BAB 38

1.8K 43 0
                                    

"HAI, MIEN" sapa mesra Harith. Aimien hanya memandang dan terus berlalu. Harith mencebik. Dan mengikut langkah Aimien.

Pintu bilik Aimien di buka.

"Kau pehal?" Soal Harith. Aimien masih dengan diamnya. Satu fail diambil dan buka untuk menyemak.

"Weyh, asal diam? Cakap la dengan aku" Harith bengang bila Aimien abaikan dia.

"Aimien!"

"Apa, beruk?!" Balas Aimien geram. Haih nasib baik kawan kalau dak. Haih.

"Haa, ada pun suara ingat bisu" perli Harith.

"Kau nak apa? Tak de kerja ka?" Ujar Aimien acuh tak acuh.

"Kerja dah siap" balas Harith sambil membuat muka bangga. Sebernarnya, dia cepat siapkan kerja sebab dia nak cuti. Nak cari Haniey.

"Kalau dah siap sila keluar. Aku nak buat kerja" kata Aimien dingin. Harith pelik dengan Aimien harini. Cakap pun nak taknak ja. Apa kes?

"Mien, aku nak mintak cuti boleh?" Soal Harith. Kalau bagi alasan Haniey hilang mesti Aimien kasi punya. Itu yang difikirkannya. Selama ni Aimien yang bagi dia cuti bukan diminta.

Aimien mengangkat kepalanya memandang Harith. Pen diletakkan.

"Habis tu aku kena siapkan sorang?" Kata Aimien dengan nada perli sambil memuncungkan mulut menunjukkan ke arah fail bertimbun.

"Err.. Aku nak cari Haniey" Harith menundukkan kepalanya. Haih Aimien ni tak kasi ke?

"Nanti boleh? Aku banyak benda la nak kena handle" ujar Aimien. Harith mengeluh.

"Please , Mien. Aku tau kau ada banyak kerja. Tapi dah 3 minggu tak tahu Haniey pergi mana"

"Kalau kau nak cuti baik kau berhenti je. Bukan Haniey hilang kau tak kisah ke? Bukan tengah try bini orang ke?" Soal sinis Aimien.

Harith menggaru kepala yang tidak gatal. Tidak faham dengan maksud Aimien.

"Aku tak faham. Apa kau maksudkan?"

"Kalau kau nak Arissa bagitau jela. Tak payah keluar senyap-senyap. Siap pegang tangan lagi" perli Aimien. Haih keja perli ja ni.

Ni yang buat Harith marah. Cukup la Haniey di hatinya. Nak rampas bini member. Astaga. Aku pun ada hati perut woi

"Kau cakap baik-baik sikit. Aku keluar dengan Arissa sebab nak tanya pasal Haniey je! Bukan buat benda lain pun!" Balas Harith marah.

"Kau boleh je call kan?" Sinis Aimien menjawab.

"Tak. Masalahnya kau kenapa?!" Harith dah marah. Ayorkkk.

"Masalahnya. Kau keluar tu dengan bini aku!" Jerkah Aimien. Harith memejam mata sebentar.

"Aku malas nak gaduh dengan kau. Aku betul-betul suka Haniey sayang Haniey. Kalau kau tak bagi aku cuti. Aku berhenti. Jaga Arissa. Jangan biar dia duduk sorang rumah. Bahaya. Ada orang duk perhati Arissa dari jauh. Cau!" Lembut Harith bercakap. Pintu bilik Aimien dibuka dan keluar. Sekarang dia bukan lagi pekerja disini.

Aimien terkedu!

Harith berhenti kerja?

Dia saja nak gempar Harith. Bukannya kerja banyak pun. Dia saja sebab sakit hati dengan Harith dia bercakap tanpa berfikir. Dan sekarang ni dia kehilangan kawan baiknya.

Haniey.

Hanya Arisaa saja yang rapat dengan Haniey. Ya Allah. Terlalu awal untuk aku menghukum seseorang. Aku bukan Tuhan.

Friendly-Dingin Itu Suamiku ✔️Where stories live. Discover now