19 << daddy mertua >>

13.5K 797 60
                                    

VOTE! hehe


"Siapa first?"

"Ecan lah." (baijura cantik nampak nama ni terus keluar BABI i hate him!!!)

Aaliya sudah muncung. "Hish, asyik Ecan je. Kenapa tak kasitau mummy dulu. Ni first cucu mummy tau?"

Cassiel ketawa saja. "Kebetulan dia call. Cakap pasal conference dia dekat Aires. Setahun mummy dia kena pergi."

Aaliya memintas, "Kenapa sampai setahun?"

"Dia naik pangkat, conference pulak dekat law school sana."

Aaliya ternganga, "Setahun. Lama tu. Dia ngidam maggi Malaysia macam mana? Takpe, nanti mummy suruh Azham fly maggi Malaysia berkotak-kotak ke sana."

Cassiel sudah ketawa mendengarkan itu. Mummy, begitu lah dia. Sekali Eshan saja-saja merengek mengatakan dia rindu maggi Malaysia tika di UL dulu, terus esoknya datang berkotak-kotak maggi Malaysia di luar bilik. Sudahlah bukan pos, jet sendiri yang menerbangkan.

"Mummy, Cass memang macam tu. Semua benda dia nak menangkan Eshan. Semalam dia biar je saya. Dahlah mulut Eshan tu macam apa, geram rasa nak toreh-toreh."

Aaliya terus ketawa. "Tapi dia hormat betul ke mummy dengan daddy. Mummy tak pernah lagi dengar dia merepek lebih-lebih."

Hannah mencebik. "Macam Cass ni lah. Depan orang tua, haa macam malaikat baiknya. Depan kaum dia, habis semua benda censored keluar."

Cassiel cuma senyum lagak saja dengan bahu yang diangkat. Aaliya sudah ketawa sambil mengunyah kacang badam. "Teruk sangat ke?"

Hannah sudah bangun daripada sandar. "Teruk, mummy. Dia selalu minta baby dari saya dengan Cassiel. Alih-alih semalam dia call, terus ada baby dalam perut. Dia punya brag tu, mummy. Eiiiiii macam dia berhak ke atas baby ni. Geram gila rasa. Lepas tu, dia cakap, masa dia call dia dah tanya saya ada baby belum dalam perut? Cass cakap takdek. Sekali dia datang, dia dapat berita saya mengandung. Lepas tu, teruk dia merepek. Dia cakap saya dengan Cass ehem ehem ke sebelum dia datang, nak mengandung punya pasal? Benci lah dia, mulut dia macam mulut kakak tua. Pot pet pot pet mak nenek gila. Menyampah." Selepas meluahkan semua, Hannah berhenti dan melepaskan nafas mengah.

Cassiel ketawa dan menghulurkan air kepada Hannah. Aaliya tersenyum saja memandang. Kalau dah bercakap tak berhenti, mana tak mengah. Hailah, Hannah. Tapi kemudian, Aaliya segera bangun dan menuju ke arah Hannah. Segera dia duduk di sisi Hannah, dan terus dia meminta izin untuk menyentuh perut Hannah yang masih tidak berbentuk lagi.

Cassiel dan Hannah sama-sama tersenyum memandang mummy yang menyentuh dan berkata-kata kecil pada perut Hannah.

"Mummy dulu, masa mummy mengandungkan Cass dengan Ald, daddy selalu main perut mummy. Dia nyanyi lagu lah, dia selawat lah. Bila je dia dengar mummy mengandung, dia dah main. Dah lah masa tu dekat klinik lagi." Aaliya senyum memandang Cassiel. "Nanti kamu borak-borak dengan dia. Biar dia keluar, dia terus kenal suara kamu berdua. Paham?"

Cassiel dan Hannah sama-sama mengangguk, "Baik, mummy."

Aaliya tersengih lebar. "Eiiiiii sukanya dapat cucu. Meh, nak peluk." Tanpa Hannah sempat membalas, terus dirinya ditarik ke dalam pelukan Aaliya. Hannah dan Cassiel ketawa kecil.

"Peluk Hannah je, Cass ni anak mummy tau? Kalau takdek Cass, tak buntingnya si Hannah tu. Ha."

Laju tangan Hannah merayap mencari kulit lengan Cassiel dan terus dicubit. "Cakap macam Eshan lagi!"

Kak Long vs GayboyWhere stories live. Discover now