FDIS RAYA - 8

1.2K 56 12
                                    

HANIEY turun bersama Ecah selepas selesai berbuka. Puas ditegah oleh Ecah supaya duduk dalam bilik dan berehat. Tapi tula dia punya degil tu astaga.

"Mummy! Mummy ok?" Alisa yang berlari-lari diruang tamu terus lari pergi ke arah Haniey.

"Mummy ok. Icha dah makan?"

"Dah. Papa cakap mummy demam papa cakap dia nak bawak mummy pergi klinik. Icha nak ikut boleh?" Ujar Alisa. Jari Haniey dijadikan mainannya.

Sara melepaskan nafas lega. Kalau tak jenuh layan budak ni.

Dan secara kebetulan Hana, Harith dan keluarga Aimien keluar dari ruang solat. Haniey yang perasan Harith terus larikan wajahnya.

"Mummy oklah, Icha. Tak payah pergi klinik. Jom duduk dekat Kak Sara" Haniey memimpin tangan Alisa ke sofa dimana Sara duduk berehat. Dan tiba giliran Ecah untuk menunaikan solat maghrib.

"Haniey ok?" Soal Sara.

"Ok je. Ala biasa lah" balas Haniey. Sedaya upaya tidak menoleh ke arah ruang tamu utama.

"Kenapa tak join diorang"

"Malaslaa" balas Haniey.

"Mummy, Icha nak pergi kat papa boleh?" Haniey hanya tersenyum lalu mengangguk.

"Manjalah Alisa tu dengan awak" kata Sara mesra.

"Dari kecil lagi saya jaga dia" balas Haniey

"Laa, Haniey rupanya. Auntie ingat Ecah. Dah sihat ke?" Terkejut dua princess tu. Tiba-tiba je Tengku Asyiqin sergah macam tu.

"Saya sihat auntie, biasalaa kerjakan stress sikit" balas Haniey sambil tersengih. Maluu la pulak. Ecah la ni.

"Hmm, macam-macam" Haniey tersengih bila Tengku Asyiqin tergeleng kepala. Maluuuu.

"Tengku, Hana nak balik dah" tiba-tiba Hana muncul sebaik saja Tengku Asyiqin berlalu ke dapur.

Haniey tergamam!

"Err, Hana ingat Tengku kat sini" takut-takut Hana cakap. Takut dengan mata helang Haniey yang sedang merenung ke arahnya.

Haniey melepaskan nafas berat. Dia kembali menghadap Sara.

"Tadi Tengku ada sini. Dia baru pergi dapur" ujar Sara yang tak tahu kenapa dengan dua manusia ni. Sorang takut sorang lagi macam maram. Waiii?

"Thanks, Sara" cepat-cepat Hana melangkah pergi dari situ. Gementar dengan Haniey.

"Haa, jom!" lagi sekali Haniey dengan Sara terkejut dengan suara yang tiba-tiba datang mengejut. Tapi kali ni Haniey tersandar lemah. Kepala dipicit perlahan.

"Haniey, ok tak?" Soal Sara.

"Haniey, jom pergi klinik" Haniey mencelikkan matanya.

"Okk, aku okk" balas Haniey. Dia cuba bangun untuk duduk dengan elok. Walaupun kepala agak sakit tapi dia tetap gigih.

"Ok ke tak ok. Jom pergi klinik. Aku tunggu dalam kereta" Haniey yang sakit kepala terus bengang. Suka paksa paksa Aimien bongok ni.

"Pergilah Haniey. Manatau sakit lain ke" kata Sara. Dia pun risau jugak dengan Haniey ni.

"Jom mummy" turun je dari tangga terus tarik tangan Haniey.

"Ok, kejap mummy nak ambil handbag"

Haniey keluar je rumah nampak Aimien dengan Harith tengah berbual. Hana agak tersembunyi dibelakang Harith. Takkan nak pergi.

Aimien perasan yang Haniey berdiri di pintu terus dia bersalam dengan Harith. Sumpah, Harith tak pandai berlakon. Dahla macam beruk lepastu tak pandai berlakon pulak. Perghh, nampak sangat dia takleh simpan riak bila Haniey pergi kearah Aimien. Jeles!

Friendly-Dingin Itu Suamiku ✔️Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora