FDIS RAYA - 3

1.5K 54 5
                                    

HANIEY nampak sudah bersedia disofa dengan bertelekung sambil menaip sesuatu ditelefonnya. Lepas balik hantar Alisa dia mintak diri untuk pulang mengambil pakaian. Akibat takut Haniey menipu Alisa turut mengikutnya pulang.

"Mummy, Icha nak ikut?" Soal Alisa. Bear doreamon dipeluk rapat.

"Mummy dengan papa nak pegi masjid la Icha. Nak pegi solat terawih. Icha duduk dengan Nek Ja ya" pujuk Aimien sebaik dia turun dari tangga. Nampak segak berpakaian baju melayu dengan kain pelikat.

"Nanti mummy balik rumah dia nanti" balas Alisa sambil muncungkan mulut. Terus riba Haniey dituju tanda tidak membenarkan Haniey keluar.

"Mummy tak balik, janji. Tengok mummy pakai telekung ni mummy bawak phone je" ujar Haniey. Kepala comel itu diusap lembut.

"Janji?" Alisa memandang sayu wajah Haniey.

"Janji" balas Haniey lalu mencium pipi Alisa.

"Dah lambat ni. Icha la ni nanti masjid penuh. Papa dengan mummy pergi dulu" ujar Aimien. Alisa turun dari riba Haniey terus pergi salam Aimien serta Haniey.

Jarak masjid dengan rumah Aimien tidaklah terlalu jauh. Jadi mereka membuat keputusan untuk berjalan kaki sahaja.

"Mien, aku rasa kau kena cari mama lah kat Alisa" ujar Haniey bagi memecah sunyi.

"Malas" sepatah yang dijawab Aimien.

Haniey dari belakang cuba untuk acah menumbuk Aimien. Macam-macam gaya dia keluarkan. Dengan mulut memaki hamun Aimien. Nasib gelap.

'Aku yang kena jawab dengan anak kau' jerit Haniey dalam hati. Kalau boleh nak jerit kuat-kuat tapi keberanian tipis setipis kulit bawang.

"APA Haniey buat dekat rumah Aimien?" Puan Husna menurunkan cermin keretanya bagi menjelaskan lagi pandangannya.

"Dah tak dapat Harith nak ambil hak kawan pulak. Dasar perempuan murah. Kau tunggu" Ujar Puan Husna.

Kebetulan dia datang kawasan perumahan ni sebab dia kena ambil barang sebab orang yang jual makanan tu tak dapat cod sampai ke rumahnya. Nak tak nak kenal pergi jugak.

Masa nak pusing balik ingat nak singgah rumah Aimien. Sampai ja depan rumah besar tu dia nampak Aimien dengan Haniey keluar berjalan kaki. Terbatal niat nak lawat Alisa.

"Kakak, butik semua baju yang designer kita buat semua Haniey dah keluarkan! Kenapa dia keluarkan tu idea designer kita!" Adu staff Puan Husna.

Puan Husna yang tengah menaip sesuatu di komputernya terhenti. Laju kepala memandang staffnya.

"Apa? Nina jangan main main" balas Puan Husna seakan-akan tidak percaya.

"Betullah! Tengok ni" Nina menyua telefonnya kepada Puan Husna.

Memang dia sukar hendak percaya. Bagaimana Haniey boleh keluarkan baju yang hasil dari designernya? Adakah Haniey mencuri? Atau Haniey sengaja tolong dia waktu Puan Husna susah dulu sebab nak curi kertas kerja designer?!

"Cancel semua projek collaboration kita dengan Haniey" ujar Puan Husna. Dia kembali melakukan kerja sambil menayangkan wajah dingin. Marahnya cuba ditahan dia tak mahu staffnya tengok dia marah.

"Ok kakak" Puan Husna melepaskan nafas berat. Dia penat dia letih dia dah tak larat nak handle lagi.

Puan Husna memejamkan mata seketika sebelum memulakan perjalanan pulang.

Hanya kerana Haniey mengeluarkan baju yang sama dengan designer untuk pertandingan itu dia terus jadi macam ni. Membenci Haniey tanpa usul periksa. Yang jadi mangsa Harith.

"ABANG, Hana peninglah" ujar Hana sebaik nampak Harith baru pulang dari masjid. Harith hanya menjongket kening sebelah tanda tidak kisah. Terus dia melangkah menuju ke tangga untuk masuk kebiliknya.

"Aa.. Abang" Harith pusingkan badannya. Terkejut bila Hana terbaring di lantai. Laju dia berlari ke arah Hana.

"Hana!" Pipi Hana ditepuk perlahan. Harith juga mengoyangkan bahu Hana. Harith menepuk kuat pipi Hana. Masih sama. Tanpa membuang masa dia naik ke bilik untuk mengambil dompet serta kunci kereta untuk membawa Hana ke hospital.

Semasa perjalanan ke hospital dia terfikir juga takut Hana pura-pura tapi tak nampak macam berlakon. Tapi 3 minggu lepas dia dah 'bersama' dengan Hana. Itu pun dia serabut Puan Husna asyik menanya hal anak.

'Takkan Hana mengandung?' Detik hati Harith.

"TAHNIAH Puan Hana hamil dua minggu" ujar doktor cina yang merawat Hana. Harith terkedu benar tekaan dia. Dia tak rasa apa-apa. Harith memandang Hana. Jelas riak gembira di wajah Hana.

Hana perasan yang dia dah 'over' dia terus mendiamkan diri. Terbit rasa takut dalam dirinya. Takut Harith tak terima anaknya ataupun tak mahu menjaganya.

"Terima kasih doktor" ucap Harith sebelum keluar dari bilik doktor.

"Aku nak kau rahsiakan dari ibu dan keluarga kau!" Keras amaran Harith. Dia berjalan memintas Hana dan terus menuju ke keretanya.

Hana dibelakang agak terasa dengan ayat yang dikeluarkan oleh Harith. Harith taknak terima anak ni ke? Allah. Hana mengelap air mata sebelum masuk ke dalam kereta.

"Kenapa abang taknak bagitau family kita tentang baby?" Soal Hana perlahan. Takut Harith memarahinya.

Harith melepaskan nafas berat.

"Aku tak suka. Nanti aku selalu kena ada dengan kau. Kau fahamkan ibu macam mana? Kalau kau bagitau mak kau nanti macam mana pun ibu akan tahu. Aku tak suka dipaksa. Faham? Cukuplah aku dipaksa kahwin dengan kau" Ujar Harith. Kenapa dia tidak merasakan apa-apa sedangkan itu anaknya. Hana menunduk kepalanya.

"Abang tak sayang baby ni ke?" Air mata Hana dah mula mengalir deras di pipi.

Lidah Harith kelu. Dia hanya mampu terdiam.

"Harith, awak benci baby ni ke?!" Jerit Hana. Air mata tak usah cakap. Pipi dia penuh dengan air mata.

Harith hanya memandu tenang. Dia cuba untuk hiraukan Hana. Tak kisahlah kalau Hana terjun kereta sekali pun.

Kejam nau.

"Awak sayang Haniey lagi? Cinta Haniey lagi?!" Soalan ini betul-betul buat Harith dihimpit rasa bersalah. Walaupun dah tiga tahun tapi sayang dan cinta terhadap Haniey tak pernah pudar. Tapi dia mampu berdiam. Dan melupakan walaupun dia tak rela.

"Harith! Dah tiga tahun pun, dah lama! Takkan sikit pun awak tak sayang saya? Ibu paksa kita sebab dia nak cucu. Saya ingat awak akan sayang saya bila saya mengandung tapi awak tak happy. Kenapa Harith kenapa?! Susah sangat ke awak layan saya macam mana awak layan Haniey? Saya manusia juga ada hati dan perasaan. Sakit kalau suami sendiri tak cintai isteri. Lagi sakit itu awak. Lagi tertoreh kalau saya sayang awak!" Hana luahkan apa yang dia rasa selama hidup dengan Harith. Ya sedikit pun dia tak rasa kasih sayang dari Harith. Dia hanya nampak kedinginan Harith terhadapnya. Hanya bilik dan batalnya jadi saksi dia menangis setiap malam.

"Sepatutnya Haniey tu mati kalau aw..."

"HANA!"

***

Kita kasi kissloverlylover cari heroin. Hahaha. Kat wattpad nak Haniey tapi kat ig nak heroin baru :) :)

Friendly-Dingin Itu Suamiku ✔️Where stories live. Discover now