BAB 45

2.1K 45 0
                                    

"ARISSA kesian la laki kau. Dia sanggup datang sini sebab nak jumpa kau. Alaa kau ni. Macam dalam drama pulak nak merajuk lama-lama. Tak baik tau buat laki kau macam tu" Haniey cuba untuk memujuk Arissa. Hati Arissa ni lembut. Esok lusa ok la kalau Aimien terus tinggal sini dan pujuk. Mana boleh duh tengok suami lama-lama tapi tak cakap. Harith datang pun Haniey dah tak tahan erm.

"Haniey, boleh tak tutup mulut kau. Tengok jam sekarang pukul berapa. Dari tadi asyik membebel tak lengoh ke?" Balas Arissa geram. Dari tadi nak tidur tak boleh sebab Haniey ni sibuk bebel nak pujuk la konon.

"Jangan menyesal kalau tiba-tiba kau bangun Aimien takde buat selamanya" ujar Haniey geram. Orang nak bagi dia baik dengan suami dia bukan dengan Balqis tu. Hesh.

Haniey dah lama lelapkan mata. Tapi mata Arissa masih segar dan tiada tanda-tanda nak terlelap. Ayat Haniey duk berlari-lari dalam fikiran dia sekarang.

'Jangan menyesal kalau tiba-tiba kau bangun Aimien takde buat selamanya'

Bapak biadap mulut Haniey ni. Jadi betul tak ke janda aku. Haish ni yang buat aku susah hati ni.

Arissa takut. Takut kalau kehilangan Aimien. Tak bersedia nak rasa kehilangan, tak bersedia nak sedih dan paling sakit tak bersedia nak jaga anak diorang dengan sorang diri.

"Arissa? Kau nangis ke?" Haniey terkejut bila terdengar esakkan perlahan dari sebelahnya. Sudah tentu lah Arissa. Dia tumpang bilik Arissa sebab bilik dia Aimien dan Harith tumpang tidur.

"Haniey, kalau esok Aimien takde betul...."

"Shhh, jangan cakap macam tu. Tadi aku geram dekat kau. Sorry tau. Dahla sambung tidur" Haniey menenangkan Arissa. Dan Arissa tertidur dalam pelukkan Haniey.

"UMI, Harith mana?" Soal Haniey. Terkejut bila tinggal Aimien diruang tamu. Takut kalau Harith betul-betul pergi tinggalkan dia.

"Harith dah balik pukul 4 pagi tadi. Dia cakap ada majlis kat rumah dia. Dia jemput kita tapi rasanya tak pergi dah kut" wajah umi dipandang. Luluh hati Haniey ketika ini.

Umi faham sangat pandangan Haniey yang masih mengharapkan Harith. Dia tahu anak dia tak bahagia dengan Hadif. Tapi Puan Husna tak suka Haniey. Mana mungkin dia benarkan Haniey menjadi sebahagian dari keluarga diorang kalau ibu mertua tak suka.

"Haniey, umi tahu apa Haniey rasa sekarang ni. Tapi umi tak suka Haniey terus dibenci oleh Ibu Harith" Umi menarik tubuh Haniey ke dalam dakapannya.

"Haniey ok" senyuman palsu cuba diukir.

"Kenapa pagi-pagi sedih ni?" Soal Arissa. Dia baru bangun. Ni mesti tak perasan Aimien duk dekat ruang tamu ni.

"Takde pape la sibuk nak tahu" balas Haniey. Arissa mencebik.

"Ni dah solat ke belum?" Soal umi. Arissa mengangguk.

Harini dia rasa kuat sikit berbanding hari sebelumnya. Dia bergantung kepada ubat sekarang. Takut juga kalau baby jadi apa-apa.

"Nah ni bagi kat Aimien" dulang berisi air teh dengan nasi lemak disuakan kepada Arissa. Arissa berbelah bagi nak ambil ke tidak. Ni kalau Haniey memang aku tolak tapi umi. Arissa mengambil dengan hati yang berat.

"Makan lah" lepas Arissa meletakkan dulang tersebut di atas meja kecil terus dia bangun. Dikerling Aimien sibuk dengan telefon sehinggakan dia menghantarkan makan pun Aimien tak perasan.

Arissa baru saja berjalan pergi dapur Aimien menarik tangan dia. Arissa menoleh.

"Duduk" arah Aimien. Arissa tayang muka blur. Dalam hati Aimien dah tersenyum. Muka dungu Arissa buat hati dia terubat.

"Duduk! Nak aku angkat ke?" Laju kepala Arissa menggeleng dan terus duduk disofa sebelah Aimien.

"Ok, Arissa aku betul-betul mintak maaf. Aku tahu aku salah. Aku tahu aku banyak sakitkan hati kau. Tapi sumpah aku takde niat semua tu. Aku rasa macam aku tak sedar semua tu. And yes, Balqis gunakan bomoh untuk dapatkan aku. Tapi semua tu ustaz dekat ofis yang perasan. Lepas aku berubat terus aku datang sini dengan upah orang detect location Haniey. Aku tahu kau dengan dia sebab aku yakin sangat suara yang aku dengar tu suara kau. Lagi buat aku yakin bila Haniey call cakap dia tak sedap hati takut apa-apa jadi kat kau. Aku bukan tak cari kau tapi aku berubat. Takde siapa tahu even Harith berkepit dengan aku 24jam. Lepas aku lega terus ajak dia datang. Dia dah balik sebab harini majlis pertunangan dia dengan Hana. Arissa tolong la percaya aku. Aku betul-betul rasa bersalah. Aku taknak hidup macam ni lagi. Dikelilingi bayang kau. Aku tak sanggup hidup sorang tanpa kau. Aku rindu kau. Aku minta maaf. Aku sayang kauu"

Pertama kali Arissa rasa hati dia diusik dengan rasa bersalah yang berpakejkan dengan dosa. Tipulah dia tak tersentuh. Dia pun rindukan Aimien. Tapi ego kat atas langit. Ada siapa nak tolong ambil tak?

"Aimien... Saya mintak maaf sebab datang sini tak bagitau awak. Saya lagi berdosa bila keluar rumah tak mintak izin. Saya rindukan awak jugak. Baby pun rindukan papa dia. Saya mintak maaf" Aimien tersenyum mengucapkan syukur. Perut Arissa diusap.

Aimien dekatkan mukanya ke perut Arissa. Dan bisikkan sesuatu.

"Baby, papa mintak maaf tau. Terima kasih jaga mama. Papa sayang baby" perut Arissa dicium.

Alhamdulillah.

HANIEY disebalik dinding dapur. Terdengar semua perbualan Arissa dengan Aimien. Part Harith kena tunang harini dengan Hana tu dia terasa sangat. Hati dia seakan retak.

'Macam ni kut perasaan Harith bila aku tunang dengan Hadif' bisik hati Haniey. Dia tersandar lemah di dinding. Air mata bagai menemani dia saat ini.

"ABANG, Hana mintak maaf" Hana sedari tadi perasan yang Harith tidak bersuara semasa majlis berlangsung dirumahnya. Bila diusik dia hanya menayangkan senyuman tawar. Puan Husna paksa Harith datang juga majlis ni. Selesai saja majlis Harith terus hilang dan sekarang dah malam baru balik. Puan Husna ajak Hana tidur rumah dia.

"Kau suka aku ke?" Soalan sinis Harith. Dulu dia boleh berlembut dengan Hana. Sekarang tidak. Dia tahu Hana pun tersepit seperti dia. Mungkin dia tidak boleh menolak kerana ibu selalu tolong dia waktu susah.

"Hana dari dulu suka abang. Tapi abang ada kak Haniey. Hana undur diri Hana taknak ganggu abang walaupun terpaksa korban perasaan. Sakit bila ibu batalkan pertunangan dulu. Tapi Hana faham yang abang ada kak Haniey. Maafkan Hana" Hana menunduk kepalanya.

Harith semestinya terkejut. Dalam diam perempuan di hadapannya ini mempunyai perasaan terhadapnya. Maknanya dia ni la ibu sibuk nak jodohkan aku sebelum aku jumpa Haniey.

"Maaf Hana. Aku tak boleh nak jamin apa-apa kalau kita kahwin. Maaf, aku naik dulu"

Hana rebah. Dia tahu dia takkan dapat miliki hati Harith. Untungnya kak Haniey. Dia taknak berdendam dengan Haniey. Sememangnya wanita itu selalu buat Harith ketawa. Hati mana tak sakit kalau bakal suami mencintai wanita lain.

'Aku akan buat hati ibu lembut untuk terima kak Haniey!' Tekad Hana.

***

- Dahlia Melissa - ainaaloveyouu

- MrMualaf Youre Mine - kissloverlylover

Friendly-Dingin Itu Suamiku ✔️Where stories live. Discover now