FDIS RAYA - 5

1.4K 59 11
                                    

SEDAR tak sedar dah dua minggu berpuasa. Alhamdulillah semua okay okay je. Sejak dua minggu ni Alisa dah tak buat perangai kalau Haniey tak tidur rumah Aimien. Dan dia juga dah tak ikut Haniey ke butik. Dan lebih seminggu dia tak jumpa Haniey. Mungkin dia dah faham yang mummy dia busy dah nak dekat raya Haniey mesti busy.

Tapi..

Sejak dua menjak ni Aimien tengok Mak Ja macam resah. Ayah Man pun macam diam semacam. Nak tahu kenapa tapi tak sempat tanya. Diorang bergaduh ke? Balik kerja la tanya.

"Alisa duduk dengan Nek Ja elok-elok tau jangan nakal-nakal" pesan Aimien sambil menyarung stokin di kakinya.

"Icha nak jumpa mummy boleh?" Soal Alisa perlahan dan ketakutan. Takut kalau Aimien marah dia macam seminggu yang lepas. Aimien marah sebab Alisa kerja tanya 'mana Haniey'. Dah la time balik kerja, penat.

"Icha, petang ni kita jumpa mummy ok?" Balasan dari Aimien buat Alisa gembira. Terus tubuh papanya dipeluk.

"Tentiuuu" Aimien tersenyum pipi Alisa dicium lembut.

"Papa nak pegi kerja ni Icha pegi mandi" ujar Aimien. Selesai bersalam dengan Aimien Alisa berjalan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

Aimien menjenguk ke dapur sebentar sebelum meneruskan langkahnya ke rak kasut.

"Aimien!" Panggil Mak Ja.

"Ye, mak" Aimien berpaling menghadap Mak Ja.

"Errr, anak mak balik esok..."

"Kenapa mak? Mien dah lambat ni" ujar Aimien sebaik Mak Ja mendiamkan diri. Pelik betul perangai Mak Ja harini.

"Err esok anak mak balik. Dia dah habis belajar kat UK. Mak ingat nak berhenti kerja nak balik kampung. Mak je sebab nanti takkan Sara nak duk kampung sorang-sorang" takut-takut Mak Ja memberitahu Aimien. Riak wajah Aimien dipandang memang berubah sikit.

"Alaa mak, mak kerja la sini. Nanti sapa nak tengokkan Alisa. Haniey sekarang ni sibuk" balas Aimien sayu. Kesian pula Mak Ja tengok.

Alisa yang baru sudah mandi terus turun ke dapur.

"Kenapa papa tak pergi kerja lagi?" Soal Alisa. Mak Ja menarik tangan Alisa untuk mendekatinya.

"Alisa pergi tengok tv kejap. Nek Ja ada benda nak cakap dengan papa" Alisa hanya mengangguk dan berjalan kearah ruang tamu.

"Mak, please" rayu Aimien. Mak Ja kelihatan serba salah bila tengok majikan rayu-rayu bagai.

"Mak je nak berhenti sebab nak balik kampung dengan Sara. Ayah tak" pujuk Mak Ja. Situasi sekarang adalah sedih. Dia pun tak sanggup nak berhenti kerja. Lagi tak sanggup nak berjauh dengan Alisa.

"Mak, mak tak sayang Alisa ke?" Soalan Aimien buat air mata Mak Ja bertakung. Dari Alisa tu 5 bulan dari dia jaga. Walaupun Haniey kerap ambil Alisa. Tapi Alisa membesar dengannya.

"Kalau macam tu Aimien tolong carikan rumah sewa yang murah-murah dan dekat dengan rumah Aimien" pinta Mak Ja

"Kenapa?" Balas Aimien.

"Nanti Sara balik..."

"Suruh je dia tinggal sini. Ada dua lagi bilik kosong. Free, Mak Ja tak payah risau janji Mak Ja terus kerja dengan Mien. Please" potong Aimien.

"Nanti menyusahkan Aimien pulak"

"Tak menyusahkan la. Nanti Alisa mesti suka. Pleaseeee" pujuk Aimien.

"Ermm kalau macam tula baiklah" terpujuk juga Mak Ja dengan Aimien.

Aimien tersenyum senang. Lapang hati dia. Dia pun dah sayang Mak Ja dengan Ayah Man macam keluarga sendiri. Rindu mama dengan papa. Dah lama tak balik tengok.

"Esok anak mak balik dengan sapa?" Soal Aimien sebelum dia melangkah keluar.

"Ayah suruh kawan dia ambil" jawab Mak Ja. Dia baru nak pergi tengok Alisa terbantut.

"Takpelah. Suruh ayah guna kereta Mien. Esok Mien cuti" Mak Ja hanya mengangguk setuju. Kalau bangkang kena paksa jugak. Bukan tak kenal perangai Aimien ni suka memaksa.

"MUMMY!" jerit Alisa. Seronok dapat jumpa Haniey. Aimien balik dari kerja awal harini sebab dah janji dengan Alisa nak bawak jumpa Haniey.

"Alisaaa" Haniey tersenyum dan terus meluru ke arah Alisa. Terus tinggal kertas-kertas kerja yang berselerak di atas meja. Selesai berpeluk cium dengan Alisa, Haniey mengikat rambutnya.

"Icha sihat?" Soal Haniey? Pipi gebu itu pegang lalu mencium. Haniey rasa serabut kerjanya hilang.

"Sihattt. Mummy, Icha rinduu" manja Alisa lentok kepala dia bahu Haniey. Aimien hanya menjadi permerhati.

'Baru seminggu dua mangkuk ni tak jumpa kalau setahun mahu banjir dengan air mata Alisa' kutuk Aimien dalam hati. Kuat-kuat kang kena smackdown dengan dua 'princess' ni.

"Ehh, Haniey" Haniey menoleh ke arah Aimien.

"Ehh lupa kau datang" kata Haniey.

"Takk... Asal mata kau bengkak? Kau nangis ke?" Aimien meneka. Serius muka Haniey muka Haniey bengkak. Dia baru perasaan.

"Teruk ke?" Haniey memegang mukanya.

"Haah la mummy" tangan comel Alisa pun mengusap pipi Haniey.

"Kau nangis ke?" Soal Aimien tegas.

"Gila apa nak nangis" balas Haniey.

"Habis tu? Baik kau bagitau" Aimien memaksa. Haniey dah merengus geram. Dia tak suka orang tanya keadaannya kalau dia tengah serabut.

"Tak de apa la. Jom Alisa teman mummy" balas Haniey. Tangan Alisa ditarik. Alisa yang tak tahu apa-apa mengikut kehendak Haniey.

"Haniey baik kau bagitau atau kau lepas tangan Alisa!" Ugutan keras Aimien buat Haniey melepas tangan Alisa kasar.

Aimien dengan Alisa terkejut dengan tindakan drastik Haniey. Terus Haniey duduk dan menekup mukanya.

"Mummy kenapa nangis?" Alisa menyentuh tangan Haniey tapi Haniey buat tak tahu dan terus menangis. Aimien yang duduk disofa terus berjalan ke arah Haniey.

"Kau kenapa? Ada masalah bagitau" ujar Aimien lembut.

Haniey mengangkat mukanya memang bengkak teruk.

"Aku penat.. Aku kena urus semua benda. Masalah butik, masalah keluarga aku, masalah dengan Hadif. Aku serabut.. Aku tak boleh jumpa Alisa sebab aku kerja siang malam sampai tak balik rumah. Aku tak tahu kenapa tiba-tiba orang banyak nak beli baju dengan aku. Aku kena handle semua sebab staff aku tak pandai bab ni" luah Haniey. Dia menekup tangannya ke muka semula.

Alisa memeluk Haniey yang serupa hantu tu. Rambut yang di sanggul tadi dah terlepas.

"Mummy jangan nangis" Haniey mengangkat mukanya. Alisa mengelap air mata Haniey. Sesungguhnya Alisa ni boleh buat hati dia lembut dan rasa hilang rasa semua masalah.

"Esok sabtu kan?" Soal Aimien.

"Sabtu pun aku kerja" balas Haniey. Dia mengelap air mata menggunakan lengan bajunya.

"Datang rumah aku. Kau datang atau kau tak boleh jumpa Alisa dah. Aku nak cari makanan sikit nak berbuka kau nak ikut tak?"

Haniey menggeleng.

"Icha nak duduk dengan mummy boleh?" Alisa menayang wajah simpati supaya Aimien benarkan.

"Ok. Tunggu papa datang ambil" Alisa bersorak gembira. Terus Haniey dipeluk.

"Satu lagi, aku datang ambil Alisa make sure kau pun balik atau kau tak boleh tengok Alisa" ugut Aimien sebelum menolak keluar pintu kaca itu.

"Papa Icha tu memang suka ugut ke? Mummy tak serabut jadi serabut" ujar geram Haniey.

Alisa hanya mengangkat bahu tanda tak tahu.

***

Boleh aina tahu. Best ke tak cerita dungu ni? :(

Friendly-Dingin Itu Suamiku ✔️Where stories live. Discover now