11 << locked out >>

14.3K 901 82
                                    

in this chap, got casshannah only. saya taip dengan banyak gelak sebab pada saya the dialogues are funny. hahahah. VOTE!!

Mi Yuki Lee is a Korean-European; itu nama Korean dia. Nama English dia: Miyuki L. Punyalah parents dia nak guna sembilan huruf untuk nama Korea dan tujuh huruf untuk nama English. Kerana sembilan dan tujuh merupakan nombor paling bertuah di dalam culture mereka. Nombor lain, semuanya tidak bertuah pada pendapat mereka.

Miyuki merupakan pelajar boarding juga. Tiba di Westminster di ambang Cassiel dan Fayra begitu di peringkat professional sebagai pasangan debutante-bachelor the greatest. Ergh!

Maknanya, Miyuki is the junior with Cassiel as the senior.

Orang hantar belajar, pergi cari perempuan! Fayra tu yelah, dikira belajar lah juga untuk hubungan dorang yang memang Lord macam tu.

Kalau Cassiel TERkahwin dengan Fayra, mahu kau kutuk alasan belajar untuk hubungan Lord dorang tu, kan?

Hish!

Yang penting, Miyuki tu muda! Dari Cassiel!

Entah kejadian apa yang membuatkan si Cassiel tu nak try junior sendiri. Kes terpegang buku yang sama ke? Terjatuh buku ke? Handling an event ke? Under the same mentor mentee or counsellor consultation or father boarding or mother boarding till their eyes lie onto each other's and then, and then, and then there are sparkles and else and then Aldric terjatuh juga and terus bertumbuk berebut si Miyuki, the junior?

Macam tu???!

"Hannah."

Hannah tersedar dari lamunannya. Bantal yang dipeluk separuh disepit dan ditumbuk, terus terlepas daripada pegangan. Terjatuh lah bantal itu ke lantai.

"Awak dah kenapa berdiri peluk bantal pastu tengok keluar macam tu? Tunggu vampire ke apa?" Cassiel mendekati sambil kepalanya turut terteleng memerhati suasana luar. Hanya hitam kerana gelap. Hanya kehijauan lumut kerana hutan buluh di luar itu. Matanya kepada Hannah di sisi yang mendongak memandangnya, "Dah macam budak-budak. Peluk bantal, pakai jubah tidur labuh macam tu. Nak saya ambil puting susu? Nyotnyot puting peluk bantal, tunggu daddy masuk bilik." Cassiel ketawa dengan kata-kata sendiri.

Tetapi Hannah masih diam saja memandangnya.

Tawa Cassiel terhenti. Digaru kepala dan selamba saja memegang lengan Hannah. "Dah jom masuk tidur. Dah lewat ni."

Hannah pantas menarik tangannya dari pegangan dan tunduk mengambil bantal yang jatuh. Tanpa memandang Cassiel langsung-langsung, kakinya menonong melangkah ke dalam bilik.

Cassiel memandang dengan sejuta berjuta bermilion bertrilion zeon pertanyaan jelas pada muka. "Dah kenapa?" Cassiel berbisik pelik.

Cassiel melangkah ke pintu bilik setengah jam kemudiannya selepas habis berita bisnes. Tetapi apabila ditolak handle pintu, terkunci. Mata Cassiel berkerut. Berkali-kali dia mencuba, tetap sama. Ditepuk berkali-kali. Diam saja tanpa bunyi dari dalam. Cassiel mula memanggil. Lama kelamaan, suaranya semakin kuat.

Risau didengari oleh mereka yang lain, Cassiel berhenti menjerit. Pandangannya jatuh kepada kehijauan lumut di luar di dalam gelap yang kelihatan begitu menyeramkan. Aduhmak. Dah kenapa Hannah kunci pintu ni? Nyanyuk ke apa. Hish. Aku dah lah takut.

Cassiel menggaru kepala. Keningnya berkerut berfikir. Kemudian, kakinya laju melangkah ke home office miliknya. Dibuka pintu pendua yang bersambung ke bilik, pun dikunci. Cassiel mula mengetap gigi. Hei, main kasar perempuan ni. Siap kau. Cassiel melangkah pula ke satu dinding.

Kak Long vs Gayboyजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें