BAB 41

2.1K 41 0
                                    

"KAU dah dua minggu tak keluar rumah. Kenapa?" Wafa menyoal. Dari pagi sampai  petang tengok Balqis terperuk dalam rumah. Bila tengok macam orang tak betul pun ada. Kalau ada orang datang rumah mesti dia kelam-kabut lari masuk bilik.

"Ahh? Takde apa-apa lah. Aku..aku kena rom..pak haritu. Tu yang aku takut" dan dia juga jarang bercakap. Tu yang tergagap bila nak jawab.

"Ya Allah. Betul ke? Pastu dah buat report polis." Risau wafa. Teruk sangat keadaan Balqis ni. Macam orang trauma.

"Dia tak sempat rompak. Aku masuk bilik dulu" laju saja kaki Balqis turun dari sofa dan terus naik tangga untuk kebiliknya.

Wafa macam syak sesuatu. Tapi biarlah.

"WEY, kau ni! Tahu laa spesies beruk tapi aku manusia. Lapar tahu tak? Jom laa makan. Asyik dengan fail ni sampai tahun depan pun takkan habis." Rungut Harith.

"Kau sabar jap. Lepas ni kau melantak la sampai tahun depan"

"Astaga" Harith mengeleng kepala. Gigih sungguh kawan dia ni siapkan kerja.

"Harith" Harith mengangkat kepalanya dari memandang skrin telefon

"Apa?"

"Agak kau Arissa ok tak?"

"Haihh, insyaAllah dia ok. Kau jangan risau. Kalau kau risau aku lagi la risau. Haniey tu bukan isteri aku lagi. Buat dia tunang ke kahwin dengan orang lain merana aku" balas Harith. Dia pun turut risau tentang Haniey dan Arissa. Manalah diorang ni pergi.

"Agak kau lah. Mana diorang pergi?"

"Bagi aku laa. Arissa mungkin balik Kedah dan Haniey aku tak tahu sebab dia takde kampung." Aimien berhenti menulis. Dia memandang Harith.

"Aku tak yang yakin yang Arissa balik kampung" ujar Aimien. Dia tahu Arissa bukan jenis kongsi masalah dia dengan keluarga. Kalau boleh dia nak dia sorang je selesai.

"Aku cakap jer. Mana tahu" Aimien mengeluh. Baru tau. Dulu sibuk nak berkepit dengan syaitan tak cukup kain tu. Kali ni bukan Arissa ja dungu Aimien pun dungu. Haih.

"AKU rasa aku dah jumpa someone yang aku mok jadikannya suri hati" ujar Aryan bagi memecah kesunyian dalam kereta. Hadif tuu sibuk duk main telefon. Dia juga yang bosan

"Cepat juak kau, siapa tek?" Balas Hadif. Dia nak ke kampung Bako sebab umi suruh. Jadi dia mintak la tolong Aryan ni sebab kereta dia demam duduk berubat kat workshop.

"Arissa, kawan Haniey." Kata Aryan teruja. Entah kenapa dia teruja kalau dengar atau sebut nama Arissa.

"Baguslah, try cuba ni tauk dapat." Macam tak sapot member je Hadif ni.

"Tapi rasa macam something wrong ngan nya." Aryan menghela nafas bila difikirankan Arissa.

"Apa yang sik kenak ngan nya?" Hadif menoleh sebentar ke arah Aryan dan menyimpan telefonnya dan terus mata memandang depan. Menikmati alam hijau-hijauan yang indah. Bwerkkk.

"Nya selalu jauhkan dirik dari semua orang" Aryan pening memikirkan soal ini. Tapi dia ingin tahu, kenapa?

"Mungkin baruk kenal kali." Balas Hadif bagi menyejukkan hati sepupunya.

"Aku pun harap camya juak lah"

"Hm. Kita dah sampe tok. Thanks hantarkan aku." Lepas Hadif bersalam dengan Aryan terus Hadif turun dari kereta. Nanti balik dia call Aryan.

Baru saja dia nak pergi. Aryan ternampak Arissa dengan umi duk bergurau senda. Sejuk hati dia tengok Arissa. Arissa berjubah dan bertudung. Sejuk mata memandang. Ni kalau Aryan tau cara Arissa tu mesti reject . Hahaha.

"Arissa harap kau sudi nerimak aku" ujar Aryan sebelum dia menekan pedal minyak.

"Arissa, cantik dengan penampilan baru kamu. Sejuk hati umi" Arissa tersenyum malu. Sejak-sejak lari ni dia insaf. Dahla keluar rumah tanpa izin suami berdosa. Lepas tu takkan tak pakai tudung ann dia dah dia islam. Dah nak jadi mak orang kenala ubah diri takkan nak pakai seluar neraka ennn. Kalau laa dia accident tak terus ke neraka?

"Hahaha, biasa je umi. Arissa nak berubah. Umi tolong Arissa ya" balas Arissa.

"Umi sentiasa tolong anak-anak umi. Ni suami tau dak datang ni? Mak mentua? Ibu?" Astaga umi. Banyak lagi soalan lain yang boleh tanya.

"Erm...."

"Umi. Hadif dah sampai." Sesungguhnya waktu ni dia bersyukur sangat-sanat. Haniey selamatkan dia!.

"Haa. Umi masuk dulu." Haniey dan Arissa mengangguk serentak.

"Weh. Kau selamatkan aku weh" Arissa menarik-narik tangan Haniey dan juga baju Haniey. Astaga.

"Apa?" Haniey bingung. Arissa ni dah nak jadi mak orang pun gila. Sabar ya baby.

"Umi tanya aku. Aimien tahu tak datang sini. Mau tak takut aku" Haniey tergelak.

"Padan la muka kau. Erm Arissa"

"Ye?" Haniey macam serba salah nak cakap

"Aimien call aku tapi aku tak jawab pun" takut-takut Haniey bagitau. Arissa rilek je bila Haniey kata macam tu.

"Bila dia call kau jawab jer. Nanti syak benda lain pula kalau kau tak jawab" balas Arissa.

"Bukan tu masalah dia. Takut dia bagitau Harith" omg Haniey nak nangis bila sebut nama Harith.

"Trust me. Dia takkan bagitau Harith kalau kau tak bagi. Pastu kau jangan la cakap aku dengan kau. Lepas tu jangan bagitau kita kat mana" Haniey melepaskan nafasnya. Dia rindu Harith.

"Ok"

"ANGAH dengan kak Arissa ni lama tak dengar khabar kan, ma?" Ujar Ecah. Tengku Asyiqin yang tengah potong sayur turut berasa perkara yang sama.

"Tula. Mama ingat nak pegi rumah diorang. Takut angah sibuk pula."

"Kita pegi jela." Ecah menarik satu sayur yang dipotong oleh Tengku Asyiqin dan mencarik-carikkannya.

"Tak boleh, Cah. Syarikat tengah naik sekarang. Takut angah sibuk nanti kalau kita ganggu dia"

"Haa gosip" celah Adam.

"Haah, tengah gosip pasal along la. Mama dah jumpa kakak ipar untuk Ecah" usik Ecah. Terus keruh air muka Adam.

"Betul ke, ma?" Tengku Asyiqin ketawa.

"Haah. Nanti mama bawak dia datang rumah" Ecah dah sembunyikan ketawa dia. Nak mampus kalau gelak depan singa jadian ni.

"Mama, pleasela. Along dah besar ok. Along bukan angah ma" nak nangis mama cakap macam tu auuu. Sabar laa nanti ada la jodoh tu. Huhuhu.

"Hahaha. Gurau je pun. Tu pun marah" pecah ketawa Tengku Asyiqin dengan Ecah. Adam masam mencuka.

"Bab kahwin jangan sapa pun sebut. Along tak suka!" Terdiam dua beranak tu. Adam menghempas kuat pintu biliknya. Dia tak suka kalau hal macam ni di buat main.

"Err ma?" Ecah bersuara.

"Biar lah. Nanti kita pujuk. Ni tolong mama kacau kuah tomyam tu" Ecah hanya mengangguk.

"KAU lari mana, bodoh?" Haziq bengang bila polis cakap yang Balqis larikan diri. Kau yang rancang aku yang kena bodoh.

Haziq menyepak dinding penjara.

"Auchh!" Haziq memegang kakinya.

'Sumpah kalau aku keluar kau orang pertama aku cari bodoh'

"Kau diam sikit boleh tak?!" Marah lelaki yang berbadan tegap. 'Roomate' Haziq. Haziq dah duduk. Takut kalau dibuli oleh lelaki tu.

"Tunggu kau, Balqis!"

*****

Bila je tak hambar. Hari-hari hambar. Hm🥺

- Dahlia Melissa - ainaaloveyouu

- Mr Mualaf Youre Mine - kissloverlylover

Friendly-Dingin Itu Suamiku ✔️Where stories live. Discover now