BAB 22

2.5K 72 0
                                    

LUSA majlis kenduri bagi pihak lelaki . Sekali tengok perghhh kalah anak raja .. Tapi memang keturunan raja pon kan.  Tambahan pula bila melihat dewan  hotel yang ditempah oleh keluarga Aimien untuk majlis anaknya.  Memang grand gilaa  la  dah boleh jadi wedding of the year kalau macam ni . Ermm well orang kaya kan nak apa semua boleh, setakat nak buat majlis macam ni . Apa laa sangat kan!

Puan Zawiyah dan adik-adik  Arissa sampai  dari kampung dua hari sebelum majlis. Seronok laa Ecah bila Ayra dengan Aisha datang . Bukan main lagi dia ajar Aisha dan Ayra bermake-up , buat tutorial tudung , berfesyen dan macam-macam laa diorang buat. Yang si Afif tu tak de geng  maka dia hanya berkepit saja dengan Puan Zawiyah sampai ibu nak basuh pinggan pun dia ikut . Haa Afiq ni pon sama, jumpa Adam terus lupa semua orang . Yang  si Adam pun satu ajar bukan-bukan main game laa , ajak lepak  mamak laa apala sampai tak melekat kat rumah. Ibu tak payah cakap kalau jumpa mama ada saja yang nak disembangnya .

"Arissa , aku nak tanya kau ni!" soal Aimien . Arissa yang sedang baca novel tu  lantas mengalih pandangannya dari novel ke arah  Aimien . And!! Aku-kau dia mai balik . Huaaa.

"Ye?" Balas Arissa lalu menanda novel pada muka surat yang dibaca dan terus menutup novel tersebut . Lusa nak bersanding boleh rileks lagi . Hahaha

"Lepas majlis kau nak duduk sini ke nak balik rumah aku?"

"Awak ada rumah ke?" Soalan dungu Arissa menyebabkan Aimien mengetuk kepalanya.

"Adoii , apa ni!" Marah Arissa sambil mengosok kepalanya .haa padan muka. Tanya lagi soalan dungu macam tu.

"Rumah aku tu dah lama beli sebelum aku kenal kau lagi, aku dah beli", jawab Aimien. sabar Aimien sabar .

"Oooo . Saya ikut awak je" sejak-sejak kebelakangan ni Arissa macam nerd ja kenapa?!!! Arissaa kenapa!!!!????!!!

"Kalau ikut aku kita duduk rumah aku laa dekat sikit dengan office dan orang cakap pengantin baru kena privasi sikit" Aimien tersenyum nakal.

"Banyak laa awak punya privasi , dah laa saya nak turun tolong mama dengan ibu kat bawah" kata Arissa lalu turun dari katil dan ke almari untuk mengambil tudung .  Tudung disarungkan dan dia mula membuka mengatur langkah ke muka pintu bilik.  Tombol dipegang dan dipulas . Baru saja dia hendak keluar dari bilik Aimien menarik tangannya.

"Dah lama aku tak buat benda ni dengan kau" terus dicium dahi Arissa dengan penuh rasa sayang. Ehh wait? Sayang? Serius? . Yaa ciuman tu tak mampu menahan hati Aimien yang sudah menyayangi Arissa sebagai .....

"Last aku cium masa akad , lepas ni kita dah duduk rumah sekali aku nak kau salam tangan aku and aku cium dahi kau kalau salah sorang nak keluar dari rumah ,ok? Aku nak kita terus amalkan benda nie ... Dapat pahala tau kalau kau cium tangan aku,"  kata Aimien sambil mengoyak senyuman yang manis kepada Arissa.Arissa tergamam. Aimien ni ada masalah mental kot.

"Dan aku sayang kau . Sayang sangat dengan kau . Aku sayang kau sebagai kawan baik perempuan yang halal dengan aku. Sorry Arissa aku tak boleh nak bukak hati aku untuk kau. Pasal malam haritu kau buat-buat lupa laa" sambung Aimien lagi. Arissa sedikit kecewa dengan kata-kata Aimien dia telah jatuh hati dengan Aimien mustahil dia nak dapat kasih sayang Aimien. Berangan laa Arissa oii . Dan pasai malam tu lupa jelaa.

Aimien aku suka kau laa ngokkkkkk . Nak kena sekeh ke . Jerit Arissa dalam hati.

"Kau cakap nak turun kan? Nak aku dukung ke?" Arissa tersedar dari lamunan dia.  Terus dia cepat-cepat bergerak keluar dari bilik . Haiyoo Aimien kasi malu lagi laa . Buduh laa

Friendly-Dingin Itu Suamiku ✔️Where stories live. Discover now