BAB 31

2.1K 42 4
                                    

HAZIQ tersenyum gembira apabila Aimien berkata begitu. Akhirnya dia dapat apa yang diidam dari sekolah menengah lagi. Arissa yang gigil di tangannya di pandang.

"Hang takut pasaipa? Laki hang yang bagi kat aku" ujar Haziq bahagia. Pipi Arissa disentuh. Arissa tidak boleh buat apa-apa kerana pisau masih lagi dilehernya.

Darah Aimien dah mendidih panas bila Haziq sentuh Arissa. Tapi kena cool nanti apa yang dirancang tidak menjadi.

"Haziq , syarat dia kau lepas Arissa sekejap aku nak tampar muka dia, dah lama aku idam nak tampar muka perempuan ni" Haziq dengan bodoh pergi melepaskan Arissa. Arissa yang perasan isyarat dari Aimien terus lari dan menyorok di belakang Aimien. Okk , Aimien saya mintak maaf sebab kutuk awak tadi.

"Bodoh" Haziq dengan penuh amarah terus dia berlari kearah Aimien dan menghalakan pisau untuk menikam Aimien. Aimien dah bersedia dengan serangan Haziq.

"Hoii, teringin nak masuk lokap balik ka?" Jerit Pakcik Mat dari jauh. Terus terbantut niat Haziq. Dengar suara pakcik Mat itu pun dah buat dia gerun , yala bekas polis.

Aimien memeluk Arissa bagi menenangkan ketakutan yang dihadapi oleh Arissa sekarang ni.

"Arissa, aku ada jangan takut"

"ALLAHUAKBAR , sumpah ibu tak tau yang Haziq tu dah keluaq. Kalau ibu tau ibu tak bagi hang pi amek sendiri" tergamam Puan Zawiyah bila Aimien menceritakan tentang kejadian tadi. Sekarang ni dia rasa bersalah sangat.

"Ibu, arissa ok. Jangan salahkan diri sendiri ok" Arissa cuba menenangkan ibunya yang asyik menyalahkan diri. Aimien pun rasa menyesal kerana memberitahu. Tapi jika tidak diberitahu susah. Dia memilih untuk diam.

Arissa trauma dengan kejadian tersebut. Sehinggakan dia nampak pisau pun menangis. Tapi sekejap jer. Lepas tu dia ok. Cuma dia kerap diam.

"Ibu rasa baik hampa balik kl. Kat sana selamat Haziq takdak. Bukan nak halau tapi ibu takut kalau jadi apa-apa dekat Arissa kalau hampa duduk sini lama" setelah tenang Puan Zawiyah bersuara. Pada mula Arissa tidak setuju tapi disetujui Aimien jadi dia terpaksa mengikut.

Aisha je yang tahu kerana dia ada dirumah sewaktu Aimien membawa Arissa pulang. Ayra, Afif dan Afiq tidak tahu. Kalau tahu dek Afiq tu lunyai Haziq kena penumbuk. Sebab tu diorang rahsiakan dari pengetahuan 3 beradik tu.

"KAK, satnya balik dah nak balik kl. Afif sibuk dengan persiapan sekolah tak sempat nak sembang lama dengan kak" ujar Afif dengan nada sedikit sedih. Yaa , baru tingkatan 1 dan Puan Zawiyah menyuruh Afif siapkan barang sekolah sendiri kerana ingin mengajar anak bagaimana hendak berdikari.

"Tula, Ayra pun tak puas gi nak gomoi dengan kak" kata-kata Afif disokong oleh Ayra. Aisha hanya terdiam kerana dia tahu tujuan sebenar kakaknya pulang ke bandar.

"Abang ada keja kena buat. Jadi, kena balik la. Abang janji nanti abang wak balik kakak Arissa" Aimien cuba untuk memujuk. Arissa hanya terdiam saja. Kalau tak disebabkan Haziq bengong tu mesti dia boleh duduk lama sikit. Ni dah balik kl tak tahu bila pulak boleh balik. Lagi susah kalau Aimien masuk kerja. Haih laa.

"Kak Arissa rajin laa balik noh" kata Afiq sebelum menyalami Arissa. Afif turut bersalan dengan Arissa. Begitu juga dengan yang lain.

Masa nak salam ibu rasa lain sangat. Rasa sedih bukan dia tak biasa berpisah dengan ibu. Tapi kali ni dia rasa dia perlukan ibu.

"Jaga diri elok-elok, jaga suami" pesan Puan Zawiyah. Pipi Arissa dicium.

"Mien. Tolong jagakan Arissa untuk ibu naih"

"Baik ibu" tangan kanan Puan Zawiyah diraih dan salam. Sambil salam dia ada berikan sesuatu.

"Ish, tak payah la susah-susah. Ibu boleh nak sara depa ni" Puan Zawiyah menolak lembut duit ditangannya.

"Tak apa la ibu, Mien ikhlas" Aimien menjawab dia memberi semula duit tersebut kepada Puan Zawiyah.

"Terima kasih banyak-banyak"

PERJALANAN sunyi ketika ini. Dj radio saja sibuk duk hiburkan pendengar. Arissa lebih selesa menjamu mata dengan memandang diluar tingkap. Aimien pula fokus dengan pemanduannya.

"Arissa, kau ok ke kalau kita pindah?" Aimien bersuara bagi memecah keadaan yang sunyi.

"Pindah mana?" Soal dungu Arissa. Tapi memang patut soal macam tu sebab tak tahu nak pindah mana. Pindah Korea kaa Canada kaa dak pon pindah London boleh jumpa Tengku Ahmad. Auchhh. Jkjk...

"Rumah aku, aku ada beli rumah dah lama sebelum kahwin lagi"

"Mama dengan papa ok ke?"

"Diorang faham nanti"

Arissa mengangguk

"Ok , saya ikut je"

Dan keadaan pun kembali sunyi kerana Arissa dah masuk alam mimpi.

ARISSA merasakan seperti ada orang duk tampar mukanya. Dicelik mata melihat Aimien yang tengah merenung dia. Arissa pusing kiri kanan, gelap! Aimien nak buat apa ni?!

"Dah puas tidur?" Soal sinis Aimien membuatkan Arissa takut.

"Aw...awak kita kat ma..na?" Soal Arissa. Habis ketar satu badan akibat takut.

"Kau takut ke?" Aimien tersenyum. Rasa seronok pula kacau Arissa time ni.

"Mana ada" Arissa menafikan. Padahal dalam hati Allah je tahu betapa takutnya dia.

"Hahaha, kau ni lawak laa. Tu laa tidur lagi. Dah keluar ikut aku pegi beli barang rumah. Apartment tu kosong je. Ada perobot rumah, lampu dan aircond. Makanan takde" Kata-kata Aimien buat Arissa memandang sekelilingnya. Ni tempat letak kereta bawah tanah! Patut gelap. Haih la buat malu ja.

Aimien disebelah dijeling tajam. Sibuk je nak gelakkan kan aku.

NAMA saja cari barang rumah. Sekali masuk, kedai baju yang dituju. Aimien laa sibuk nak cari baju sama dengan Arissa. Nak nampak sweet gitew. Dan Arissa pun dah hilang diamnya. Ada saja nak komen kalau tak elok dimatanya.

"Ambil yang ni laa cantik" Aimien mengangkat hoodie kosong yang berwarna hitam.

"Lelaki memang takde life kan? Pilih laa warna yang elok sikit" komen Arissa. Hoodie emerlard green ditunjukkan kepada Aimien.

"Amboi, sedap kutuk lelaki perempuan dah la cerewet pastu sibuk nak banyak colour tengok lelaki simple je" balas Aimien geram. Ada hati nak kutuk lelaki takde life.

"Halah halah, nah cuba yang ni. Saya masuk dulu" selepas memberi hoodie tersebut Arissa masuk dalam fitting room

Aimien dengan geram terus masuk untuk mencuba baju tersebut. Dia tak kisah dia nak juga beli hoodie warna hitam tu!

Elok je Aimien nak tutup pintu ada seseorang menahan dari luar. Aimien membuka pintu terkejut kerana ada seorang perempuan tolak dia masuk ke dalam fitting room dan kunci.

Aimien terkejut bila ada tangan menekup mulutnya. Akibat isterinya disebelah dia terpaksa untuk mengunci mulutnya. Takut kalau Arissa salah faham.

Bila perempuan itu mengangkat muka. Terus berderau darah Aimien. Dia marah! Wanita itu tersenyum sinis.

Balqis!

****

Happy Chinese New Year.

Maaf chapter ni hambar sikit.

Gais nanti tolong sapot story bodyguard love. First fanfiction aina dengan eunna_strawberry .
















- Dahlia Melissa - ainaaloveyouu

- MrMualaf Youre Mine - kissloverlylover

Vote :)

Friendly-Dingin Itu Suamiku ✔️Where stories live. Discover now