7 << dying wish >>

14.2K 1K 60
                                    


"Apa cerita dia?!"

Hannah menjeling Puteri. Sudah lah tengah makan, tengah mengunyah, tengah menelan, dan tetap juga mulut si sahabatnya itu tidak berhenti meletupnya. Terkejut dia yang sedang mengelamun tadi.

"Kau ni!"

Puteri mencebik. "Tak payah nak 'kau ni, kau ni' sangat. Aku tanya, kau asyik mengelamun je sekarang ni! Aku bukan nak tengok kau mengelamun tau! Aku nak tahu cerita sebenar!"

Hannah sudah mengetap gigi. "Hei, cakap pelan-pelan lah. Aku tampar mulut kau tu nanti, baru tahu!"

Puteri hanya membecokkan mulutnya dalam dia masih mengunyah; tetap mahu mengapi-apikan Hannah. Hannah mencebik menunjukkan penumbuknya kepada Puteri. Geram dirasa hati.

"Cerita dia macam ni."

Hannah memandang Puteri yang memberi sepenuh perhatian kepadanya. Dengan tangan sahabatnya itu tetap juga bergerak mencapai makanan. Hannah menarik nafas dan memulakan.

"Kau kan tahu aku dengan Nafiz, dia dengan minah German tu."

"Fayra Nuha." Puteri menyambung.

Hannah menjeling.

Puteri tersengih, "Dah otak aku ni 100% circuit sentiasa on. Aku tak boleh kalau tak lengkap macam tu. Lagipun, alah... kau dah jadi Mrs. Zill pun. Nak jeling-jeling kenapa nama dia keluar?"

Hannah kembali memanjangkan tangan mahu mencekik Puteri. Puteri hanya endah dan tidak endah dan bertanya sahaja terus, "Kau pernah jumpa tak Fayra tu? Dia cantik betul tak depan-depan?"

Hannah diam dan memandang kuih beraneka warna yang terhidang, cuba membiasakan riak wajah dan lenggok badannya. "Pernah. Sekali."

Puteri ternganga, nasib baik tidak terjatuh peach cobbler daripada dalam mulutnya. "Serius lah? Bila masa kau jumpa dia?"

Hannah mengunyah kek dan menjawab biasa, "Ada hari tu. Em.... eh sabarlah. Kasi aku cerita habis dulu."

Puteri yang sudah gelojoh mahu mendengar, terus mengangguk berkali-kali.

"Lepas keluar artikel fasal dia dengan minah German tu kan, memang kitorang terus tak jumpa dah. Aku busy kerja, dorang satu family pun bukan selalu datang lepak macam dulu-dulu. Masing-masing ada tanggungjawab, kan? Kalau terjumpa pun, adik aku terjumpa adik dia. Itu pun kebetulan sebab dorang ada dekat situ, ada dekat sini."

Puteri diam sekejap. "Artikel tu keluar masa kita 22, kan? Masa Cass tu... 17."

Hannah cuma mengangguk. Berkerut keningnya di saat sengihan Puteri terhasil lain macam benar pada matanya. "Kau asal sengih macam tu?"

Puteri memandang Hannah. "Takdek lah. Aku teringat masa kita satu U. Kan aku dengan Thia suka sangat sakat kau. Hack IG kau lah, apa lah. Tapi memang weh. Dari dulu, aku tak nampak pun Cass tu macam adik-adik kita. Ald ha, nampak sikit macam adik. Cass, tak nampak langsung. Tu yang macam...." Puteri memandang Hannah dengan senyum, "Aku serius tak sangka korang boleh kahwin." Puteri tiba-tiba menggoncang-goncangkan paha Hannah, "Palli, palli. Aku excited nak tahu ni. Palli, palli, palli."

Hannah mengherotkan bibir dan menggelengkan kepala sahaja.

Puteri memandang Hannah yang tunduk memandang kek. "Hannah."

Hannah memandang Puteri dan menyembur laju, "Sabarlah! Aku tengah kunyah kek ni, kan?"

Puteri berkerut kening, "Apa kau ni? Gila? Aku nak cakap sikit punya dramatik dah kena sembur."

Kak Long vs Gayboyحيث تعيش القصص. اكتشف الآن