BAB 43

2K 38 2
                                    

"PLEASE lah ibu" Harith naik bengang bila Puan Husna sudah aturkan majlis pertunangan dia dan Hana. Sedangkan dia tak tahu apa-apa dan dia tak bersedia. Oh Haniey cepat laa balik.

"Sapa ibu Harith sekarang ni? Nak jadi anak derhaka?!" Suara Puan Husna pun dah naik. Jika berterusan begini makin susah laa nak bermenantukan Hana. Dalam keadaan macam ni lagi la Puan Husna benci Haniey.

Hana disebalik dinding itu tekun mendengar. Rasa bersalah. Kerana angkara dia dua beranak ni bergaduh.

Harith dah mati kutu. Taktau nak balas apa. Ibunya dah mula gunakan kuasa veto.

"Ibu, Harith sayang Haniey"

Panggg

Terhinjut bahu Hana saat ni.

Harith mengusap pipi kanannya. Sakit. Tapi tak sesakit hatinya yang kehilangan Haniey.

"Ibu, Harith..." Harith terhenti kerana ibunya mengangkat tangan untuk menamparnya lagi.

Tapi Hana menahan.

"Ibu, sudahlah. Kesian abang Harith" Dia memeluk Puan Husna bagi meredakan kemarahannya.

"Ibu ada sorang je anak. Ibu nak yang terbaik untuk dia. Tapi dia tak hargai. Ibu sedih" Puan Husna menangis dibahu Hana. Harith pula diam seribu bahasa.

Haniey , Hana.

Tersepit antara dua manusia itu.

"Ok. Kalau itu yang ibu cakap yang terbaik buat Harith, teruskan." Harith terus keluar dari rumah.

"Ibu, abang Harith taknak Hana. Jangan la paksa dia. Terbaik buat ibu bukan buat Harith. Kesian dia, ibu" Hana bersuara. Jujur. Dia malu dengan keadaan sekarang. Nampak sangat dia terlalu beria nakkan Harith. Sedangkan dia juga di paksa.

MAKIN hari makin teruk Arissa ni. Puas ajak pergi hospital taknak. Banyak alasan sungguh.

"Arissa, jom la pergi klinik ke hospital. Teruk dah kau ni. Sampai nak makan pun tak lalu. Pucat teruk ni" Haniey risau.

"Biasa la. Aku mengandung. Alahan ni. Nanti lama-lama ok la" balas Arissa. Dia pun pelik dengan diri dia kenapa sampai teruk macam ni sekali. Baru dia tau yang teruknya bawa budak. Lagi teruk suami tiada disisi.

"Alasan lain please. Dah muak dengar alasan tu" Arissa tersengeh. Tiba-tiba saja dia merasakan kepalanya pening. Dia taknak Haniey syak sesuatu dari dia. Jadi dia bangun untuk masuk ke dalam bilik.

"Haniey aku masuk bilik dulu" baru saja bangun dia merasakan pening yang teramat sangat sehingga dia tak tak merasakan yang dia berjalan.

"NASIB, kau datang. Kalau tak taktahu la" Aryan tersenyum. Dia saja untuk datang melawat. Dia nak mintak maaf dekat Arissa sebab buat dia menjadi dungu.

"Dah lama ke dia macam tu?"

"Tak lama juga dalam seminggu macam tu" ujar Haniey. Aryan menoleh kearahnya.

"Seminggu tu lama tau. Ya Allah kenapa tak bawak dia pergi klinik?" Aryan menyoal. Walaupun wanita tu bukan miliknya tapi dia rasa dia patut menjaga Arissa mungkin atas sebab suami dia jauh?

"Dia taknak. Dah puas paksa! Taknak jugak pergi!" balas Haniey. Ada hati nak marah guwe. Bagitau Harith. Eh?

Dua-dua menoleh kearah doktor yang merawat Arissa. Senyuman doktor tu seperti dibuat-buat jelas sekali.

"Err, sapa suami Puan Arissa?" Soal Doktor. Nametagnya ditulis Adila.

"Suami dia kat kl" balas Haniey.

Friendly-Dingin Itu Suamiku ✔️Where stories live. Discover now