BAB 32

2K 46 0
                                    

"KAU nak apa , perempuan!" Tubuh Balqis ditolak kasar oleh Aimien. Balqis rasa tercabar. Sekali lagi Aimien ditarik bila dia melihat Aimien ingin keluar.

Aimien dah mendidih. Kenapa perempuan ni gila? Risau dihati takut Arissa tahu dia dengan Balqis di dalam fitting room ni.

Arissa gembira. Akhirnya perkara yang diidamkan menjadi kenyataan. Jalan-jalan dengan suami dengan pakai baju sama. Jalan pegang tangan dekat tepi pantai pastu usik husband dan main kejar-kejar. Oh! Bahagia.

Arissa cepat menukar baju. Dia teruja.  Ya Allah, bahagiakan lah kami selamanya.

Setelah siap menukar baju Arissa keluar. Pintu bilik sebelah dipandang. Lama nau Aimien ni tukar baju. Pintu diketuk.

Aimien tersentak!

Balqis tersenyum!

Arissa pelik. Tiada sahutan. Dan pintu pun seperti tiada tanda-tanda nak buka. Mungkin Aimien masuk fitting room yang lain kut.

Arissa sedikit kecewa.

Baru saja Arissa ingin masuk semula ke dalam fitting room dia nampak seorang pekerja dan dua lelaki berserban datang ke arahnya. Pelik!

"Betul pakcik! Saya nampak diorang masuk." Kata pekerja kedai sambil menyakinkan dua lelaki yang agak tua.

"Ok, kita cuba tengok"

Hati Arissa dah tak tenang. Kenapa dia harus gelisah? Arissa memandang saja diorang mengetuk pintu fitting room.

Lelaki yang memakai serban itu mengetuk pintu tersebut.

"Saya tahu korang ada dekat dalam. Lebih baik keluar sebelum kami terpaksa merempuh masuk"

Allahu. Retak hati Arissa bila Balqis keluar dan di ikuti Aimien. Aimien terus melulu pergi ke arah Arissa.

"Arissa, dengar aku cakap dia yang..." Kata-kata Aimien terhenti bila Arissa mengangkat tangan tanda tidak mahu dengar apa-apa.

Aimien mengeluh. Balqis seperti seronok bila ditangkap sebegini.

"Boleh saya tahu apa status hubungan kamu?" Soal lelaki yang bersongkok hitam. Aimien kelu. Tidak tahu hendak menjawab apa. Arissa dah memaling ke arah lain.

"Kawan" terlebih mesra Balqis menjawab. Aimien tengok macam nak lempang ja minah ni.

Arissa dah masuk semula kedalam fitting room untuk menukar pakaian asalnya. Dan pulang ke rumah dia tak kisah naik bas ke grab ke janji sampai rumah mama.

"Kahwin je diorang ni pakcik. Dah tak tahu halal haram. Senang je dia peluk perempuan baju hijau tu tadi." Geram pekerja tu. Kalau boss tahu yang ada orang buat maksiat dalam kedai dia mesti dia kena soal siasat.

"Kalau macam tu kita kena...."

"Tak adil. Kita kena tengok cctv dulu. Saya dah kahwin. Perempuan tadi isteri saya. Perempuan ni...." Aimien mengalih pandangan kearah Balqis dengan pandangan yang tajam.

"Perempuan yang paling jahat dalam dunia. Hati busuk. Takdak hati perut. Dia cuba nak rosakkan rumah tangga saya. Saya tak kenal pun dia tapi isteri saya kenal dia." Sambung Aimien. Kalau tak disebabkan ada 4 orang manusia disini termasuk Arissa dah lama dia lempang minah senget bendul beruk monyet babun ni. Haih geram aku.

Arissa hanya mendiamkan diri. Dia tahu bukan salah Aimien. Tapi dia sakit hati sebab Aimien tak sahut masa dia panggil tadi. Lepastu tidak keluar. Sakit hati tauuu.

"Ok. Kalau macam tu kita tengok cctv dulu"

SEMUA terjawab yang Balqis bersalah. Dia menolak pintu Aimien. Aimien dah tutup pintu tapi belum sempat kunci Balqis menolak. Jadi mereka tidak akan berkahwin dan Balqis diberi ceramah oleh dua lelaki tua itu.

"Mintak maaf encik. Saya dah salah faham" tersengih pekerja kedai itu. Dia la bagitau dua lelaki tua tadi. Nampak pelik ja perempuan itu rempuh masuk.

"Takpa. Awak tak salah pun memang patut awak buat macam tu sebab nak jaga nama baik kedai awak. Nanti saya datang beli hoodie lagi ya" balas Aimien. Satu hoodie pun tak beli. Nasib baik barang dapur dah beli sikit. Sikit jela sebab Aimien sibuk nak beli baju sama.

SEKALI lagi kereta itu sunyi sepi. Tiada soalan dari Arissa yang sememang masuk je kereta banyak nau soalan dia. Sepatah Aimien bertanya sepatah dijawab.

Sampai saja dirumah mama menyambut Arissa dengan baik sekali. Yela nak dapat cucu sulung dari anak keduanya. Nak harap Adam kahwin? Mau reput tulang belakang.

"Kau cuti 4 hari je kat sana?" Soal Adam sebaik turun dari bilik.

"Kesian kau nak kena handle sorang-sorang" balas Aimien. Biarlah kejadian dikampung semalam hanya ibu dan Aisha saja yang tahu.

"Eleh. Blah la kau"

"Dah-dah jom makan" Tengku Asyiqin menyampuk. Adam sempat menjelir dekat adik keduanya.

"Ecah mana ma?" Soal Arissa bila dia perasan yang Ecah turun sertai mereka minum petang.

"Ecah awal lagi keluar. Pergi cari keja katanya" balas Tengku Asyiqin. Tengku Ahmad Shah masih di ofis. Haih la dah tua pun nak bekerja . Sedaq diri sikit.

"Arissa, mama tengok kamu tak bagi perhatian dekat kandungan kamu tu." Tegur Tengku Asyiqin. Aimien mengongket kening memandang Arissa.

Arissa tidak tahu hendak menjawab apa. Memang salah dia sebab tak jaga betul-betul kandungan dia.

"Sorry , ma. Arissa akan jaga baby ni walau apa jadi sekali. Arissa takkan bagi baby sedih dan nak ajar dia untuk kuat" balas Arissa. Niat nak perli Aimien.

Aimien mengeluh. Dia tidak tahu apa yang difikiran isterinya.

"Ohh, bagus laa"

"Agak-agak girl or boy or twin?" Soal Adam.

"Arissa tak kisah janji dia sihat" balas Arissa. Diam Adam. Terasa laa tuuu . Hehehe

"Erm ma , along. Angah ingat nak pindah la." Ujar Aimien. Arissa buat tidak tahu saja. Malas nak tolong mengiakan.

"Tapi kenapa? Arissa mengandung tahu? Nanti angah pegi keja tinggal dia sorang" balas Tengku Asyiqin.

"Ma, diorang dah kahwin biar laa diorang bina rumah tangga sendiri. Along bukan nak halau tapi kalau angah rasa itu yang terbaik along ikut" ujar Adam. Dia lebih matang dari semua. Dan akhirnya Tengku Asyiqin mengangguk setuju.

Siap semua pinggan yang kotor dicuci Arissa masuk bilik. Dia yakin yang Aimien keluar tadi dengan Adam. Jadi dia boleh guling-guling atas katil.

Sambil guling sambil teringat. Kenapa Aimien taknak keluar masa dia panggil sahut pun tidak. Macam merelakan Balqis erghhhhh!. Serabut!

Ting!

Arissa mengambil telefonnya dia terletak di meja sisi katil. Mesej dari orang dikenalinya dibuka.

Sekali lagi hati hancur.

Melihat gambar terlebih 'mesra' dengan Balqis.

Perut yang kempis diusap. Air mata perlahan turun. Dia pun konfius dengan Aimien. Aimien macam merelakan. Masa dia ditangkap pun dia macam takut , takut dengan aku. Bukan dengan lelaki tua itu.

"Baby, one day kalau papa kamu dah tak sayang mama. Kamu jaga mama ya, sayang. Kamu penguat mama" Arissa mengusap perut yang kempis. Air mata turun dah macam air terjun. Sejujurnya dia tak kuat. Allahuakbar.

***

Sorry kalau typo...























- Dahlia Melissa - ainaaloveyouu


- Mr Mualaf Youre Mine - kissloverlylover

Friendly-Dingin Itu Suamiku ✔️Where stories live. Discover now