BAB 40

2.1K 53 0
                                    

ARISSA dari jauh memandang Haniey jauh termenung sambil menbelek cincin di jari. Arissa kesian. Haniey paksa diri untuk terima orang sebab nak lupakan Harith. Sampai ke hari ni dia tak cerita kenapa.

Mungkin perit bagi Haniey. Dia sayang Harith. Dia suka Harith. Diorang sama-sama suka. Tapi jadi macam ni.

Tergerak juga hati nak bagitau Harith tapi kesian pula dekat Harith. Haih. Pening.

"Hai" Arissa menoleh sebaik saja ada orang menegurnya dari belakang.

"Ya?"

"Saya Aryan Nawfal. Awak nama apa?" Aryan tersenyum. Ingin ditegur guna loghat Sarawak tapi tengok cara Arissa cakap kl pekat. Takut kalau Arissa tak faham

"Ohh. Saya Adreana Arissa" balas Arissa sambil tersenyum manis.

"Saya sepupu Hadif. Awak dengan Haniey adik beradik ke?" Ramah Aryan bertanya.

"Tak, kitaorang kawan je" Arissa merasakan yang dia selesa nak berkawan dengan Aryan. Entah kenapa dia rasa seronok. Sebab Aryan handsome ke? Tapi Aimien lagi handsome . Mungkin bahasa Aryan sangat sopan.

"Kalau tak keberatan saya nak ajak jalan-jalan" Arissa rasa bersalah nak keluar. Dia masih lagi isteri orang. Ingat saja perkataan isteri buat dia sedih. Aimien langsung takde tanda-tanda nak cari dia. Call pun tak. Hm

"Saya rasa nanti-nanti jela. Saya pergi dekat Haniey dulu" Arissa jalan sambil menunduk. Cincin dijarinya pula di belek. Sedih itu saja dapat digambarkan dengan keadaan sekarang. Rindu Aimien.

"Haniey"

"Ehh Arissa. Kenapa?" Haniey sempat lap air matanya. Disangkakan Arissa tidak nampak.

"Haniey, kenapa paksa diri macam ni?" Haniey tidak dapat lagi menahan air matanya. Arissa turut sebak. Sama-sama ada masalah.

"Aku.....aku rindu Harith" tersekat-sekat Haniey bercakap.

"Ok, lepas tu kenapa kau tunang juga?" Haniey mencari nafas untuk bercerita.

"Aku.. Aku terpaksa. Ibu Harith dah tak suka aku. Dia nak jodohkan Harith dengan pilihannya dulu. Pilihan sebelum aku dengan Harith kenal. Hana, sedap nama. Gadis lemah-lembut, penuh dengan kesopanan, bertudung. Jauh beza dengan aku yang kadang-kadang nak pakai baju kurung pun susah. Sapa je tak suka. Dan takkan Harith nak melawan cakap ibu kan? Anak derhaka la dia.

Sebelum tu. Aku ada gaduh dengan dia. Sebelum aku accident . Dia marah aku sebab aku selalu tolak bila dia ajak kahwin. Alasan yang sama aku bagi 'tak ready". Harith serabut dia terus cakap bukan-bukan. Dia cakap baik kahwin dengan orang lain. Ibu dia dah bising dekat rumah. Arissa, kalau aku tahu waktu dia serabut dengan ibu , sumpah aku kahwin dengan dia. Aku.. Sayang dia. Macam mana aku nak hidup tanpa dia. Aku rasa macam nak terbang balik kl tapi....." Haniey tidak dapat meneruskan percakapannya. Teresak-esak Haniey menangis dibahu Arissa. Arissa pun turut mengalirkan air mata. Belakang Haniey diusap agar Haniey dapat bertenang.

"Haniey, kau kuatkan? Dulu kau selalu suruh aku kuat. Sekarang takkan kau nak lemah macam ni. Kalau kau fikir dia kahwin dengan pilihan ibu dia, kau move on. Lupakan pasal dia. Ya, sebab pergaduhan boleh buat orang terseksa. Kau kena kuat Haniey. Kalau kau betul-betul nak Harith masih awal lagi. Jangan sampai kau kahwin dengan Hadif kau masih nak harapkan Harith. Mungkin dia akan ingat kau tak hargai dia. Dan mungkin kau silap sikit dia dah layan kau nak tak nak. Please, Haniey. Lupakan Harith. Cuba buka hati untuk Hadif. Kau sendiri cakap ibu nak Harith kahwin dengan Hana" Haniey memandang wajah Arissa. Cuba mencari kekuatan dari wanita dihadapannya.

"Aku cuba" balas Haniey. Arissa tersenyum dan terus memeluk Haniey.

"SAYANG, kenapa dua tiga hari ni diam je? Awak sakit ke?" Soal Balqis. Pura-pura Balqis sibuk sentuh dahi Aimien.

"Aku ok" balas Aimien acuh tak acuh.

"Kenapa? Ingat Arissa?" Sinis Balqis menyoal.

"Jom la balik"

Lepas hantar Balqis. Aimien terus memandu pulang. Dalam kepala otak sibuk fikir pasal Arissa. Risau bersarang dalam hati. Dengan baby lagi. Ya Allah. Dah seminggu tak tengok dia sihat ke tidak.

Laju saja otak dia berjalan mengingati ayat-ayat Harith.

'Kalau Arissa ditakdirkan gugur atau mati sebelum kau mintak maaf. Kau jangan menyesal, Mien'

terngiang-ngian ayat itu di kepala otak buatkan Aimien rasa bersalah.

Jujur! Tak tahu macam mana dia boleh dekati Balqis sedangkan dia tahu Balqis tu licik. Allahu. Mana nak cari Arissa. Kat kampung?

Number seseorang didail Aimien

"Kau nak apa beruk?!"

"Harith aku..."

"Kau kenapa? Nak maki aku sebab aku cakap girlfriend kau syaitan tak cukup baju? Blah la Mien"

"Harith dengar dulu"

"Dengar apa? Nak suruh aku cari Arissa mintak tanda tangan dia untuk kau kahwin dengan syaitan tu? Aku tengah drive ni ada customer. Nanti laa aku carikan 'tanda tangan' Arissa " Lagi laa buat hati Aimien rasa bersalah. Harith kerja jadi driver? Bawa grab? Ya Allah kejamnya aku. Belum sempat Harith end call Aimien bersuara.

"Harith, lepas kau hantar customer kau jumpa aku kat tempat biasa. Kau datang juga"

"Beruk gila sewel. Haih tak kacau hidup aku tak leh ke?"

"APAHAL, nak jumpa aku?" Kasar Harith menarik kerusi dan duduk di hadapan Aimien.

"Keja dengan aku balik?"

"Ohh sorry, kau halau aku macam anj..."

"Please, aku rasa berdosa sangat dengan kau, semua orang. Aku tahu aku salah aku mintak maaf. Please, Harith" Harith memandang Aimien pelik. Dah gila ke beruk ni?

"Kau kenapa?" Lembut Harith menanya. Tipu laa kalau dia tak sayang Aimien kan? Dah lama kawan mestilah sayang. Sampai dulu takleh nak berenggang

"Aku.. Aku menyesal.. Hiks.. Rasa berdosa dengan Arissa" Harith terkejut dengan air mata Aimien.

"Eh eh Mien. Orang ramai sini. Malu la sikit" Harith ada perasan yang ada mata memandang mereka berdua.

"Bawa aku jumpa Arissa. Aku takut kalau ayat kau tu betul-betul berlaku" Aimien merayu. Harith rasa kesian pula.

"Tau pun dosa banyak. Habis tu syaitan tu?"

"Biar la dia. Please, Harith aku nak jumpa Arissa" jatuh lagi air mata lelaki. Astaga.

"Aku tak tahu, Mien. Haniey pun hilang. Aku tak tahu nak tanya sapa dan cari kat mana" sambil bawa grab samb Harith  mencari Haniey. Sedih. Kalau tak kerana mulut puaka dia dulu mesti Haniey ada sekarang. Hm

"Kita cari sama-sama ok? Kau masuk keja dengan aku balik nah? Please, Harith. Aku mintak maaf"

"Haih ok laa. Dahla beruk. Aku nak sambung keja untuk hari last aku sebagai driver. Esok dah tak jadi" Aimien tergeleng. Harith selalu menghiburkan dia.

BALQIS terkejut bila dapat berita yang Haziq ditangkap polis. Kecut perut dia. Takut kalau Haziq petik nama dia jugak. Memang sekarang masa untuk sembunyikan diri.

"Haziq tolonglah jangan sebut nama aku kalau taknak mati"

***

- Dahlia Melissa - ainaaloveyouu

- Mr Mualaf Youre Mine - kissloverlylover

Friendly-Dingin Itu Suamiku ✔️जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें