universiti pastu kerja sana-sini , masuk-keluar negara . Aimien lain , habis spm dia terus kerja dengan papa dia tak minat belajar jadi hari hari ada dekat rumah .

"Abang Adam pegi mana pulak kali ni? Last haritu dia pegi Jordan ann?" Soal Ecah sambil sandar di dada Aimien .

"New York" Tengku Aimien menolak perlahan kepala Ecah , dia ingin menghubungi Arissa .

"Assalamualaikum" mereka dikejutkan dengan satu suara .

"Along, awal balik baru isnin" kata Tengku Aimien lalu memeluk Tengku Adam . Lalu , Tengku Adam bersalam dengan Tengku Asyiqin.

"Papa mana?" Soal Tengku Adam bila perasan Tengku Ahmad Shah tak join mereka di ruang tamu .

"Papa keluar pegi rumah jiran ada tahlil" Ecah menyampuk .

"Ehh! Cah , bila sampai? Tak bagitau pun?" terkejut dengan keberadaan adiknya . Setahun 5 kali jer buleh jumpa adik dia yang bongsu ni . raya puasa , raya haji , first puasa dan krismas

"2 minggu lepas abang tu je busy kalah menteri." Jelingan Ecah membuatkan satu keluarga tu ketawa . Dah la sepet nie kalau mak mentua tengok tujuh keturunan gelak guling guling.

"Dah kenapa gelak . Abang Aimien mentang-mentang nak kahwin geng dengan mama. Herr . Abang Adam kita geng dua laa"

"Ok kelia . Lepas ni abang tak pegi mana dah . Duduk rumah ja. Boleh kita pegi jalan-jalan, tengok wayang like couple" berdekah Adam dan Ecah gelak. Niat dihati nak bagi Aimien jeles . Tengku Aimien menjeling abang dan adiknya . "Elehh! Pandai cari geng baru" jelingan maut dihadiahkan kepada dua manusia di hadapanya . Tengku Asyiqin mampu tergelak melihat anak-anaknya , mesra .

"Ecah rasa laa kan . Ecah nak panggil Along-Angah laa. Abang Aimien nak kahwin dah mana boleh panggil abang. Nanti isteri dia jeles. kan ma kan" Kata Ecah sambil jari di dagu . Nak usik senanye. Balingan tepat dihadiahkan dari Aimien. Cari pasal pang kang bersepai gigi.

"Suka hati Ecah la . Mama , angah nak keluar jumpa Harith jap" punah harapan Ecah nak usik abang dia sorang ni , muncung 16 cm . "Alaa nak kacau Abang lagi"

"HANIEY, kenapa cam tak senang duduk ja nih?" ujar Zamimie disertakan dengan anggukkan dari anak Zamimie . 'Gila nak duduk Harith tak call aku malam ni la gila' jerit Haniey dalam hati . Nak mati jerit kuat kuat kantoi nanti habis musnah silap haribulan kena bahan bukan boleh percaya sorang makhluk nie . Nampak jaa cam baik , alim tapi perangai tu pergh kalah hantu!! Buat dia bagitau Arissa lingkop. Dah laa rempang minah tu.

"Takde pape laa. Aku sakit perut tu yang gelabah kalah biawak" tipu Haniey. muhun jangan cam aku tak senang duduk dah la. Ni sorang pon wayar tak cukup elok buat dia bagitau Arissa , punah harapan nak kahwin sebab malu kena bahan.

"Hm . Yelaa jangan makan banyak sangat nanti sakit lagi perut tu" prihatin Zamimie terhadap Haniey. Walaupun baru kenal mereka dah rapat macam dah lama kenal. Arissa muhun jangan jeles .

"HARITH! Tu bukan Haniey ke?" Soal Aimien bila dia terpandang susuk tubah seorang perempuan amat dikenalinya iaitu Haniey pastu dia alihkan pandangan dan terperasan seorang lagi perempuan muda dan seorang budak perempuan.

"Mengarut apa? Haniey ikut Arissa balik kampung laa" balas Harith sambil menghirup secawan kopi. Ya. Haniey ada bagitau dia kata dia pegi ke kampung Arissa . Tapi dia tak bagitau Harith bila nak pulang. Jadi, Harith ingat dia duduk sana sampai Arissa kahwin. Harith punya fikir macam Haniey tu tak bekerja.

"Serius la wey . Tu Haniey, aku bukan buta lagi tak cam bakal bini kau" bidas Aimien. Nie kalau bagi penampar jepun baru faham bahasa kot . Mereng dah kawan dia sorang nih . Sejak bila minum kopi malam-malam? Bukan hantu ni anti kopi ka? Kalau dulu sebut ja pasai Haniey macam peluru pandu dia pusing walaupun dia tau tu hanya usikkan . Sejak tu Harith kena bahan teruk dengan Aimien dan rakan-rakang yang lain . Aimien pon sama geng ngan Arissa boleh la kahwin . Ehh memang nak kahwin pon .

Harith pon mengalih pandangan di mana Aimien tengok . Hala Haniey! 'Minah ni buat apa malam-malam kat sini? Balik pun tak bagitau . Nak kena tembak guna pistol air ke camne' kata Harith dalam hati.

"Dah dah latu tenung dia . Buat dia perasan nanti . Tak lama dah nampaknya makan nasik minyak lagi lah aku" usik Aimien . Harith hanya menjeling.

***

Friendly-Dingin Itu Suamiku ✔️Where stories live. Discover now