8 << brothers and jealousy >>

13.8K 832 56
                                    


"Cakap bahasa ibunda weh."

Cassiel menjauhkan phone daripada telinga. Berkerut keningnya memandang skrin yang sedang memaparkan on the call with Aldric; kembarnya si kepala senget.

Kembali dilekapkan phone ke telinga, "Kau dah kenapa? Gila?"

"Aku dengan kekasih ni."

Berkerut kening Cassiel. Dia hanya diam menunggu Aldric habis bercakap. Dapat kembar senget, macam ni lah. Macam dia seorang dalam dunia ni yang ada kekasih. Rindunya dekat Ecan. Ecan je yang selalu sabar nak layan si budak ni.

"Tak boleh sebut nama, nanti dia tahu aku cakap pasal dia. Dia kan tak tahu bahasa ibunda kita lagi, jadi cakap semua dalam bahasa ibunda kita, yuk."

Sumpah. Rasa mahu dilempang jika Aldric ini ada di hadapan mata. Punya lah tak mahu si Rachel itu tahu sampai nama pun tak sebut, maka disebutnya 'kekasih'. Punya lah tidak mahu mengeluarkan perkataan 'Melayu', maka disebutnya 'bahasa ibunda'.

Sabarnya Rachel layan mangkuk sekor ni.

"Ha, parents Rachel ada cakap apa-apa tak? Kau heret anak dia kahwin tiba-tiba? Dengan hal Muslim tu, dengan hal nikah lagi? Hal church dah settle?"

Aldic diam. Cassiel tahu Aldric tengah menggaru kepala di sana. Tak tahu nak jawab lah tu.

"Daddy bising dah dekat aku tadi. Kau tahu bapak Rachel tu macam mana, kan? Dia bukan kisah ke anak dia, dia kisah ke kau sebab kau anak daddy. Daddy pun tak kisah kau nak kahwin dengan siapa. Kalau kita ni hidup zaman koloni daddy dengan Atuk Allan tu, dah lama dah daddy tarik kau kahwin dengan kerabat lain, asal dia tak sakit kepala pikir pasal kau, pasal ayah Rachel tu lagi. Dah lah sibuk nak kawasan, kau pulak sibuk nak kahwin tak fikir atas bawah dah."

"Woi bongok. Kau dah kahwin makin sedap mengata aku eh? Aku tahu lah apa aku buat. Ergh."

Cassiel diam. Dilepaskan keluhannya besar supaya jelas pada telinga Aldric. Dia dan Aldric ni... memang lah sudah berbaik. Tapi, memang ada bara tu lagi.

Apabila dah tidur sebantal, dan kembali bergomol, baru jadi adik-adik sedarah sebahu sebantal sekepala kembali kot. Ni tak boleh lagi. Dah lah disebabkan kes dia, daddy mummy pening, dengan aku-aku sekali pening. Tak boleh nak peluk Hannah lama-lama.

Cassiel memang makin mengarut apabila sudah berkahwin ni.

"Ha cakap apa yang dah settle. Aku cuba kawtim dengan daddy."

"Kena upah ustaz weh."

"Ha?" Hidung Cassiel berkerut. "Untuk apa?"

"Ajar kekasih aku ni lah. Pasal agama semua."

Cassiel terus menepuk dahi. "Astaghfirullahal'azim. Kau bakal suami dia, gila. Dia tanggungjawab kau. Kalau daddy tahu kau nak upah ustaz, habislah kepala kau dia haruk. Memang dia tak kasi kau kahwin lagi ni. Apa kau ni?"

Aldric melepaskan nafas berkali-kali.

"Kau okay tak ni?"

Aldric masih melepaskan nafas berkali-kali.

"Ald?"

"Fuh." Aldric mula berbisik. "Kau tahu dia cakap apa baru sekejap tadi?"

"Apa dia?"

Aldric diam dulu. Dan kemudian, "Dia menjangkakan untuk aku bimbing dia ke syurga apa semua. Dia jangka yang aku..."

"Ya Allah, Ald. Kau nak kahwin cepat ni sebab apa? Asal kau melalut ni? Kalau tak ready, jangan lagi. Kalau tak tenang, ada problem apa semua, buat lah solat sunat. Tak pun balik sini dulu, jumpa mummy daddy, cakap dengan dorang. Mummy dengar kau macam ni, dia pulak yang kelam kabut."

Kak Long vs GayboyWhere stories live. Discover now