20 << welcome to haisas >>

13.7K 799 54
                                    

CEPRISE! k VOTE! hehe



"Yay! Yay! Mak Long alik!"

Hannah ketawa sebaik dia melangkah keluar dari kereta, terus ternampak akan si Puteri yang berlari-lari meninggalkan buaian di luar dan terus meluru ke arahnya. Anak si Isha ni, memang rapat dengannya. Si kecil ni selalu menceritakan bahawa dia bangga kerana dia mempunyai dua 'Long' iaitu Pak Long dan Mak Long. Layankan sajalah.

"Tu cape (sape)?"

Hannah ketawa lagi apabila Puteri menunjuk ke arah Cassiel yang sedang berbual di telefon sambil mengambil barang di seat belakang.

"Tu suami Mak Long. Kan dah pernah jumpa?"

Puteri diam dan kemudian barulah budak yang hampir berumur dua tahun ini ternganga luas dengan mulutnya yang serupa ayam berkokok. "OoHH!! Pakcik Syel!"

Hannah terus ketawa. Langkahnya mendekati Cassiel dengan Puteri di dukungan.

"Awak pegang ni. Bak sini si Puteri tu." Cassiel bersuara biasa. Hannah pun menurut saja, dicapai kotak kek Sweet Cuisine dengan buah-buahan yang mereka beli di dalam perjalanan tadi. Bibirnya tersenyum memandang si Puteri yang sudah mendepakan tangan mahu didukung Pak Cik Syelnya.

Jemari kecil itu mula mahu mencucuk mata Cassiel. "Iru!! (Biru!!)"

Cassiel dan Hannah sama-sama ketawa sambil melangkah ke dalam rumah. Salam dilaungkan dan berlaung-laung sahutan salam mula kedengaran. Dari dapur, dari pintu belakang, dari tingkat atas.

Welcome to Haisas.

"Apa aksud su-wa-mi?" Puteri bertanya sepatah-sepatah kepada Cassiel. Cassiel memandang Hannah untuk pertolongan. Tetapi isterinya itu sudah menonong ke dapur. Ish.

"Haa... macam ayah Puteri, kepada mak Puteri. Ayah Puteri tu, su-wa-mi mak Puteri lah."

Puteri diam, kemudian keningnya berkerut. Jemari kecilnya saling bertaut dan meliuk-liuk, keletah kecilnya apabila dia fokus terhadap sesuatu. "Oh. Nanti Pak Cik Syel ngan Mak Long, ada macam Pucri (Puteri) jugak lah?"

Cassiel terus ketawa mendengarkan itu, dan menganggukkan kepala saja. Langkahnya turut menuju ke dapur selepas mencapai kotak Sweet Cuisine yang dibawa. "Ada. Dalam perut Mak Long, nanti dah keluar, Puteri boleh jumpa."

Lagi sekali, Puteri berkerut kening dengan jemarinya yang masih bertaut dan meliuk-liuk. "Mak Long makan?" Terus wajah Puteri menangis meraung-raung. Cassiel terkejut serentak kotak Sweet Cuisine yang dipegang terlepas ke lantai. "Nanti Mak Long akan Pucri! ugak!!"

"Awak! Tolong! Puteri menangis!"

"Arrhh!" Hannah pula yang tiba-tiba menjerit.

Serentak itu, keadaan menjadi huru-hara.

Cassiel tidak tahu mahu melangkah ke mana. Ke kiri ke kanan, kakinya bergerak tetapi langkah tetap tidak diatur.

"Eh tolong weh! Ishaa!"

"Takpe, takpe. Bagi sini."

Isha muncul entah dari mana. Cassiel terus menghulurkan dengan kedua tangannya lurus ke depan, dengan si Puteri yang semakin meraung dan bergerak ganas mahu didakap ibunya.

"Hannah kenapa menjerit?" Cassiel bertanya sambil mencapai kotak kek yang jatuh dan kakinya terus berlari mahu ke dapur.

Isha ketawa sambil memujuk si Puteri yang mula tenang di bahunya. "Dia marah Abang Ngah sebab kacau dia tengah makan jeruk."

Kak Long vs GayboyWhere stories live. Discover now