6 << on the spot >>

16.8K 1K 85
                                    


Hannah memandang sahaja, tidak mengangkat pun handphone yang berdering. Matanya pada pintu bilik air yang bertutup. Kemudian, kembali pada handphone yang makin bingit bunyinya. Tidak mahu Cassiel berbunyi dari dalam bilik air, tangannya mencapai. Niat mahu reject, tetapi sel otak tidak berhubung akibat masih berkabus dengan aktiviti tadi. Maka, tangannya bergerak swipe menjawab panggilan.

Hannah menghempuk dahulu kepala sendiri pada bantal, dan baru ditekapkan handphone ke telinga. "Lo. (Hello)"

"HANNAAAAAHHHH!!! MACAM MANA KAU BOLEH—"

Hannah menjauhkan terus handphone daripada telinga. Digelengkan kepala, ditarik rambut, diramas kulit pipi sendiri, dihentak-hentakkan kaki melepaskan geram akibat keterlepasan diri. Dibiarkan sahaja sahabat di sana meroyan tidak henti. Dia di sini pun, masih meroyan tidak henti. Asal aku jawab? Asal aku jawab? Asal aku jawab? Hannah melepaskan nafas lelah. Kau memang dah bengap, Hannah bila dah jadi bini orang ni. Huh!

"Hish! Diamlah!"

Puteri masih tidak diam. Mulutnya masih meletup bertanya itu ini, melepaskan rasa tidak puas hati kerana terlepas kenduri di rumah keluarga Hannah.

"Alah alah alah. Kan satu office kena invite ke kenduri belah Cass tu. Pergilah yang tu."

"KAU GILA!!! ASAL TETIBA JE BOLEH NIKAH? AKU DEKAT AUSTRALIA TAU TIME TU? ASAL TAK TUNGGU AKU BALIK BARU BUAT KENDURI? HA? HA? KAU KAWAN GILA, HANNAH! BENCI KAU!"

Hannah cuma mencebik hendak tak hendak. "Siapa suruh kau pergi Australia? Padan muka terlepas."

"CAKAP MACAM TAKDEK OTAK! KAN BOSS HANTAR AKU KE SANA! KAU TU LAH! TAK SABAR SANGAT NAK NIKAH DAH KENAPA! BENCI KAU!"

Hannah cuma mencebik dan mencebik. Hampir lima minit dia diam, baru bibirnya tersenyum mendengar nafas lelah nyata yang dilepaskan Puteri berkali-kali di sana.

"Em, sorry lah. Kenduri tu... em, on the spot."

"Apa maksud kau on the spot?"

Hannah diam dan tunduk memandang jemari sendiri mengutil comforter. Tidak tahu mahu mengatakan apa. Lebih tepat, tidak tahu mahu menceritakan yang mana satu.

"HANNAH!"

Hannah tersentak, "Hish! Apa? Bodoh lah kau ni."

"Kau tu berangan kenapa? Apa yang on the spot?"

"Em sebenarnya kan... kenduri kat rumah aku tu..... err..."

"Cop!"

Hannah terhenti.

"Kau kena tangkap basah ke?"

Hannah tidak bulat mata seperti cliché tindak balas dari wanita yang lain. Dia masih juga diam dan memandang jemari sendiri.

"Serius lah doe?"

Hannah menarik nafas dan melepaskan. "Bukan lah. Aku lebih rela kena tangkap basah tau dari kena apa yang aku kena tu."

"Eh jap jap. Aku nak basuh tangan."

Hannah berkerut kening memandang skrin handphone yang masih on the call. "Kau berak ke?"

Puteri tidak endah, malah terus bertanya serius. "Kau dekat rumah ke?"

Hannah memandang pintu bilik air apabila shower di dalam sudah senyap. "Aku dekat Zill House." Hannah berbisik perlahan.

"BALER!!!!"

Hannah kembali tersengat telinga. Perit!

"Aku pergi KL sekarang. Bila aku dah sampai, aku call. Kau jangan nak cakap kau sibuk masak lah, solat lah, buat anak lah. KAU KENA JUMPA AKU. Faham? K bye."

Kak Long vs GayboyWhere stories live. Discover now