BAB 37

1.9K 40 0
                                    

HANIEY termenung diatas katil. Rindu dekat Harith semakin mengunung. Umi bawak dia lari jauh dari semua orang. Dan ni bukan hospital dekat bandar. Ni hospital kampung. Dekat mana dia tak tahu. Masih belum boleh keluar. Dah tiga hari dia sedar.

"Dah makan?" Soal umi.

"Dah, umi dah makan?"

"Dah, petang ni dah boleh keluar" ujar umi seronok. Akhirnya dapat juga pulang. Tapi Haniey biasa saja. Tidak menunjukkan riak gembira atau teruja.

"Haniey, termenung apa? Umi cakap ni dengar tak?" Terkejut Haniey bila umi sergah begitu.

"Yaa, umi cakap apa?" Haniey blur . Fikirannya penuh dengan Harith. Sihat ke dia? Makan dah ke? Ke dah kahwin dengan perempuan yang bernama Hana tu? . Astaga.

"Lepas balik. Esok lusa ada orang nak minang Haniey. Umi setuju ja. Umi dengar dia tu doktor. Mesti boleh nak sara hidup Haniey kat sini" kata umi dengan nada perlahan dan lembut. Takut kalau Haniey marah. Haniey memandang umi.

"Umi, kenapa awal sangat? Haniey tak kisah. Tapi please bagi Haniey lupakan Harith." Balas Haniey. Sesungguhnya melupakan orang yang dia sayang sangat memeritkan hati. Umi hanya terdiam.

"Takpa, Haniey tunang dulu. Lepastu slow-slow Haniey lupakan yaa. Kalau Haniey masih berstatus bujang nanti lagi susah Haniey nak melupakan. Kalau Haniey tunang, Haniey akan rasa yang Haniey ni bakal isteri orang. Dan senang rasa nak melupakan" Haniey melihat uminya tersenyum diakhir ayat. Terus dipeluk tubuh uminya.

"Haniey sayang Harith, umi. Kalau Haniey terima dulu mesti sekarang kami dah kahwin kan, umi" Terus Haniey menangis teresak-esak. Umi mengusap lembut kepala Haniey.

"Kalau Haniey dengan Harith ada jodoh. Ada laa. Kalau takde jodoh Haniey kena terima." Balas umi. Umi pun turut mengalirkan air mata. Bukan dia tak tahu Haniey selalu habiskan masa dengan Harith. Harith demam Haniey sanggup pergi. Harith lapar Haniey sanggup belajar masak. Tabah yaa Haniey.

"ARISSA, kau tau Haniey kat mana?" Soal Harith. Mereka keluar berdua tanpa pengetahuan Aimien. Arissa dah banyak kali call tapi tak jawab jadi dia terus keluar.

"Entah lah, kau takde cari dekat rumah dia ke kampung dia ke?" Balas Arissa sambil menyedut sisa baki minumannya.

"Haniey mana kampung Arissa oii."

"Ouh ye, lupaaa pulak. Dah tanya nurse yang jaga dia?" Soal Arissa. Harith mengeluh.

"Dah, lepas 3 hari aku tak lawat dia. Dia pindah pegi hospital lain. Umi minta rahsiakan hospital tu" retak hati Harith bila dengar jururawat yang menjaga Haniey berkata begitu.

"Ya Allah. Tapi kenapa umi buat macam tu?" Terkejut Arissa. Dah lama sebenarnya dia tak lawat Haniey kerana Aimien tak kasi dia keluar. And ni pun keluar macam tu ja. Walaupun Arissa dah call tapi tak jawab.

"Aku ada problem sikit dengan ibu. Lepastu umi tahu. Umi suruh aku balik dan jangan kacau Haniey....." Harith menarik nafas.

"Sebelum Haniey accident kitaorang ada bergaduh. Lepastu Haniey minta break. Jadi, ni semua salah aku" sambung Harith. Kalaulah dia tidak berkata-kata yang menyakitkan Haniey dulu mesti sekarang Haniey ada depan mata. Maaf.

"Allahuakbar. Jangan terus salahkan diri. Arissa pun salah juga. Mungkin sebab dia fokus cakap dengan Arissa sampai tak fokus memandu." Balas Arissa. Jam tangan dikerling. Ha sudah. Arissa menepuk dahi.

"Kenapa Arissa?" Soal Harith pelik.

"Harith, Arissa balik dulu ye" Arissa baru saja bangun ada Harith menarik tangan Arissa. Arissa segera melepaskan tangan Harith yang memegang tangannya.

Friendly-Dingin Itu Suamiku ✔️Where stories live. Discover now